ANTA ANTALPHA PLATFORM HOLDING COMPANY

Antalpha Menyokong Pembiayaan $150 Juta dalam Perbendaharaan Aurelion; Memulakan Perbendaharaan Tether Gold Pertama di NASDAQ

Antalpha Menyokong Pembiayaan $150 Juta dalam Perbendaharaan Aurelion; Memulakan Perbendaharaan Tether Gold Pertama di NASDAQ

Prestige Wealth Inc. (NASDAQ: PWM) Merancang untuk Menukar Nama kepada Aurelion Inc. (NASDAQ: AURE) Tertakluk kepada Kelulusan

Penempatan Perrsendirian Bernilai $100 Juta & Kemudahan Hutang Kanan Bernilai $50 Juta

Antalpha Menerajui Aurelion Treasury, Secara Eksklusif dalam Tether Gold (XAU₮) Demi Ketahanan dan Ketelusan

SINGAPURA, Oct. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Antalpha Platform Holding Company (NASDAQ: ANTA) (“Antalpha”), sebuah platform pembiayaan aset digital institusi yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah melabur kira-kira $43 juta sebagai pelabur utama dan memperoleh hak mengundi kawalan dalam Prestige Wealth Inc. (NASDAQ: PWM; AURE) (“Aurelion” atau “Syarikat”) melalui penyertaan dalam pelaburan ekuiti awam yang dijamin secara persendirian (“PIPE”), bersama pelabur bertauliah termasuk TG Commodities S.A. de C.V. (“Tether”) dan Kiara Capital Holding Limited (“Kiara Capital”), yang pelaburannya dibuat oleh pihak pengurusan Antalpha. Syarikat (NASDAQ: PWM) dijangka akan dikenali sebagai “Aurelion Inc.” tertakluk kepada kelulusan dan akan mula diniagakan di bawah penanda baharu (NASDAQ: AURE) mulai Isnin, 13 Oktober 2025.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Tether, syarikat stablecoin terbesar di dunia bagi memperluas ekosistem emas digital yang dipercayai. Aset digital akan menjadi lebih nyata bagi ramai orang apabila mereka boleh melangkah masuk ke kedai barang kemas dan menebus jongkong emas menggunakan Tether Gold (XAU₮). Melalui Antalpha RWA Hub, kami berharap dapat memperkenalkan keupayaan dan perkhidmatan baharu seperti ini yang akan meningkatkan kecairan dan penawaran produk Tether Gold (XAU₮),” kata Paul Liang, Ketua Pegawai Kewangan Antalpha.

“Sebagai tambahan kepada Antalpha RWA Hub, kami teruja untuk menerajui Aurelion Treasury, iaitu Perbendaharaan Tether Gold (XAU₮) pertama yang tulen pertama di NASDAQ, bagi memperluas akses kepada emas tertokenisasi, yang mempunyai kepentingan strategik dalam dunia aset digital. Individu dan institusi memerlukan tempat perlindungan selamat untuk melindungi diri daripada inflasi, penyusutan nilai mata wang fiat dan turun naik kripto. Sebagai sebuah platform pembiayaan aset digital yang terkemuka, Antalpha mempunyai kepentingan bersama untuk memperkukuh kedudukan kewangan kami dengan rizab emas yang signifikan melalui Tether Gold (XAU₮) bagi meningkatkan daya tahan cagaran,” tambah Paul Liang.

Rasional Strategik

Rizab Antalpha 2.0 dibangunkan berasaskan program perintis Antalpha awal tahun ini apabila syarikat memperoleh Tether Gold (XAU₮) bernilai $20 juta. Pada awal Oktober, kami telah mengumumkan kerjasama dengan Tether untuk melancarkan Antalpha RWA Hub bagi meningkatkan akses kepada Tether Gold (XAU₮). Pelaburan utama PIPE bernilai $43 juta dalam Aurelion Treasury menandakan fasa seterusnya bagi Rizab 2.0: memperluas rizab Tether Gold (XAU₮) milik Antalpha dengan sokongan infrastruktur institusi, rangka tadbir urus yang kukuh serta tahap ketelusan yang tinggi.

Emas telah berfungsi sebagai penanda aras nilai tertinggi selama lebih 5,000 tahun, secara konsisten menawarkan perlindungan semula jadi terhadap ketidaktentuan makroekonomi dan ketidakstabilan politik. Korelasi negatifnya dengan indeks dolar AS (DXY) ketika krisis global dan kitaran inflasi, serta peranannya sebagai tempat perlindungan selamat daripada turun naik kripto, menyerlahkan nilai emas di blockchain.

Tether Gold (XAU₮) menangani kerentanan ini dengan disokong sepenuhnya oleh emas fizikal 100% dan boleh ditebus dalam bentuk jongkong emas piawaian LBMA yang disimpan di Switzerland. Sejak dilancarkan pada tahun 2020, kira-kira 7 tan emas telah diperoleh bagi menyokong Tether Gold (XAU₮), sekali gus menyediakan tahap ketelusan, kebolehverifikasian dan kecairan bertaraf institusi. Dengan komitmen untuk menjadikan Tether Gold (XAU₮) sebagai satu-satunya rizab perbendaharaan Aurelion, Antalpha berhasrat untuk meredakan turun naik pasaran, mengekalkan kecairan dan meningkatkan daya tahan cagaran — selaras dengan falsafah pengurusan Antalpha yang mengutamakan pengurusan risiko.

Sorotan Transaksi

Antalpha telah melabur kira-kira $43 juta dalam PIPE bernilai sekitar $100 juta milik Aurelion, bersama pelabur bertauliah lain termasuk Kiara Capital sebanyak $6 juta dan Tether sebanyak $15 juta. Berikutan transaksi ini, Antalpha memiliki pegangan kira-kira 32.4% (atau sekitar 73.1% hak mengundi) manakala Kiara Capital memiliki pegangan sekitar 8.6% (atau kira-kira 18.9% hak mengundi) dalam Aurelion, berdasarkan jumlah saham terbitan syarikat dan dengan andaian waran PIPE tidak dilaksanakan. Dengan rancangan untuk meneruskan usaha pengumpulan dana bagi membeli lebih banyak Tether Gold (XAU₮), Aurelion percaya bahawa pemegangan saham yang tertumpu ini dapat memberikan kestabilan yang lebih kukuh dan memastikan kelancaran operasi.

Maklumat Panggilan Persidangan

Pihak pengurusan Antalpha akan mengadakan panggilan persidangan pada jam 8:30 pagi Waktu Piawai Timur AS pada 14 Oktober 2025 untuk membincangkan transaksi tersebut.

Untuk menghadiri sesi ini, sila daftar terlebih dahulu di: . Selepas pendaftaran, anda akan menerima nombor dail masuk, kod laluan dan PIN akses unik anda, serta e-mel yang mengandungi jemputan kalendar.

Siaran langsung web boleh diakses di: .

Ulangan panggilan persidangan ini juga akan tersedia di laman web hubungan pelabur Syarikat di .

Perihal Antalpha

Antalpha merupakan syarikat fintech terkemuka yang mengkhusus dalam menyediakan penyelesaian pembiayaan, teknologi dan pengurusan risiko kepada institusi dalam industri aset digital. Antalpha menawarkan rantaian bekalan Bitcoin dan pinjaman margin melalui platform teknologi Antalpha Prime, yang membolehkan pelanggan membuat asal dan mengurus pinjaman aset digital mereka, serta memantau kedudukan cagaran dengan data hampir masa nyata.

Perihal Aurelion

Aurelion ialah perbendaharaan Tether Gold (XAU₮) pertama di NASDAQ. Ia menggabungkan kestabilan emas fizikal dengan kecekapan teknologi blockchain, sekali gus memberikan pelabur akses kepada rizab emas yang ditokenkan yang boleh berfungsi sebagai tempat perlindungan selamat daripada inflasi, penyusutan nilai mata wang dan turun naik kripto. Secara selari, Aurelion akan meneruskan perkhidmatan pengurusan kekayaan dan pengurusan asetnya.

Perihal Tether Gold (XAU₮)

Tether Gold (XAU₮) ialah aset digital yang ditawarkan oleh TG Commodities S.A. de C.V. Satu token XAU₮ mewakili satu auns troy emas tulen pada jongkong London Good Delivery. XAU₮ tersedia sebagai token ERC-20 di blockchain Ethereum. Token ini boleh didagangkan atau dipindahkan dengan mudah 24/7. Emas yang diperuntukkan bagi XAU₮ boleh dikenal pasti melalui nombor siri unik, tahap ketulenan dan berat serta boleh ditebus.

Perihal Antalpha RWA Hub

Antalpha RWA Hub ialah platform infrastruktur khusus Antalpha untuk Aset Dunia Sebenar (“RWA”), yang kini memberi tumpuan kepada penyediaan kecairan dan perkhidmatan bagi RWA berasaskan emas.

Hubungan

Hubungan Pelabur:

Kenyataan Safe Harbor

Siaran media ini mengandungi kenyataan yang mungkin merupakan kenyataan “pandang ke hadapan” selaras dengan peruntukan perlindungan safe harbor di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta Amerika Syarikat 1995. Kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan istilah seperti: “menjangkakan,” “bercita-cita,” “berhasrat,” “merancang,” “menawarkan,” “matlamat,” “objektif,” “potensi,” “mencari,” “percaya,” “unjur,” “anggar,” “menjangka,” “ramal,” “andaikan,” “strategi,” “sasaran,” “trend,” “masa depan,” “berkemungkinan,” “mungkin,” “sepatutnya,” “akan” dan rujukan lain yang berkaitan dengan tempoh masa hadapan. Kenyataan ini bukan fakta sejarah dan bukan jaminan prestasi masa depan. Sebaliknya, kenyataan ini hanya berdasarkan kepercayaan, jangkaan dan andaian semasa mengenai masa depan perniagaan yang berkaitan, rancangan dan strategi masa depan, unjuran, peristiwa serta trend yang dijangka, keadaan ekonomi dan faktor masa depan lain termasuk prestasi yang dijangka bagi emas, Tether Gold (XAU₮), serta mana-mana produk berkaitan emas lain serta niat Antalpha dan Aurelion untuk membeli XAU₮ tambahan. Kenyataan ini bukan fakta sejarah dan bukan jaminan prestasi masa depan dan termasuk antara lain, kenyataan mengenai pelaburan Antalpha dalam Syarikat melalui pembiayaan PIPE, rancangan integrasi, manfaat yang dijangka daripada transaksi ini serta strategi perbendaharaan digital Rizab 2.0 Antalpha. Kenyataan pandang ke hadapan juga merangkumi jangkaan berkaitan pembelian, pemegangan dan pengurusan XAU₮ serta potensi penggunaan modal pada masa hadapan.

Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang bersifat semula jadi yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara ketara, termasuk semakan kawal selia, cabaran integrasi, turun naik harga pasaran XAU₮, risiko kecairan, risiko pihak kaunter dan penjagaan, perkembangan teknologi dan kawal selia, perlakuan perakaunan serta faktor lain yang dinyatakan dalam pemfailan Antalpha dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran media ini adalah berdasarkan tarikh yang dinyatakan, dan Antalpha tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan kecuali sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang yang berkenaan.



EN
11/10/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on ANTALPHA PLATFORM HOLDING COMPANY

 PRESS RELEASE

Antalpha respalda un financiamiento de 150 millones de dólares en la t...

Antalpha respalda un financiamiento de 150 millones de dólares en la tesorería de Aurelion; inicia la primera tesorería Tether Gold en NASDAQ Prestige Wealth Inc. (NASDAQ: PWM) planea cambiar su nombre a Aurelion Inc. (NASDAQ: AURE) Sujeto a aprobacionesColocación privada de 100 millones de dólares y línea de crédito de deuda sénior de 50 millones de dólaresAntalpha respalda la tesorería de Aurelion, exclusivamente en Tether Gold (XAU₮), para fortalecer la resiliencia y la transparencia SINGAPUR, Oct. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Antalpha Platform Holding Company (NASDAQ: ANTA) ("Antalph...

 PRESS RELEASE

안탈파 (Antalpha), 1억5천만 달러 규모 오렐리온 트레저리 금융 주도하며 나스닥 최초의 테더 골드(Tether Gol...

안탈파 (Antalpha), 1억5천만 달러 규모 오렐리온 트레저리 금융 주도하며 나스닥 최초의 테더 골드(Tether Gold) 기업 재무부 출범 프레스티지 웰스(Prestige Wealth Inc., NASDAQ: PWM), 승인 후 사명을 ‘오렐리온(Aurelion Inc., NASDAQ: AURE)’으로 변경 예정 1억 달러 규모의 프라이빗 플레이스먼트(Private Placement) 및 5천만 달러 규모의 선순위 부채 한도(Senior Debt Facility) 조성 안탈파, 테더 골드(XAU₮) 기반으로 구성된 오렐리온 트레저리의 핵심 투자자로 참여… 유동성과 투명성 강화 목표 싱가포르, Oct. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 기관용 디지털 자산 금융 플랫폼 선도 기업인 Antalpha Platform Holding Company (나스닥: ANTA, 이하 “안탈파 (Antalpha)”) 가 선도 투자자 명목으로 약 4,300만 달러를 투자하는 한편, 공개지분 사모투자 (PIPE, Private Investment in Public Equity) 에 참여해 Prestige Wealth Inc. (NASDAQ: ...

 PRESS RELEASE

Antalpha Anchors $150 Million Financing in Aurelion Treasury; Initiati...

Antalpha Anchors $150 Million Financing in Aurelion Treasury; Initiating NASDAQ’s First Tether Gold Treasury Prestige Wealth Inc. (NASDAQ: PWM) Plans to be Renamed to Aurelion Inc. (NASDAQ: AURE) Subject to Approvals$100 Million Private Placement & $50 Million Senior Debt FacilityAntalpha Anchors Aurelion Treasury, Exclusively in Tether Gold (XAU₮) for Resilience and Transparency SINGAPORE, Oct. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Antalpha Platform Holding Company (NASDAQ: ANTA) ("Antalpha"), a leading institutional digital asset financing platform, today announced that it has invested approxim...

 PRESS RELEASE

Antalpha 锚定 Aurelion Treasury 1.5 亿美元融资,启动 NASDAQ 首个 Tether Gold Treas...

Antalpha 锚定 Aurelion Treasury 1.5 亿美元融资,启动 NASDAQ 首个 Tether Gold Treasury Prestige Wealth Inc.(NASDAQ:PWM)计划在获得批准后更名为 Aurelion Inc.(NASDAQ:AURE)1 亿美元私募配售和 5,000 万美元高级债务融资由 Antalpha 领投的 Aurelion Treasury 将 完全 以 Tether Gold(XAUt)计价,以提升韧性与透明度 新加坡, Oct. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 领先的机构数字资产融资平台 Antalpha Platform Holding Company (NASDAQ:ANTA)(简称“Antalpha”)今日宣布,作为领投方通过承诺型上市后私募(PIPE)向 Prestige Wealth Inc.(NASDAQ: PWM;拟更名后为 AURE,以下简称 “Aurelion” 或 “公司”)投资约 4,300 万美元,并获得控股性投票权。本轮还与包括 TG Commodities S.A. de C.V.(简称 “Tether”)和 Kiara Capital Holding Limited(简称 “Kiara Capital”)在内的 合格投资者 共同参与;此外,Antal...

 PRESS RELEASE

Antalpha 主導 Aurelion Treasury 1.5 億美元融資;開創 NASDAQ 首個 Tether Gold 儲備庫

Antalpha 主導 Aurelion Treasury 1.5 億美元融資;開創 NASDAQ 首個 Tether Gold 儲備庫 Prestige Wealth Inc. (NASDAQ: PWM) 計劃易名為 Aurelion Inc. (NASDAQ: AURE),正待批核1 億美元私募融資及 5,000 萬美元優先債務融資Antalpha 主導 Aurelion Treasury,獨家採用 Tether Gold (XAU₮) 加強穩健抗逆及公開透明度 新加坡, Oct. 11, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 頂尖的機構級數碼資產融資平台 Antalpha Platform Holding Company (NASDAQ: ANTA)(「Antalpha」)今天宣佈,作為領投方投資約 4,300 萬美元,並透過參與對 Prestige Wealth Inc. (NASDAQ: PWM; AURE)(「Aurelion」或「公司」)的上市後私募投資(「PIPE」),與包括 TG Commodities S.A. de C.V.(「Tether」)及由 Antalpha 管理層投資的 Kiara Capital Holding Limited(「Kiara Capital」)在內的合資格投資者共同取得該公司的控制性表決權。 公司 (NASD...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch