FTEL FITELL CORPORATION

Fitell Corporation Melancarkan Perbendaharaan Aset Digital Solana (SOL) Dengan Kemudahan Pembiayaan Sehingga $100 Juta, Fokus pada Pulangan dan Inovasi DeFi On-Chain

Fitell Corporation Melancarkan Perbendaharaan Aset Digital Solana (SOL) Dengan Kemudahan Pembiayaan Sehingga $100 Juta, Fokus pada Pulangan dan Inovasi DeFi On-Chain

- Berhasrat menjadi pemegang SOL tersenarai awam terbesar yang berpangkalan di Australia -

Melantik David Swaney dan Cailen Sullivan sebagai penasihat untuk menerajui strategi perbendaharaan aset digital dan penjanaan pulangan melalui pengurusan aktif DeFi dan produk berstruktur -

Taren Point, Australia, Sept. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Fitell Corporation (NASDAQ: FTEL) (“Fitell” atau “Syarikat”), penyedia global peralatan kecergasan dan penyelesaian kesihatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kemudahan pembiayaan sehingga $100 juta bagi menyokong pelancaran strategi perbendaharaan Solana miliknya, sekali gus menjadikannya perbendaharaan aset digital berasaskan Solana yang pertama di Australia.

Sorotan Utama

  • Peta Jalan DeFi dan Pulanganl: Direka untuk menjana pulangan yang tinggi dengan menggunakan aset SOL dalam rangkaian strategi DeFi dan derivatif on-chain yang pelbagai. Ini merangkumi produk berstruktur seperti opsyen, snowball, penyediaan kecairan secara on-chain serta strategi cair lain dengan kawalan risiko penurunan nilai yang berkesan. Setiap pendekatan menawarkan tahap pulangan, penjanaan alpha dan tempoh pelaburan yang berbeza. Hasil yang dijana akan dilaburkan semula ke dalam rizab perbendaharaan, mempercepat pengumpulan SOL secara kompaun, meningkatkan nilai SOL setiap saham dan mengukuhkan penjajaran dengan komuniti Solana.
  • Penyenaraian Berganda di Australia: Fitell telah memulakan langkah ke arah penyenaraian berganda di Bursa Sekuriti Australia (ASX), bagi memperluaskan akses dan pendedahan pelabur serantau kepada SOL.
  • Penjenamaan Semula: Berikutan pelancaran awal perbendaharaan Solana, syarikat merancang untuk menjenamakan semula kepada “Solana Australia Corporation”.
  • Keselamatan: Aset SOL awal akan dipegang secara kustodian oleh BitGo Trust Company, Inc. di Amerika Syarikat dan dipertaruhkan (staked) melalui infrastruktur bertaraf institusi.

Penasihat Perbendaharaan Aset Digital

Fitell telah melantik David Swaney dan Cailen Sullivan sebagai penasihat untuk menerajui hala tuju perbendaharaan aset digital syarikat. Mandat mereka tertumpu kepada merangka strategi bagi mengoptimumkan prestasi perbendaharaan melalui peluang kewangan terdesentralisasi (DeFi), rangka kerja pengurusan risiko dan inovasi pulangan yang melangkaui model staking tradisional.

  • David Swaney telah aktif dalam bidang aset digital sejak 2017, dengan fokus kepada penerimaan institusi terhadap kewangan on-chain. Pengalaman luas beliau dalam bidang nasihat dan perundingan merangkumi reka bentuk perbendaharaan, strategi hasi berstruktur serta infrastruktur pasaran.
  • Cailen Sullivan telah berkecimpung dalam bidang aset digital selama lebih sedekad dan merupakan antara kakitangan awal di Coinbase pada tahun 2013. Baru-baru ini, beliau memberi tumpuan kepada pelaburan dan sokongan projek dalam ekosistem Solana. Beliau merupakan pengasas bersama Adrena, salah satu DEX perpetual terkemuka di Solana berdasarkan jumlah dagangan.

“Kami percaya bahawa perbendaharaan aset digital sedang membentuk pelan induk bagi ETF aset digital,” kata David Swaney. “Keupayaan untuk menjana hasl daripada aset selain daripada staking akan menjadi pembeza utama dan kami berhasrat untuk memimpin usaha ini.”

“Strategi kami bukan sahaja tertumpu kepada Solana itu sendiri, tetapi juga kepada ekosistem aplikasi yang lebih luas yang sedang dibangunkan di atasnya. Dengan melaksanakan lebih banyak aset secara on-chain, kami berhasrat untuk menjana pulangan yang luar biasa, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam pengurusan aset digital sambil menyokong pertumbuhan aplikasi DeFi di atas Solana,” kata Cailen Sullivan.

Kedua-dua penasihat turut mengulas:

“Sebagai penasihat, kami teruja untuk meletakkan inisiatif ini sebagai perbendaharaan paling inovatif yang sejajar dengan Solana di pasaran. Walaupun skala berbeza dalam kalangan rakan setara, fokus kami adalah penciptaan nilai melalui penumpuan modal dalam ekosistem Solana. Dengan membawa aset ke on-chain dan berintegrasi dengan projek natif, kami percaya kami dapat memberikan nilai kepada para pemegang saham sambil memajukan ekosistem. Matlamat kami adalah untuk membuktikan bahawa strategi dan penjajaran mampu menyaingi skala serta menetapkan penanda aras bagi perbendaharaan asli Solana.”

Sam Lu, Ketua Pegawai Eksekutif Fitell Corporation, turut mengulas:

Pelancaran perbendaharaan aset digital Solana kami meletakkan Fitell di barisan hadapan penerimaan Solana di rantau Australia dan Asia Pasifik. Aspirasi kami untuk menjadi pemegang Solana tersenarai awam terbesar di rantau ini mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi jangka panjang rangkaian tersebut. Dengan kepakaran David Swaney dan Cailen Sullivan, kami teruja untuk melaksanakan hala tuju yang menggabungkan inovasi, penjanaan pulangan dan pengurusan risiko yang berdisiplin.”

Syarikat akan membincangkan lebih lanjut mengenai perbendaharaan aset digitalnya hari ini pada jam 4:00 petang ET, 23 September 2025 dalam sesi langsung yang dihoskan di atau .

Bagi menyokong pemerolehan awal SOL, Syarikat telah memeterai perjanjian kemudahan nota boleh tukar sehingga $100 juta dengan seorang pelabur institusi berpangkalan di Amerika Syarikat, di mana $10 juta daripada penutupan awal akan digunakan serta-merta untuk membeli SOL.

Rodman & Renshaw bertindak sebagai ejen penempatan eksklusif untuk pembiayaan ini.

Penerangan di atas tidak bertujuan untuk dianggap lengkap dan hendaklah dibaca sepenuhnya bersama teks penuh Laporan Syarikat sebagai Penerbit Swasta Asing dalam Borang 6-K yang akan difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada 23 September 2025.

Perihal Fitell Corporation

Fitell Corporation, melalui GD Wellness Pty Ltd (“GD”), iaitu anak syarikat milik penuhnya, merupakan peruncit dalam talian yang berpangkalan di Australia, khusus dalam penjualan peralatan gim dan kecergasan di bawah jenama proprietari sendiri serta jenama lain. Misi syarikat adalah untuk membina ekosistem yang menyediakan pengalaman kecergasan dan kesihatan yang menyeluruh, dipacu oleh teknologi untuk pelanggan. GD telah berkhidmat kepada lebih 100,000 pelanggan, dengan sebahagian besar jualan diperolehi daripada pelanggan berulang sepanjang tahun. Portfolio jenama Syarikat merangkumi tiga jenama milik di bawah jenama Gym Direct: Muscle Motion, Rapid Motion dan FleetX, dengan lebih 2,000 unit simpanan stok (SKU). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat di .

Kenyataan Prospektif

Kenyataan akhbar ini mengandungi “kenyataan prospektif” seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, yang telah dipinda. Kenyataan prospektif ini dibuat di bawah peruntukan “safe harbor” Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Semua kenyataan selain daripada kenyataan fakta sejarah dalam siaran ini merupakan kenyataan prospektif. Kenyataan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, termasuk keadaan pasaran dan faktor lain, serta berdasarkan jangkaan dan unjuran semasa Syarikat mengenai peristiwa masa hadapan yang dipercayai boleh memberi kesan kepada keadaan kewangan, keputusan operasi, strategi perniagaan dan keperluan kewangan Syarikat. Pelabur boleh mengenal pasti kenyataan prospektif ini melalui perkataan atau frasa seperti “mungkin,” “akan,” “boleh,” “menjangka,” “mengantisipasi,” “berhasrat,” “menganggarkan,” “berniat,” “merancang,” “mempercayai,” “berkemungkinan,” “mencadangkan,” “berpotensi,” “meneruskan” atau ungkapan serupa. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengubah apa-apa pernyataan prospektif secara awam bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan yang berlaku kemudian, atau perubahan jangkaannya, kecuali yang mungkin diperlukan oleh undang-undang. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan dalam kenyataan prospektif ini adalah munasabah, Syarikat tidak dapat memberi jaminan bahawa jangkaan tersebut akan tepat. Syarikat juga memberi amaran kepada pelabur bahawa keputusan sebenar mungkin berbeza secara ketara daripada yang dijangkakan dan menggalakkan pelabur meneliti faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi keputusan masa hadapan dalam kenyataan pendaftaran Syarikat serta pemfailan lain dengan SEC.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pegawai Kewangan

Edwin Tam

Perhubungan Pelabur



EN
24/09/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on FITELL CORPORATION

 PRESS RELEASE

Fitell Corporation führt Solana (SOL) Digital Asset Treasury mit einer...

Fitell Corporation führt Solana (SOL) Digital Asset Treasury mit einer Finanzierungsfazilität in Höhe von 100 Millionen US-Dollar ein, wobei der Schwerpunkt auf Rendite und On-Chain-DeFi-Innovation liegt - Beabsichtigt, der größte börsennotierte Inhaber von SOL mit Sitz in Australien zu werden - - Ernennt die Berater David Swaney und Cailen Sullivan, um die Strategie für digitale Vermögenswerte und die Ertragsgenerierung durch aktiv verwaltete DeFi- und strukturierte Produktstrategien zu leiten - Taren Point, Australien, Sept. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Die Fitell Corporation (NASDAQ:...

 PRESS RELEASE

Fitell Corporation Lança Solana (SOL) Digital Asset Treasury com Finan...

Fitell Corporation Lança Solana (SOL) Digital Asset Treasury com Financiamento de US $100 Milhões, com Foco em Yield e On-Chain DeFi Innovation - Com objetivo de se tornar o maior detentor de capital aberto da SOL com sede na Austrália - - Nomeando os consultores David Swaney e Cailen Sullivan para liderar a estratégia de tesouraria de ativos digitais e geração de rendimento por meio de estratégias de DeFi gerenciado ativamente e de produtos estruturados - Taren Point, Austrália, Sept. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- A Fitell Corporation (NASDAQ: FTEL) ("Fitell" ou a "Empresa"), fornec...

 PRESS RELEASE

Fitell Corporation เปิดตัวคลังสินทรัพย์ดิจิทัล Solana (SOL) ด้วยวงเงิน...

Fitell Corporation เปิดตัวคลังสินทรัพย์ดิจิทัล Solana (SOL) ด้วยวงเงินการจัดหาเงินทุน 100 ล้านดอลลาร์ โดยมุ่งเน้นการสร้างผลตอบแทนและนวัตกรรม DeFi บนบล็อกเชน - ตั้งเป้าที่จะก้าวขึ้นเป็นผู้ถือครอง SOL รายใหญ่ที่สุดที่จดทะเบียนในตลาดหลักทรัพย์ของออสเตรเลีย - แต่งตั้งที่ปรึกษา David Swaney และ Cailen Sullivan เพื่อเป็นผู้นำกลยุทธ์คลังสินทรัพย์ดิจิทัลและ การสร้างผลตอบแทน ผ่านกลยุทธ์ DeFi แบบบริหารเชิงรุกและผลิตภัณฑ์เชิงโครงสร้าง - Taren Point, ออสเตรเลีย, Sept. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Fitell Corporation (NASDAQ: FTEL) ("Fitell" หรือ "บริษัท") ผู้ให้บริการอุปกรณ์ออกกำลังกายและโซลูชันด้าน...

 PRESS RELEASE

Fitell Corporation 推出 Solana (SOL) 数字资产资金库,并配套 1 亿美元融资,重点关注收益及链上 DeFi ...

Fitell Corporation 推出 Solana (SOL) 数字资产资金库,并配套 1 亿美元融资,重点关注收益及链上 DeFi 创新 - 拟成为澳大利亚最大的公开上市 SOL 持有公司 - - 任命 David Swaney 和 Cailen Sullivan 为顾问,负责领导数字资产资金库策略,并 通过主动管理的 DeFi 和结构化产品策略来创造收益 - 塔伦角,澳大利亚, Sept. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 全球健身器材和健康解决方案提供商 Fitell Corporation(NASDAQ:FTEL)(简称“Fitell”或“公司”),今日宣布已获得一项高达 1 亿美元的融资安排,以支持其启动 Solana 资金库策略,这标志着澳大利亚首个基于 Solana 的数字资产资金库诞生。 主要亮点 DeFi 与收益路线图:旨在通过将 SOL 资产部署于一系列多样化的链上 DeFi 及衍生品策略中,以产生超额收益。 这包括期权、雪球产品、链上流动性供给等结构化产品,以及其他高流动性且下行风险受控的策略。 每种方法提供不同程度的回报、阿尔法收益和期限。 所产生的回报将再投资于资金库储备中,加速 SOL 积累的复利效应,增加每股 SOL 持有量,并加强与 Solana 社区的协同。澳大利亚双重上市:Fitell 已启动在澳大...

 PRESS RELEASE

Fitell Corporation 啟動 Solana (SOL) 數碼資產庫,獲得 1 億美元融資支持,致力追求收益及鏈上 DeFi 創...

Fitell Corporation 啟動 Solana (SOL) 數碼資產庫,獲得 1 億美元融資支持,致力追求收益及鏈上 DeFi 創新 - 致力成為澳洲最具規模的公開上市 SOL 持有者 - - 委任顧問 David Swaney 及 Cailen Sullivan,透過主動管理的 DeFi 與結構性產品策略,引領數碼資產庫策略及 產生收益 - 泰倫角,澳洲, Sept. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 健身器材與健康解決方案的全球供應商 Fitell Corporation (NASDAQ: FTEL)(「Fitell」或「該公司」)今天宣佈已獲得高達 1 億美元的融資支持,用於啟動其 Solana 資產庫策略,這標誌著澳洲首個以 Solana 為基礎的數碼資產庫正式成立。 重要亮點 DeFi(去中心化金融)及收益路線圖:透過將 SOL 資產部署於多元化的鏈上 DeFi 與衍生產品策略組合,以產生超額收益。 當中包括結構性產品,例如期權、雪球衍生產品、鏈上流動性供給,以及其他高流動性而下行風險受控的策略。 每種方式均提供不同水平的回報、Alpha 產生及投資期限。 產生的回報將再次投資到資金庫儲備中,以複合形式加快 SOL 的累積 ,提高每股 SOL 價值,並且加強與 Solana 社區的協調。澳洲雙重上市:Fitell 已著手...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch