AIM AI-MEDIA TECHNOLOGIES LTD

Ai-Media Perkenalkan LEXI Viewer: Merevolusikan Acara Langsung Dengan Penyelesaian Kapsyen Termaju

Ai-Media Perkenalkan LEXI Viewer: Merevolusikan Acara Langsung Dengan Penyelesaian Kapsyen Termaju

BROOKLYN, N.Y., July 21, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- , peneraju industri dalam penyelesaian kapsyen langsung, transkripsi dan terjemahan pacuan teknologi, sukacitanya memperkenalkan  yang menggemparkan. Penyelesaian inovatif ini merevolusikan cara penganjur acara memikat penonton. Ucapkan selamat tinggal kepada kekangan pendekatan tradisional dan bersedia mengharungi era baharu penglibatan acara yang tiada tandingan.

Dalam landskap acara dinamik hari ini, mencipta pengalaman yang luar biasa untuk semua hadirin adalah sangat penting. LEXI Viewer menawarkan penyelesaian yang mesra pengguna dan kos efektif untuk meningkatkan keterangkuman, memenuhi jenis khalayak yang pelbagai. Dengan menyepadukan secara lancar dengan penyelesaian andalan kami, kami boleh menyampaikan kualiti kapsyen yang tiada tandingan. Pengguna boleh mengklik kapsyen mereka dengan mudah, mengawal sepenuhnya LEXI melalui skrin LCD panel hadapan atau alat kawalan jauh wayarles. Fungsi bijak ini memastikan pengalaman yang menawan dan dinamik untuk penganjur acara dan juga hadirin.

"Meningkatkan pengalaman acara langsung untuk semua individu adalah komitmen kami yang tidak berbelah bahagi, dan sebagai perintis industri, kami dengan bangganya mempersembahkan LEXI Viewer sebagai penyelesaian yang menggemparkan," kata James Ward, Ketua Pegawai Jualan Ai-Media. "Dengan penambahan fungsi klik untuk kapsyen yang menarik, serta teknologi termaju dan penyelesaian kapsyen dipacu AI kami yang berkuasa, kami sedang merevolusikan keterangkuman dan meningkatkan penglibatan khalayak yang pelbagai.”

LEXI Viewer menawarkan pelbagai mod paparan yang direka untuk memenuhi pelbagai gaya persembahan dan keperluan jenama, memastikan keterlihatan optimum kandungan pembentangan sambil menyampaikan kapsyen yang jelas.

  • Mod Skrin Penuh: Kapsyen dipaparkan pada keseluruhan skrin, menawarkan kebolehaksesan maksimum kepada khalayak ramai. Pelbagai pilihan jarak baris dan saiz teks tersedia yang menampung pilihan individu.
  • Mod Imej Latar Belakang: Pengguna boleh menindih empat baris kapsyen pada imej latar belakang tersuai, memberikan kebolehkonfigurasian lengkap penampilan kapsyen, termasuk fon, saiz teks, kedudukan dan warna. Ini membolehkan penganjur acara mengekalkan penjenamaan mereka sambil mengutamakan keterangkuman.
  • Mod Penyahkod Kapsyen: Kapsyen boleh dipaparkan pada video input untuk meniru gelagat penyahkod kapsyen pengguna sambil menawarkan pilihan penyesuaian untuk warna fon dan teks.
  • Mod Penskala: Pengguna boleh mengekalkan keterlihatan penuh kandungan pembentangan dengan mengecilkan video input sebanyak 20% dan memaparkan dua baris kapsyen di atas atau di bawah video.

Selain itu, penganjur acara boleh mempertingkatkan keselamatan kapsyen dan mengekalkan kawalan yang lebih besar ke atas data mereka dengan menggandingkan LEXI Viewer dengan . Penyelesaian berkuasa ini menyediakan kapsyen automatik LEXI di premis, menyingkirkan kebimbangan berkaitan awan dan memastikan privasi data yang lengkap.

"Kami memahami kepentingan keselamatan dan privasi data, dan penyelesaian LEXI Local kami menangani kebimbangan ini, menyediakan kawalan yang dipertingkatkan ke atas data berharga kepada penganjur acara," kata James Ward. "Dengan LEXI Viewer dan LEXI Local, kami menawarkan penyelesaian kebolehaksesan komprehensif yang melampaui jangkaan."

Untuk meneroka masa depan acara langsung, hubungi  untuk pertanyaan atau meminta demonstrasi yang diperibadikan.

Perihal Ai-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, syarikat teknologi Ai-Media ialah peneraju global dalam penyelesaian kapsyen, transkripsi dan terjemahan secara langsung dan dirakam. Syarikat itu membantu bukan sahaja penyiar, perusahaan dan agensi kerajaan terkemuka dalam dunia dalam memastikan ketepatan tinggi, kapsyen selamat dan kos efektif melalui penyelesaian kapsyen automatik LEXI yang dikuasakan AI. Kapsyen LEXI dihantar kepada berjuta-juta skrin di seluruh dunia melalui rangkaian pengekod kapsyen Ai-Media dan Rangkaian Awan iCap – rangkaian penghantaran kapsyen terbesar dan paling selamat di dunia. Di seluruh dunia, Ai-Media menyampaikan lebih 8 juta minit siaran langsung dan media rakaman setiap bulan. Ai-Media didagangkan di Bursa Saham Australia (ASX:AIM). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati .

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di



Maklumat Hubungan Media:
Fiona Habben
Pengurus Pemasaran Kanan - Global
 
 
EN
20/07/2023

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on AI-MEDIA TECHNOLOGIES LTD

 PRESS RELEASE

AI-Media, 암스테르담 IBC 2025에서 LEXI Voice, LEXI Direct API, LEXI AD(오디오 설명...

AI-Media, 암스테르담 IBC 2025에서 LEXI Voice, LEXI Direct API, LEXI AD(오디오 설명) 공개하며 LEXI 제품군 확장 런던, Sept. 10, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 인공지능 기반 언어 솔루션 분야를 선도하는  (ASX: AIM)가 오는 9월 12일부터 15일까지 네덜란드 암스테르담 RAI에서 열리는 IBC 2025(부스 번호 5.C33)에서 혁신적인 LEXI Voice 플랫폼을 선보이며 유럽 시장에 공식 진출한다. 올해 초 라스베이거스 NAB에서 성공적으로 데뷔한 LEXI Voice는 실시간 음성 번역과 자막 기능을 통해 다국어 라이브 접근성의 새로운 기준을 제시함과 동시에, 방송사와 콘텐츠 소유자들이 2025년 시행되는 유럽 접근성법(EAA)의 포용성 요건을 충족하도록 지원하고 있다. 라이브 다국어 경험의 재정의 는 가장 다양한 번역 엔진과 합성 음성을 활용한 음성-음성 번역(S2ST) 솔루션으로, 자연스러운 실시간 대체 언어 트랙을 라이브 방송에 제공한다. 방송사와 콘텐츠 소유자는 다음과 같은 혜택을 누릴 수 있다: 확장된 도달 범위: 다국어 라이브 콘텐츠로 다양한 시청자와 소...

 PRESS RELEASE

AI-Media meluaskan LEXI Suite dengan pelancaran LEXI Voice, LEXI Direc...

AI-Media meluaskan LEXI Suite dengan pelancaran LEXI Voice, LEXI Direct API dan LEXI AD (Audio Description) sempena IBC 2025 di Amsterdam LONDON, Sept. 10, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (ASX: AIM), peneraju global dalam penyelesaian bahasa berasaskan AI, akan mempersembahkan platform inovatif mereka, LEXI Voice, di IBC 2025 (Reruai 5.C33, 12–15 September, RAI Amsterdam), menandakan pelancaran rasmi penyelesaian tersebut untuk pasaran Eropah. Selepas kejayaan debutnya di NAB Las Vegas awal tahun ini, LEXI Voice menetapkan penanda aras baharu bagi kebolehcapaian langsung berbilang bahasa dengan...

 PRESS RELEASE

AI-Media amplia LEXI Suite com LEXI Voice, LEXI Direct API e LEXI AD (...

AI-Media amplia LEXI Suite com LEXI Voice, LEXI Direct API e LEXI AD (Audio Description) na IBC 2025 em Amsterdã LONDRES, Sept. 10, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- A  (ASX: AIM), líder global em soluções linguísticas baseadas em IA, apresentará sua inovadora plataforma LEXI Voice na IBC 2025 (Estande 5.C33, 12–15 de setembro, RAI Amsterdã), marcando o lançamento oficial da solução no mercado europeu. Após o sucesso do lançamento na NAB Las Vegas no início deste ano, a LEXI Voice estabelece um novo padrão de acessibilidade multilíngue ao vivo com tradução de voz e legendagem em tempo real – além...

 PRESS RELEASE

AI-Media เปิดตัวส่วนขยายของ LEXI Suite ด้วย LEXI Voice, LEXI Direct AP...

AI-Media เปิดตัวส่วนขยายของ LEXI Suite ด้วย LEXI Voice, LEXI Direct API และ LEXI AD (คำอธิบายเสียง) ที่งาน IBC 2025 ณ กรุงอัมสเตอร์ดัม ลอนดอน, Sept. 10, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (ASX: AIM) ซึ่งเป็นผู้นำระดับโลกด้านโซลูชันภาษาที่ขับเคลื่อนด้วย AI เตรียมนำเสนอแพลตฟอร์ม LEXI Voice สุดล้ำสมัยที่งาน IBC 2025 (บูธ 5C33 วันที่ 12–15 กันยายน ณ ศูนย์การประชุม RAI Amsterdam) เพื่อเปิดตัวโซลูชันนี้สู่ตลาดยุโรปอย่างเป็นทางการ หลังประสบความสำเร็จจากเปิดตัวที่งาน NAB ในลาสเวกัส เมื่อต้นปีที่ผ่านมา LEXI Voice ได้กำหนดเกณฑ์มาตรฐานใหม่สำหรับการเข้าถึงเนื้อหาสดในหลายภาษา ด้วยการแปลเสียงและสร้างคำบรรยายแบบ...

 PRESS RELEASE

AI-Media 在阿姆斯特丹 IBC 2025 展会展示 LEXI Suite 多项新功能:LEXI Voice、LEXI Direct ...

AI-Media 在阿姆斯特丹 IBC 2025 展会展示 LEXI Suite 多项新功能:LEXI Voice、LEXI Direct API 和 LEXI AD(音频描述功能) 伦敦, Sept. 10, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 全球人工智能语言解决方案领导者 (ASX: AIM) 将于 IBC 2025 展会(RAI 阿姆斯特丹C33 展厅 5 号展位,9 月 12 日至 15 日)展示其突破性的 LEXI Voice 平台,标志着该解决方案正式登陆欧洲市场。 继今年早些时候在拉斯维加斯 NAB 展会上成功亮相后,LEXI Voice 通过实时语音翻译和字幕功能,为多语言实时无障碍服务树立了全新标杆——同时助力广播机构和内容所有者满足 2025 年《欧洲无障碍法案》 (EAA) 对包容性的新要求。 重新定义实时多语言体验 是一款语音到语音翻译 (S2ST) 解决方案,拥有最丰富的翻译引擎和合成语音库,可为直播节目提供自然流畅的实时多语种音轨。 广播公司和内容所有者可获益如下: 拓展覆盖范围 - 通过实时多语言内容吸引多元受众。新收入来源 - 通过开拓未开发市场释放增长潜力。无缝集成 - 兼容 SDI、SMPTE-2110 及 IP 工作流程。可扩展效率 - 成本远低于传统模式的自动化翻译功能。直播就绪 - 低于 10 秒的超低延...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch