AIM AI-MEDIA TECHNOLOGIES LTD

AI-Media Mempamerkan Inovasi Terjemahan dengan LEXI Voice di KOBA dan Broadcast Asia 2025

AI-Media Mempamerkan Inovasi Terjemahan dengan LEXI Voice di KOBA dan Broadcast Asia 2025

SYDNEY, May 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media (ASX: AIM), peneraju global dalam penyelesaian bahasa dikuasakan AI, bersedia untuk memberi kesan yang besar di seluruh Asia pada bulan Mei ini dengan penyertaannya dalam dua acara industri terkemuka: KOBA 2025 di Seoul, Korea dan Broadcast Asia 2025, sebahagian daripada Asia Tech x Singapore.

"Asia merupakan pasaran pertumbuhan yang penting bagi AI-Media," kata Tony Abrahams, Ketua Pegawai Eksekutif di AI-Media. "Kami teruja untuk memperkenalkan inovasi terbaru kami, termasuk LEXI Voice, di KOBA dan Broadcast Asia, serta menunjukkan cara penyelesaian kami menjadikan akses global dan interaksi berbilang bahasa satu realiti bagi penyiar, penerbit acara dan perusahaan."

Memperkasa Penyiar dan Pencipta Kandungan di Seluruh Asia

Di KOBA 2025, AI-Media akan bekerjasama dengan rakan kongsinya di Korea, iaitu BS Systems, untuk memperlihatkan kemajuan terkini dalam teknologi kapsyen AI dan terjemahan berbilang bahasa. Para hadirin boleh mengunjungi reruai [Reruai #D326] untuk menyaksikan demonstrasi langsung kapsyen LEXI AI-Media yang terkemuka di dunia, terjemahan masa nyata dan teknologi pengekod yang direka untuk penyepaduan penyiaran serta penstriman yang lancar.

Di Broadcast Asia 2025, AI-Media berbangga dinamakan sebagai Rakan Rasmi Kapsyen bagi keseluruhan program persidangan Asia Tech x Singapore. Teknologi AI-Media akan menyediakan kapsyen secara langsung di semua pentas utama persidangan, memastikan setiap sesi dapat diakses sepenuhnya dan inklusif untuk audiens global.

Alami Inovasi AI-Media Secara Langsung

Di KOBA dan Broadcast Asia, para pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri:

  • – Terjemahan suara langsung dipacu AI yang revolusioner, menukar kapsyen kepada audio yang kedengaran asli dalam pelbagai bahasa.
  • – Penyelesaian kapsyen secara langsung dikuasakan AI terkemuka di dunia, menawarkan ketepatan dan kebolehskalaan yang tiada tandingannya.
  • – Kapsyen berbilang bahasa masa nyata untuk mempertingkatkan kebolehaksesan global.
  • – Pengekod SDI dan IP terkemuka industri untuk penyepaduan kapsyen dan terjemahan yang lancar.

LEXI Voice: Masa Depan Penyampaian Berbilang Bahasa Secara Langsung sudah Tiba

Selepas kejayaan pelancaran di NAB Show 2025, LEXI Voice kini tersedia dan bersedia untuk mengubah cara penyiar dan penerbit acara berinteraksi dengan audiens yang pelbagai. LEXI Voice menggunakan AI canggih untuk menyampaikan trek suara dalam bahasa alternatif secara masa nyata tanpa memerlukan tafsiran manusia yang mahal atau perkakasan tambahan. Dengan terjemahan ke lebih 100 bahasa, kependaman ultra rendah dan suara AI yang boleh disesuaikan, LEXI Voice membuka pasaran baharu, mendorong keterlibatan global dan mengurangkan kos terjemahan langsung sehingga 90%.

"Bagi banyak pelanggan, inilah saat yang mana penyampaian berbilang bahasa akhirnya menjadi berdaya maju secara komersial," kata Abrahams. "LEXI Voice menyediakan apa yang benar-benar diperlukan oleh industri: skala, kesederhanaan dan kebolehmilikan tanpa mengorbankan kualiti taraf penyiaran."

Lawati Kami di:

  • KOBA 2025: 20 – 23 Mei 2025 | Pameran bersama BS Systems | COEX Convention & Exhibition Center, Seoul | Reruai #D326
  • Broadcast Asia 2025: Asia Tech x Singapore 27-29 Mei 2025 | Singapore Expo | Reruai #5I3-8. Tempah pertemuan

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian inovatif AI-Media dengan melayari .

Kekal berhubung dan ikuti kami di untuk kemas kini KOBA dan Broadcast Asia!

Perihal AI-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, AI-Media (ASX: AIM) merupakan peneraju global dalam terjemahan suara secara langsung dikuasakan AI, kapsyen dan penyelesaian kebolehaksesan bahasa.

Inovasi terkini AI-Media, mengubah cara audiens global terlibat dengan kandungan siaran langsung - menyediakan terjemahan suara berbilang bahasa masa nyata yang dibina berdasarkan ketepatan peneraju industri kapsyen LEXInya. Direka bentuk untuk penyiar, perusahaan dan penerbit acara, LEXI Voice membuka aliran pendapatan baharu serta memperluaskan capaian audiens dengan menjadikan kandungan siaran langsung boleh diakses serta-merta dalam pelbagai bahasa.

Dipercayai di lebih 25 negara, ekosistem menyeluruh AI-Media—termasuk , , , dan menawarkan automasi, ketepatan dan kebolehskalaan yang tiada tandingannya. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam menggantikan aliran kerja manusia tradisional, AI-Media memperkasakan organisasi terkemuka dunia untuk menyampaikan pengalaman yang boleh diakses dan inklusif secara besar-besaran.

Hubungan Media:

Fiona Habben

Ketua Pemasaran Global

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di



EN
16/05/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on AI-MEDIA TECHNOLOGIES LTD

 PRESS RELEASE

AI-Media definiert mit LEXI Voice auf der InfoComm 2025 die globale Ba...

AI-Media definiert mit LEXI Voice auf der InfoComm 2025 die globale Barrierefreiheit neu. Stand Nr. 5389 + AVIXA TV Studio: Erleben Sie mehrsprachige Echtzeitübersetzungen in großem Umfang.  NEW YORK, June 08, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media (ASX: AIM), der weltweit führende Anbieter von KI-gestützten Sprachlösungen, wird auf der InfoComm 2025 seine bahnbrechende Plattform vorstellen und damit neue Maßstäbe für die mehrsprachige Live-Barrierefreiheit setzen. Besucher können den Stand Nr. 5389 besuchen oder sich über AVIXA TV Studio einschalten, um zu erleben, wie LEXI VOICE gesproche...

 PRESS RELEASE

AI-Media กำหนดนิยามใหม่ของการเข้าถึงทั่วโลกด้วย LEXI Voice ที่งาน Info...

AI-Media กำหนดนิยามใหม่ของการเข้าถึงทั่วโลกด้วย LEXI Voice ที่งาน InfoComm 2025 Booth #5389 + AVIXA TV Studio: สัมผัสประสบการณ์การแปลหลายภาษาแบบเรียลไทม์ในระดับขนาดใหญ่  นิวยอร์ก , June 09, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media (ASX: AIM) ซึ่งเป็นผู้นำระดับโลกด้านโซลูชันภาษาที่ขับเคลื่อนด้วย AI เตรียมเปิดตัวแพลตฟอร์ม ที่จะสร้างการเปลี่ยนแปลงที่ยิ่งใหญ่ในงาน InfoComm 2025 โดยจะสร้างมาตรฐานใหม่สำหรับการเข้าถึงแบบเรียลไทม์เป็นหลายภาษา ผู้เข้าร่วมสามารถเยี่ยมชมBooth #5389 หรือติดตามผ่าน AVIXA TV Studio เพื่อดูว่า LEXI VOICE แปลเนื้อหาที่คนพูดเป็นเสียงที่ฟังดูเป็นธรรมชาติแบบทันทีเป็นมากกว่า 100...

 PRESS RELEASE

AI-Media Redefine a Acessibilidade Global com o LEXI Voice na InfoComm...

AI-Media Redefine a Acessibilidade Global com o LEXI Voice na InfoComm 2025 Estande #5389 + AVIXA TV Studio: Experimente a Tradução Multilíngue em Tempo Real em Escala Nova York, June 08, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- A AI-Media (ASX: AIM), líder global em soluções de linguagem baseadas em IA, estreará sua revolucionária plataforma na InfoComm 2025, estabelecendo uma nova referência para acessibilidade multilíngue ao vivo. Os participantes podem visitar o Estande #5389 ou acessar via AVIXA TV Studio para ver ao vivo como o LEXI VOICE traduz instantaneamente o conteúdo falado em áudio com so...

 PRESS RELEASE

AI-Media 在 InfoComm 2025 以 LEXI Voice 重塑全球无障碍沟通

AI-Media 在 InfoComm 2025 以 LEXI Voice 重塑全球无障碍沟通 #5389 号展位+ AVIXA TV Studio:体验大规模实时多语种翻译  纽约, June 09, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 人工智能语言解决方案领域的全球领导者 AI-Media(澳交所代码:AIM)将在 InfoComm 2025 上首次推出具有变革意义的 平台,为实时多语种无障碍沟通树立新标杆。 与会者可以到访 #5389 号展位,或通过 AVIXA TV Studio 观看演示,见证 LEXI VOICE 如何将语音内容即时翻译成 100 多种语言的自然音频,重新定义全球沟通方式。  LEXI VOICE 在 NAB Show 2025 上隆重登场并广受好评,该平台结合非常准确的实时字幕、人工智能翻译和逼真的语音合成,可实时顺畅同步实现多语种输出。 无论是支持全球峰会、实时直播、企业大会还是政府发布会,LEXI VOICE 都有助于内容创作者跨越语言障碍并扩大包容性,而且不会增加复杂性。  AI-Media 首席执行官 Tony Abrahams 表示:“随着视听和广播融合,LEXI VOICE 不仅是一个合规工具,而且会成为强大的发展引擎,引人注目。 InfoComm 是一个理想舞台,可以展示我们的技术不仅是翻译,而且...

 PRESS RELEASE

AI-Media 在 InfoComm 2025 以 LEXI Voice 重塑全球可及性

AI-Media 在 InfoComm 2025 以 LEXI Voice 重塑全球可及性 #5389 號展位 + AVIXA TV Studio:體驗大規模即時多種語言翻譯  紐約, June 09, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 人工智能語言解決方案領域的全球領導者 AI-Media (ASX: AIM) 將在 InfoComm 2025 上首次推出具有變革意義的 平台,在即時多種語言可及性方面樹立新基準。 與會者可以到訪 #5389 號展位,或透過 AVIXA TV Studio 密切關注,見證 LEXI VOICE 如何將 100 多種語言的語音內容即時翻譯成自然的音訊,重塑世界互聯的方式。  LEXI VOICE 在 2025 年 NAB Show 上隆重登場並廣受好評,該平台結合非常準確的即時字幕、人工智能翻譯和逼真的合成語音,可即時順暢同步輸出多種語言。 無論是支援全球峰會、現場直播、企業大會或政府簡報,LEXI VOICE 都有助內容創作者跨越語言障礙並加強包容,而同時保持簡單。  AI-Media 行政總裁 Tony Abrahams 表示:「隨著 AV 和廣播融合,LEXI VOICE 不僅是一個合規工具,而且會成為強大的發展引擎,引人注目。 InfoComm 是一個理想舞台,可以展示我們的技術不限於翻譯,還能改變溝通方式...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch