AIM AI-MEDIA TECHNOLOGIES LTD

LEXI Voice Akan Dilancarkan: AI-Media Keluarkan Terjemahan Suara AI Perintis di NAB 2025

LEXI Voice Akan Dilancarkan: AI-Media Keluarkan Terjemahan Suara AI Perintis di NAB 2025

BROOKLYN, N.Y., March 29, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- , sebuah syarikat peneraju global dalam teknologi dan penyelesaian bahasa yang dikuasakan AI, bersedia untuk memberikan impak besar di NAB Show 2025 di Las Vegas. Dari 6-9 April, para hadirin boleh mengunjungi Reruai #W1915 untuk meneroka pakej AI-Media bagi penyelesaian AI yang meneraiui industri dan menjadi orang terawal yang menyaksikan inovasi terbaharu syarikat itu secara eksklusif dalam bidang terjemahan suara yang dikuasakan AI.

Masa Depan Penterjemahan AI Voice – Saksikan Dahulu di NAB 2025

AI-Media akan melancarkan di NAB Show 2025. Ia merupakan teknologi penterjemahan suara AI generasi akan datang yang direka untuk mengatasi halangan bahasa dalam masa nyata. Dibina berlandakan kapsyen utama AI-Media yang dipercayai di seluruh dunia dalam aspek ketepatan dan kebolehskalaannya, LEXI Voice menyampaikan terjemahan suara AI yang kedengaran semula jadi serta berkependaman rendah bagi audio langsung kepada pelbagai bahasa secara masa nyata. Dengan memanfaatkan pengecaman pertuturan dan teknologi suara sintetik terkini, LEXI Voice mampu mengasingkan dan mentafsir audio pembesar suara daripada punca suara dan mengekalkan perubahan pembesar suara, masa dan nada. Dengan ketepatan transkripsi yang tinggi, LEXI Voice membolehkan penyampaian berbilang bahasa yang lancar tanpa memerlukan jurubahasa manusia. Ia mudah disepadukan ke dalam aliran kerja penyiaran sedia ada, termasuk persekitaran SDI dan IP, dan serasi sepenuhnya dengan peranti Alta dan Encoder Pro daripada AI-Media. Keupayaan ini menawarkan alternatif bagi model suara latar dan kejurubahasaan yang menjimatkan kos dan boleh dikembangkan.

“Kami sentiasa menantikan detik untuk menghadiri NAB Show setiap tahun. Ia menjadi peluang terbaik untuk kami mempamerkan kemajuan terkini dalam bidang kapsyen dan penterjemahan yang dikuasakan AI, serta mendapatkan maklum balas daripada pelanggan. Beberapa inovasi dan pembangunan produk terkemuka yang kami hasilkan merupakan cetusan daripada maklum balas pelanggan di pameran itu, oleh itu, ia menjadi suatu yang sangat penting dalam perancangan Pelan Hala Tuju Produk kami,” kata James Ward, Ketua Pegawai Jualan di AI-Media. “Tahun ini, kami memperkenalkan sesuatu yang benar-benar mampu membuat perubahan iaitu LEXI Voice yang merupakan satu penyelesaian terjemahan suara AI yang akan mencorakkan cara penyiar dan pencipta kandungan berinteraksi dengan khalayak di seluruh dunia dalam masa nyata. Seperti produk lain dalam LEXI Toolkit, LEXI Voice akan tersedia di dan dapat beroperasi dengan semua teknologi pengekod terkemuka di dunia daripada kami.”

Dengan reputasi kukuh sejak dahulu lagi dalam merintis penyelesaian kapsyen dan terjemahan dipacu AI, AI-Media akan mempamerkan pelbagai teknologi perintis inovatif yang dapat membantu penyiar, pencipta kandungan dan profesional media meluaskan capaian mereka dan meningkatkan interaski dengan khalayak. Pengunjung di reruai boleh merasai pengalaman:

  • LEXI – Penyelesaian kapsyen dikuasakan AI yang termaju di dunia.
  • – Kapsyen berbilang bahasa dalam masa nyata yang boleh diakses di seluruh dunia
  • – Penyepaduan kapsyen yang lancar untuk aliran kerja penyiaran dan penstriman.
  • Akan dilancarkan - LEXI Voice - Masa Depan Terjemahan Suara AI

Demonstrasi Langsung – Jadi Orang Pertama Yang Merasai Pengalaman Inovasi

Sertai kami di Reruai #W1915 untuk menyaksikan demo langsung penemuan terbaru AI-Media yang eksklusif:

  • Isnin, 7 April | 3:00 PTG PT
  • Selasa, 8 April | 10:30 PG PT

Bagi penyiar dan profesional media yang ingin memecahkan halangan bahasa dan mengembangkan khalayak global, reruai AI-Media di NAB 2025 akan menjadi tempat yang membolehkan masa depan terjemahan dan kebolehcapaian dikuasakan AI menjadi kenyataan. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan teknologi yang akan merubah industri ini!

Penyelesaian AI-Media akan turut dipamerkan di Reruai AWS (#W1701) dan Reruai Synamedia (#W2443). Singgah ke reruai mereka dan lihat cara rakan kerjasama AI-Media menggunakan penyelesaian kami.

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian perintis AI-Media dan tempah demonstrasi peribadi dengan melawati . Teruskan berhubung dengan kami dan ikuti kami di untuk mendapatkan maklumat terkini NAB 2025 yang eksklusif!

Perihal AI-Media

Ditubuhkan di Australia pada tahun 2003, AI-Media merupakan syarikat teknologi perintis yang mengkhusus dalam bahasa AI dan penyelesaian aliran kerja kapsyen. Sebagai peneraju global, AI-Media menyediakan teknologi serta penyelesaian berkualiti tinggi bagi kapsyen dan terjemahan langsung dan dirakam yang dikuasakan AI kepada pelbagai pelanggan dan pasaran di seluruh dunia. Buat pertama kali pada bulan Februari 2024, AI-Media melancarkan data inovatif yang mempamerkan keunggulan produk kapsyen AI yang dinamakan LEXI, yang menandingi aliran kerja oleh manusia yang tradisional dan lebih mahal. Dengan pengalaman industri yang mendalam dan teknologi AI yang canggih untuk mencipta penyelesaian yang memperkemas dan memudahkan proses, AI-Media memperkasakan penyiar terkemuka, perusahaan dan agensi kerajaan di seluruh dunia untuk memastikan kandungan yang terangkum dan boleh dicapai dengan lancar. AI-Media (ASX: AIM) memulakan dagangan di ASX pada 15 September 2020. Lawati

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di



Hubungan Media:
Fiona Habben
Ketua Pemasaran Global
 
EN
28/03/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on AI-MEDIA TECHNOLOGIES LTD

 PRESS RELEASE

エイアイメディア、多言語AV需要の加速を受け、ISE 2026でリアルタイム翻訳およびアクセシビリティワークフローを紹介

エイアイメディア、多言語AV需要の加速を受け、ISE 2026でリアルタイム翻訳およびアクセシビリティワークフローを紹介 スペイン・バルセロナ発, Jan. 30, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- AIを活用した字幕作成および言語ソリューションのグローバルリーダーであるエイアイメディア (AI-Media) は、ISE 2026に参加し、ライブイベントや企業コミュニケーションから各種会場、公共施設に至るまで、プロフェッショナルAV環境全体でリアルタイムの翻訳、キャプション生成、音声解説が不可欠な機能となりつつあることを紹介する。 視聴者の多言語化が進み、包括的なコミュニケーションへの期待が高まるにつれて、AVチームは、室内とリモートの両方の視聴で、アクセスしやすく理解しやすい一貫性のある体験を提供するという課題に直面している。 ISE 2026にて、エイアイメディアは、放送グレードのAIテクノロジーが統合AVワークフローにどのように適用され、低遅延でスケーラブルなリアルタイム言語・アクセシビリティ支援を可能にしているかを紹介する。 エイアイメディアはブース番号4L700にて、自然な音声出力と最小限の遅延であらゆる言語へのリアルタイム音声翻訳を実現するAI駆動型ソリューション、を紹介する。 ライブおよび放送環境向けに設計されたLEXI Voiceは、制...

 PRESS RELEASE

AI-미디어, 다언어 AV 수요 확대 속 ISE 2026서 실시간 번역·접근성 워크플로우 공개

AI-미디어, 다언어 AV 수요 확대 속 ISE 2026서 실시간 번역·접근성 워크플로우 공개 스페인 바르셀로나, Jan. 30, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- AI 기반 자막 및 언어 솔루션 분야의 글로벌 선도 기업인 AI-미디어(AI-Media)는 ISE 2026에 참가해 실시간 번역, 자막, 음성 해설 기술이 라이브 이벤트, 기업 커뮤니케이션, 공연장, 공공 설치 공간 등 전문 AV 환경 전반에서 필수 역량으로 자리 잡고 있는 흐름을 선보일 예정이다. 관객층이 점점 다언어화되고 포용적 커뮤니케이션에 대한 기대가 높아지면서, AV 운영팀은 현장 관람과 원격 시청 환경 모두에서 접근성·이해도·일관성을 갖춘 경험을 제공해야 하는 과제에 직면하고 있다. AI-미디어는 ISE 2026을 통해 자사의 방송급 AI 기술이 통합 AV 워크플로우에 어떻게 적용되고 있는지를 소개하며, 낮은 지연 시간으로 확장 가능한 실시간 언어 지원과 접근성 서비스를 구현하는 방식을 공유할 계획이다. AI-미디어는 부스 4L700에서 자연스러운 음성 출력과 최소 지연을 기반으로 어떤 언어로든 실시간 음성 번역을 제공하는 AI 기반 솔루션 ‘렉시 보이스()’를 ...

 PRESS RELEASE

AI-Media akan Mempersembahkan Aliran Kerja Terjemahan Masa Nyata dan k...

AI-Media akan Mempersembahkan Aliran Kerja Terjemahan Masa Nyata dan kebolehcapaian di ISE 2026 ketika Permintaan AV Berbilang Bahasa Meningkat BARCELONA, Sepanyol, Jan. 30, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media, peneraju global dalam penyelesaian sari kata dan bahasa berasaskan AI, akan berada di ISE 2026 untuk mendemonstrasikan cara terjemahan masa nyata, kapsyen serta penerangan audio kini menjadi keupayaan penting dalam persekitaran AV profesional – daripada acara langsung dan komunikasi korporat hingga ke lokasi serta pemasangan awam. Seiring dengan khalayak yang semakin berbilang bahas...

 PRESS RELEASE

AI-Media เตรียมสาธิตเวิร์กโฟลว์การแปลแบบเรียลไทม์และการช่วยการเข้าถึงท...

AI-Media เตรียมสาธิตเวิร์กโฟลว์การแปลแบบเรียลไทม์และการช่วยการเข้าถึงที่งาน ISE 2026 เนื่องจากความต้องการด้าน AV หลายภาษาที่เพิ่มขึ้นอย่างรวดเร็ว บาร์เซโลนา สเปน, Jan. 30, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media ผู้นำระดับโลกด้านโซลูชันซับไตเติลและภาษาที่ขับเคลื่อนด้วย AI จะเข้าร่วมงาน ISE 2026 เพื่อสาธิตว่าการแปลแบบเรียลไทม์ การสร้างคำบรรยาย และคำอธิบายด้วยเสียงกำลังจะเป็นขีดความสามารถที่จำเป็นในสภาพแวดล้อม AV ระดับมืออาชีพได้อย่างไร ตั้งแต่งานอีเวนต์สดและการสื่อสารองค์กร ไปจนถึงสถานที่จัดงานและบริการที่ติดตั้งเพื่อสาธารณะ เนื่องจากผู้ชมมีความหลากหลายทางภาษามากขึ้น และความคาดหวังในการสื่อสารท...

 PRESS RELEASE

AI-Media Apresenta Fluxos de Trabalho de Tradução e Acessibilidade em ...

AI-Media Apresenta Fluxos de Trabalho de Tradução e Acessibilidade em Tempo Real na ISE 2026 Atendendo à Crescente Demanda por AV Multilíngue BARCELONA, Espanha, Jan. 30, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- A AI-Media, líder global em soluções de legendagem e linguagem baseadas em IA, participa da ISE 2026 para demonstrar como a tradução, legendagem e audiodescrição em tempo real estão se tornando recursos essenciais em ambientes profissionais de AV - de eventos ao vivo e comunicações corporativas a locais e instalações públicas. Com um público cada vez mais multilíngue e o aumento das expectativas...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch