ALT Analytica Ltd.

Analytica Mengumumkan Perluasan Penyelesaian Kesihatan Pelvis PeriCoach® ke dalam China

Analytica Mengumumkan Perluasan Penyelesaian Kesihatan Pelvis PeriCoach® ke dalam China

  • PeriCoach akan diedarkan melalui rangkaian pusat jagaan pascapartum, hospital, rangkaian farmasi dan platform dalam talian yang diservis oleh rakan kerjasama usaha sama yang meluas.
  • Usaha sama juga akan memanfaatkan rangkaian 30,000 klinisian yang meluas di 100 bandar untuk mengedarkan PeriCoach di China.
  • Perjanjian dibina atas kerjasama pengagihan di Timur Tengah yang sedia ada Analytica untuk memudahkan pertumbuhan dan pengeluaran PeriCoach di pasaran antarabangsa.
  • Percubaan klinikal mengesahkan rawatan PeriCoach tanpa pengawasan adalah setara dengan terapi fizikal lantai pelvis di klinik untuk rawatan inkontinens urinari tekanan, pada kos yang lebih rendah.
  • PeriCoach memberikan penyelesaian yang cekap kos untuk meningkatkan kualiti kehidupan, mengurangkan beban penjagaan dan mengurangkan perbelanjaan pad inkontinens dalam populasi pascapartum dan penuaan.

BRISBANE, Australia, April 01, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Analytica Limited (ASX:ALT), Pengeluar dari Australia bagi sistem senaman lantai pelvis PeriCoach untuk rawatan inkontinens urinari tekanan. telah memasuki perjanjian usaha sama (JV) untuk mengeluarkan, mengedarkan, dan memasarkan sistem ini di China, Macau, Hong Kong dan Taiwan. Analytica bekerjasama dengan Hebei NACOL Bio-Technology Co., Ltd (Nacol) dan Shijiazhuang Biosphere Pty Ltd (Biosphere) yang berpangkalan di Wilayah Hebei.

Pemegang saham utama Nacol termasuk dua syarikat pengeluaran pengedaran perubatan Cina yang sangat berpengalaman iaitu Heibei Aineng Biological Technology Co., Ltd dan Shijiazhuang YST Medical Supplies Co. Ltd.

JV ini akan mendaftarkan PeriCoach dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat China (CFDA) sebagai peranti perubatan kelas II. Dengan kelulusan CFDA, PeriCoach boleh menjadi rawatan preskripsi dengan meliputi rangkaian hospital di kawasan China Utara sebagai permulaan.

Pengembangan ke China akan menyokong pengedaran PeriCoach kepada pasaran pemulihan pascapartum yang semakin berkembang pesat dan pasaran pencegahan tahap awal warga emas kerana satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami inkontinens urinari tekanan. Perjanjian ini akan melanjutkan lagi strategi Analytica untuk membawa PeriCoach kepada pasaran global, membina pada pertumbuhan di Timur Tengah dengan rakan kerjasama Motion Egypt LLC, dan mendapatkan rakan kerjasama lain di Amerika Utara, Eropah dan Asia Tenggara di luar China.

PeriCoach terdiri daripada peranti perubatan, aplikasi telefon pintar dan PeriVault, pangkalan data latihan otot lantai pelvis terbesar di dunia. PeriCoach merangkumi teknologi panduan teknik biomaklum balas yang membantu wanita melakukan senaman lantai pelvis dengan betul, juga dikenali sebagai senaman “Kegel”, semasa peranti dan aplikasi digunakan. Data dunia nyata daripada pesakit1 PeriCoach menunjukkan bahawa hampir 60% wanita tidak tahu cara untuk menggunakan otot tersembunyi ini apabila mereka menggunakan peranti buat kali pertama. Panduan teknik PeriCoach bermaksud “Kegel” boleh dilakukan dengan betul dan yakin oleh mana-mana wanita dalam privasi rumahnya sendiri.

Percubaan klinikal2,3 bebas, disemak semula rakan setara (peer-reviewed), dirawakkan terkawal baru-baru ini yang dilakukan oleh University of New Mexico dan diterbitkan di Journal of Female Pelvic Medicine & Reconstructive Surgery menyimpulkan sistem biomaklum balas PeriCoach, tanpa arahan formal, bukan inferior dan setaraf dengan terapi fizikal lantai pelvis di klinik dalam pusat kecemerlangan lantai pelvis, menjadikan sistem ini bentuk rawatan yang paling cekap kos4 untuk inkontinens urinari tekanan dan campuran.  di sini.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di

Buat masa ini dikeluarkan di Australia, rangkaian pengeluaran PeriCoach baharu untuk pasaran Cina hanya terletak di Zon Perdagangan Bebas Shijiazhuang dan akan disenaraikan sebagai salah satu projek utama dalam zon perdagangan bebas dan zon teknologi tinggi.

PeriCoach akan diedarkan melalui rangkaian hospital dan organisasi pascapartum meluas sedia ada yang diberikan perkhidmatan oleh rakan kerjasama JV. Rakan kerjasama JV telah bekerjasama dengan platform perkhidmatan penjagaan pascapartum di China dengan liputan sebanyak 100 bandar dan lebih daripada 30,000 profesional klinikal.

Di China, 15 juta bayi dilahirkan setiap tahun.5 Dengan pertumbuhan ekonomi moden yang pantas, industri pemulihan pascapartum telah meningkat kepada 3.95bn yuan setahun (US$608J) pada tahun 2018, dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun 43.9%.6

Selain itu, China, seperti negara Barat, mempunyai populasi menua yang antaranya 31% wanita lebih berusia mengalami inkontinens urinari, tetapi hanya 25% daripada mereka mendapatkan bantuan perubatan.7 JV melihat peluang kesihatan awam yang besar untuk rawatan konservatif bagi inkontinens dalam kalangan wanita berumur 50-70 tahun, mengurangkan impak kualiti kehidupan berserta beban ekonomi jangka panjang bagi penjagaan warga emas.

CEO Aineng, Encik LanJu Xu, akan mengetuai JV ini dan mengomen: “Kami mempunyai keyakinan yang kukuh dalam keupayaan R&D Analytica dan percaya bahawa Analytica dan Nacol boleh memanfaatkan kelebihan satu sama lain daripada Usaha Sama ini dan mencapai situasi menang-menang. Dengan menggabungkan teknologi Analytica yang terkemuka dan sumber industri meluas Nacol di China, kami menanti-nantikan untuk menyaksikan PeriCoach memasuki pasaran besar ini.”

Encik Xu mempunyai latar belakang yang kukuh dalam peranti dan bahan perubatan, termasuklah rekod prestasi bagi kelulusan 17 peranti perubatan kelas II dan telah melengkapkan percubaan klinikal bagi dua peranti perubatan kelas III. Beliau juga merupakan Ketua Pasukan untuk Program Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Utama bagi Kementerian Sains dan Teknologi di China, yang dikendalikan oleh empat universiti terkemuka dan salah satu daripada tiga hospital teratas di China. Selain itu, Encik Xi ialah ketua Pusat R&D bahan perubatan di Universiti Nankai.

Pengerusi Analytica Ltd, Dr Michael Monsour, berkata: “Memasuki pasaran China dengan pengendali yang lincah dan berpengalaman ialah pencapaian utama untuk Analytica. China sedang menerajui dunia dalam mengiktiraf keperluan penjagaan pascapartum yang berkesan dan menghadapi cabaran untuk menjaga populasi penuaan mereka yang besar melalui penggunaan sistem PeriCoach untuk membantu wanita mengurus inkontinens. PeriCoach ialah penyelesaian cekap kos yang terbukti yang akan menambah baik kualiti kehidupan dan mengurangkan beban penjagaan untuk wanita dengan ketara. Kami menanti-nantikan penerokaan berterusan bagi pilihan strategik kami untuk mengembangkan ketersediaan PeriCoach secara global.”

Baru-baru ini, Analytica telah memindahkan operasi pengeluarannya di Australia dan sedang mencari peluang untuk mewujudkan semula jualan dalam talian di AS, UK/Ireland, Australia dan New Zealand pada masa akan datang. PeriCoach memiliki kelulusan USFDA 510(k), pendaftaran ARTG Australia dan tanda CE.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Untuk maklumat lanjut tentang Sistem PeriCoach, lawati: 

Untuk maklumat lanjut tentang Analytica, lawati: 

Rujukan

  1. Data pada fail.
  2. Pengumuman Analytica: 
  3. Barnes, Kara Lauren MD*; Cichowski, Sara MD, FACOG, FPMRS†; Komesu, Yuko M. MD, FACOG, FPMRS*; Jeppson, Peter C. MD, FACOG, FASC, FPMRS*; McGuire, Brenna MD*; Ninivaggio, Cara S. MD, FPMRS*; Dunivan, Gena C. MD, FACOG, FPMRS* Home Biofeedback Versus Physical Therapy for Stress Urinary Incontinence, Female Pelvic Medicine & Reconstructive Surgery: November 16, 2020 - Volume Publish Ahead of Print - Issue - doi: 10.1097/SPV.0000000000000993: 
  4. White Paper: Health Economics of PeriCoach for Management of Stress Urinary Incontinence: 
  5. Biro Statistik Nasional China: 
  6. Compound Growth: Overview of China's postpartum rehabilitation equipment industry in 2019 (kod laporan: 19RI0824) oleh leadleo Academy
  7. Che, X. Y., Wu, S. L., Chen, Y. K., Huang, Y. B., & Yang, Y. (2019). Beijing da xue xue bao. Yi xue ban = Journal of Peking University. Health sciences, 51(4), 706–710. /10.19723/j.issn.1671-167X.2019.04.019: 



Perihal Analytica Limited

Produk utama Analytica ialah Sistem PeriCoach® – sebuah sistem rawatan e-kesihatan bagi wanita yang mengalami Inkontinens Urinari Tekanan. Ini menjejaskan 1 dalam 3 wanita di seluruh dunia dan kebanyakannya disebabkan oleh trauma pada otot lantai pelvis disebabkan kehamilan, kelahiran anak dan menopaus.

PeriCoach terdiri daripada peranti, portal web, dan aplikasi telefon pintar. Peranti menilai aktiviti dalam otot lantai pelvis. Maklumat ini dipindahkan kepada aplikasi telefon pintar dan boleh dimuatkan kepada pangkalan data awan yang doktor boleh memantau kemajuan pesakit melalui portal web. Sistem baru ini membolehkan doktor perubatan secara jauh menentukan sama ada seseorang wanita melakukan senaman lantai pelvisnya dan jika senaman ini menambah baik keadaannya. Pengukuhan otot lantai pelvis juga dapat meningkatkan rasa atau kepuasan seksual dan kemungkinan orgasma pada sesetengah wanita.

PeriCoach mempunyai kelulusan kawal selia untuk inkontinens urinari di Australia dan mempunyai tanda CE dan kelulusan USFDA 510(k).

PeriCoach juga mempunyai kelulusan di Australia dan Tanda CE di Eropah untuk rawatan prolaps organ pelvis, keadaan yang menjejaskan 1 dalam 5 wanita sepanjang hidup mereka.

Maklumat Hubungan:

Geoff Daly, CEO



EN
01/04/2021

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Analytica Ltd.

 PRESS RELEASE

Analytica anuncia expansión del Sistema de Infusión Optimizado en el M...

Analytica anuncia expansión del Sistema de Infusión Optimizado en el Medio Oriente Analytica firma un acuerdo con Marwa para la distribución, comercialización y venta del Sistema de Infusión Optimizado (EIS) en Egipto, Bahréin, Irán, Irak, Jordania, Kuwait, Líbano, Arabia Saudita y Emiratos Árabes Unidos.El sistema de infusión de suplementación por IV patentado reduce el riesgo de infección y embolia, y ahorra tiempo al personal médico por un costo total más bajo que los equipos y prácticas existentes. BRISBANE, Australia, April 30, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Analytica Limited (ASX:ALT), e...

 PRESS RELEASE

Analytica gibt Ausweitung seines Enhanced Infusion System in den Nahen...

Analytica gibt Ausweitung seines Enhanced Infusion System in den Nahen Osten bekannt Analytica unterzeichnet Vereinbarung mit Marwa für Distribution, Marketing und Vertrieb seines Enhanced Infusion System (EIS) in Ägypten, Bahrain, Jordanien, Kuwait, Saudi-Arabien und den Vereinigten Arabischen Emiraten sowie im Iran, Irak und Libanon.Das patentierte IV-Add-in-Infusionssystem reduziert das Risiko von Infektionen und Embolien, spart dem medizinischen Personal Zeit und senkt im Vergleich zu anderen Geräten und Verfahren die Gesamtkosten. BRISBANE, Australien, May 01, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) ...

 PRESS RELEASE

Analytica annonce l'expansion de son Système de perfusion amélioré au ...

Analytica annonce l'expansion de son Système de perfusion amélioré au Moyen-Orient Analytica signe un accord avec Marwa pour la distribution, la commercialisation et la vente de son Système de perfusion amélioré (EIS) en Arabie saoudite, en Égypte, à Bahreïn, aux Émirats arabes unis, en Iran, en Irak, en Jordanie, au Koweït et au Liban.Le système de perfusion IV amélioré et breveté réduit les risques d'infection et d'embolie et permet au personnel médical de gagner du temps pour un coût total globalement inférieur à celui des pratiques et équipements existants. BRISBANE, Australie, 01 mai...

 PRESS RELEASE

アナリティカ、中東へのエンハンスト・インフュージョン・システムの拡大を発表

アナリティカ、中東へのエンハンスト・インフュージョン・システムの拡大を発表 アナリティカがマルワと契約を締結し、エジプト、バーレーン、イラン、イラク、ヨルダン、クウェート、レバノン、サウジアラビア、アラブ首長国連邦でエンハンスト・インフュージョン・システム (EIS) の流通、マーケティング、販売を行うことを決定した。特許取得済みの静脈注射増設注入システムは、感染や塞栓のリスクを軽減する。また、既存の機器や治療方法より医療スタッフの作業時間が短くなるため、全体的なコスト削減に繋がる。 オーストラリア、ブリスベン発  , May 01, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- エンハンスト・インフュージョン・システム (Enhanced Infusion System、EIS) および緊張性尿失禁治療用の骨盤底筋運動システム、PeriCoach®を開発したオーストラリアの企業、アナリティカ (Analytica Limited、ASX:ALT) は、エジプト、バーレーン、イラン、イラク、ヨルダン、クウェート、レバノン、サウジアラビア、アラブ首長国連邦の医療機関でEISの流通、マーケティング、販売について、マルワ (Marwa) の医療用品輸出輸入部門と契約を締結した。 EISテクノロジーは、アナリティカが「AutoStart」および「AutoFlush...

 PRESS RELEASE

Analytica, Enhanced Infusion System 중동 지역 공급 확대

Analytica, Enhanced Infusion System 중동 지역 공급 확대 Analytica, Marwa와 이집트, 바레인, 이라크, 요르단, 쿠웨이트, 레바논, 사우디아라비아, 아랍에미리트 내 Enhanced Infusion System (EIS) 유통, 마케팅 및 판매를 위한 협약 맺어특허를 획득한 정맥주사 주입 시스템, 기존 장비와 의료기법보다 비용 절감해 감염 및 색전증 리스크 줄이고 의료진 시간 절약 호주 브리즈번, May 01, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Enhanced Infusion System (EIS)과 복압성 요실금 치료용 골반 기저근 운동 시스템 PeriCoach® 제조사인 호주의 Analytica Limited (ASX: ALT)는 Marwa의 Office for Export & Import Medical Supplies (Marwa)와 이집트, 바레인, 이라크, 요르단, 쿠웨이트, 레바논, 사우디아라비아, 아랍에미리트 내 병원 시스템을 대상으로 하는 EIS 유통, 마케팅 및 판매를 위한 협약을 맺었다고 밝혔다. EIS 기술은 Analytica가 AutoStart 및 AutoFlush라는 프로젝...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch