LTRX Lantronix Inc.

Penyelesaian Lantronix Menggerakkan Teal Drones yang Diluluskan oleh Tentera A.S., sebuah Syarikat Red Cat Holdings, Membuka Peluang Pertumbuhan Edge AI yang Selamat

Penyelesaian Lantronix Menggerakkan Teal Drones yang Diluluskan oleh Tentera A.S., sebuah Syarikat Red Cat Holdings, Membuka Peluang Pertumbuhan Edge AI yang Selamat

Lantronix Menyediakan Penyelesaian Edge AI yang Mematuhi TAA dan NDAA, Menyokong Misi Sensitif Kerajaan A.S. serta Memperkukuh Kedudukan Pasaran Pertahanan Jangka Panjang

IRVINE, California, Aug. 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- - (NASDAQ: LTRX), peneraju global dalam penyelesaian pengkomputeran dan ketersambungan IoT bagi aplikasi Edge AI, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaiannya yang mematuhi TAA dan NDAA telah dipilih oleh Teal Drones, sebuah syarikat di bawah Red Cat Holdings Inc. (NASDAQ: RCAT), untuk pengeluaran dron Black Widow™ di bawah Program Peninjauan Jarak Dekat (SRR) Tentera A.S. Lantronix telah memulakan penghantaran pengeluaran, memberikan gambaran awal hasil pendapatan dan menegaskan peranan Lantronix sebagai rakan teknologi yang dipercayai bagi aplikasi pertahanan kritikal.

Penyelesaian Lantronix, yang berasaskan pemproses Qualcomm® Dragonwing™ QRB5165, menawarkan pemprosesan Edge AI canggih sambil memenuhi keperluan keselamatan ketat Amerika Syarikat, sekali gus membolehkan pematuhan penuh terhadap TAA dan NDAA untuk perlaksanaan dalam misi sensitif Jabatan Pertahanan (DoD). Gabungan prestasi AI dan pematuhan ini memberikan keunggulan mampan bagi Lantronix dalam pasaran sistem pertahanan dan autonomi yang berkembang pesat.

Sebagai sebahagian daripada kumpulan terpilih vendor sistem pesawat tanpa pemandu kecil (sUAS) yang mendapat kelulusan Blue UAS, Teal Drones wajib memenuhi piawaian keselamatan siber, operasi dan perlindungan yang ketat untuk kegunaan DoD. Penyelesaian patuh Lantronix membolehkan Teal memenuhi keperluan ini, sekali gus meletakkan dron Black Widow dalam kedudukan untuk digunakan dalam misi barisan hadapan.

“Dron Black Widow mentakrifkan semula potensi sistem tanpa pemandu kecil, memberikan pejuang masa kini maklumat risikan masa nyata serta kelebihan operasi yang diperlukan di medan perang moden,” kata Jeff Thompson, Ketua Pegawai Eksekutif Red Cat. “Penyelesaian Lantronix membolehkan kami memenuhi piawaian pematuhan TAA dan NDAA yang ketat di bawah Program SRR Tentera A.S. — satu tahap jaminan yang jarang sekali dapat ditandingi oleh penyedia lain.”

Dengan pasaran dron global yang dijangka kan mencecah $57.8 bilion menjelang tahun 2030 (Laporan Pasaran Global Dron 2025–2030 oleh Drone Industry Insights), kehadiran Lantronix dalam segmen dron komersial dan pertahanan yang selamat membuka peluang pertumbuhan jangka panjang dengan margin tinggi.

---“Lantronix telah membuktikan dirinya sebagai peneraju dalam pasaran Edge AI, dengan penyelesaian inovatif yang berasaskan pematuhan untuk sektor dron yang berkembang,” kata Saleel Awsare, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Lantronix. “Kerjasama kami dengan Teal Drones menekankan keupayaan kami untuk membawa produk yang berprestasi tinggi dan selamat ke pasaran secara berskala, sekaligus mewujudkan peluang jangka panjang bersama jenama global terkemuka.”

--Penyelesaian dan Perkhidmatan Kejuruteraan Lantronix menggabungkan teknologi pengkomputeran terbenam, kepakaran dalam pematuhan dan sokongan perisian yang fleksibel bagi mempercepatkan pembangunan produk pelanggan. Pendekatan platform berskala ini bukan sahaja membolehkan Teal Drones mencapai masa ke pasaran yang lebih pantas untuk Teal Drones, tetapi juga memposisikan Lantronix untuk menyokong program pertahanan dan IoT industri pada masa hadapan yang memerlukan pematuhan TAA dan NDAA.

Ketahui lebih lanjut tentang , dan tambahan di Lantronix.com.

Perihal Lantronix  

Lantronix Inc. (Nasdaq: LTRX) merupakan peneraju global dalam penyelesaian Edge AI dan IoT Industri, yang menyediakan pengkomputeran pintar, sambungan yang selamat dan pengurusan jarak jauh untuk aplikasi kritikal misi. Menyediakan perkhidmatan untuk pasaran berpotensi tinggi termasuk bandar pintar, IT perusahaan serta sistem tanpa pemandu komersial dan pertahanan, Lantronix membolehkan pelanggan mengoptimumkan operasi dan mempercepatkan transformasi digital. Portfolio lengkap perkakasan, perisian dan perkhidmatan Latronix menyokong aplikasi daripada pengawasan video selamat dan infrastruktur utiliti pintar hinggalah pengurusan rangkaian luar jalur yang tahan lasak. Dengan membawa kepintaran ke hujung rangkaian, Lantronix membantu organisasi mencapai kecekapan, keselamatan dan kelebihan daya saing dalam dunia yang dipacu AI hari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari .

Perihal Red Cat Holdings Inc.

Red Cat (Nasdaq: RCAT) merupakan penyedia berpangkalan di A.S. bagi penyelesaian dron dan robotik semua domain yang maju untuk pertahanan dan keselamatan negara. Menerusi anak syarikat milik penuh, Teal Drones dan FlightWave Aerospace, Red Cat membangunkan perkakasan dan perisian buatan Amerika yang menyokong operasi ketenteraan, kerajaan serta keselamatan awam merentasi udara, darat dan laut. Family of Systems Red Cat, dengan Black Widow™ sebagai terasnya, menawarkan keupayaan taktikal yang tiada tandingan dalam sistem pesawat tanpa pemandu kecil (sUAS). Dengan pengembangan ke domain maritim melalui Blue OPS, Inc., Red Cat turut menerajui inovasi dalam kapal permukaan tanpa pemandu (USV) dan kenderaan bawah air autonomi (AUV), sekali gus menyediakan platform bersepadu yang direka untuk mempertingkatkan keselamatan dan keberkesanan misi pelbagai domain. Ketahui lebih lanjut di .

©2025 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix merupakan tanda dagangan berdaftar. Tanda dagangan dan nama dagangan lain merupakan milik pemilik masing-masing.

Kenyataan "Safe Harbor" di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif dalam pengertian undang-undang sekuriti persekutuan, termasuk, tanpa had, kenyataan yang berkaitan dengan kepimpinan Lantronix. Kenyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, perniagaan masa depan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara material daripada keputusan sejarah kami atau yang dinyatakan atau tersirat dalam mana-mana kenyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Potensi risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor seperti kesan negatif atau keadaan ekonomi serantau dan dunia yang semakin teruk atau ketidakstabilan pasaran ke atas perniagaan kami, termasuk kesan ke atas keputusan pembelian oleh pelanggan kami; keupayaan kami untuk mengurangkan sebarang gangguan dalam rantaian bekalan, pembekal dan vendor kami yang disebabkan oleh wabak COVID-19 atau wabak lain, peperangan dan ketegangan baru-baru ini di Eropah, Asia dan Timur Tengah, atau faktor lain; respons masa depan dan kesan krisis kesihatan awam; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang digunakan; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pengambilalihan kami atau menyepadukan syarikat yang diambil alih; kesukaran dan kos untuk melindungi paten dan hak proprietari lain; tahap keberhutangan kami, keupayaan kami untuk membayar hutang dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2024, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 9 September 2024, termasuk dalam bahagian bertajuk “ Faktor Risiko” dalam Butiran 1A Bahagian I laporan sedemikian, serta dalam pemfailan awam kami dengan SEC yang lain. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari masa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Selain itu, keputusan sebenar mungkin berbeza akibat daripada risiko tambahan dan ketidakpastian yang kami tidak sedari pada masa ini atau yang kami tidak lihat pada masa ini sebagai material kepada perniagaan kami. Atas sebab-sebab ini, pelabur diberi amaran untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada mana-mana kenyataan prospektif. Kenyataan prospektif hanya memberikan gambaran setakat tarikh kenyataan tersebut dibuat. Kami secara nyata menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan prospektif selepas tarikh ini untuk mematuhi kenyataan tersebut dengan keputusan sebenar atau kepada perubahan dalam pendapat atau jangkaan kami, melainkan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan Nasdaq Stock Market LLC yang terpakai. Jika kami mengemas kini atau membetulkan sebarang kenyataan prospektif, pelabur tidak boleh membuat kesimpulan bahawa kami akan membuat kemas kini atau pembetulan tambahan.

Hubungan Media Lantronix:         



949-212-0960 

Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:



EN
18/08/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Lantronix Inc.

 PRESS RELEASE

Lantronix and Unusual Machines Partner to Deliver NDAA-Compliant AI-Au...

Lantronix and Unusual Machines Partner to Deliver NDAA-Compliant AI-Autonomous Drone Components for U.S. Defense Programs Collaboration integrates Lantronix’s edge-AI compute platform with Unusual Machines’ flight systems to accelerate scalable U.S. drone architectures that support national security and critical-infrastructure priorities IRVINE, Calif., March 19, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- (Nasdaq: LTRX), a global provider of Edge AI and Industrial IoT solutions that power NDAA-compliant unmanned systems, critical infrastructure, and resilient enterprise networks, and (NYSE American: UM...

 PRESS RELEASE

Lantronix to Showcase Intelligent PoE Infrastructure and Edge AI Solut...

Lantronix to Showcase Intelligent PoE Infrastructure and Edge AI Solutions for Autonomous Systems at ISC West 2026 Live Demos Feature SmartSwitch.ai, SmartEdge AI Gateways and FLIR-Integrated Drone Intelligence Alongside Lantronix’s Industry-Leading PoE Switching Solutions for Security, Industrial and Smart City Networks IRVINE, Calif., March 17, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- (Nasdaq: LTRX), a global provider of Edge AI and Industrial IoT solutions that power NDAA-compliant unmanned systems, critical infrastructure and resilient enterprise networks, today announced it will showcase its late...

 PRESS RELEASE

Lantronix to Participate in 38th Annual ROTH Conference

Lantronix to Participate in 38th Annual ROTH Conference IRVINE, Calif., March 12, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- (Nasdaq: LTRX), a global provider of Edge AI and Industrial IoT solutions that power NDAA-compliant unmanned systems, critical infrastructure and resilient enterprise networks, today announced its participation in the 38th Annual ROTH Conference, taking place March 22–24, 2026, which will include a hosted fireside chat and one-on-one meetings with institutional investors. 38th Annual ROTH ConferenceDate: March 22–24, 2026Location: The Ritz-Carlton, Laguna Niguel, Calif.Fireside Ch...

 PRESS RELEASE

Lantronix 借助基于 MediaTek 的嵌入式计算扩展,推进平台规模化战略

Lantronix 借助基于 MediaTek 的嵌入式计算扩展,推进平台规模化战略 此次战略扩张强化多硅平台战略,拓宽可覆盖市场,加速工业物联网与边缘 AI 领域的增长 加利福尼亚州尔湾, March 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- 边缘 AI 应用计算与物联网连接解决方案的全球领导者  (Nasdaq: LTRX) 今日宣布,将通过基于 (TWSE: 2454) Genio 系列系统级芯片 (SOC) 平台的新型系统级模块 (SOM) 解决方案,对其嵌入式计算平台实施重大战略扩张。后者作为全球领先的无晶圆厂半导体设计企业,每年为全球超过 20 亿台联网设备提供支持。 此次扩张标志着 Lantronix 在嵌入式计算生态系统规模化方面迈出了战略性一步,不仅拓宽了解决方案组合、扩大了市场覆盖范围,还增强了其服务高增长工业和商业边缘 AI 部署的能力。 通过扩展其硅基架构,Lantronix 进一步提升了在更广泛部署需求和容量层级中,提供性能优化且能效卓越的计算平台的能力。 Lantronix 首席战略官 Mathi Gurusamy 表示:“MediaTek 拓展了我们在边缘 AI 特定部署领域的服务能力——这些部署专为优化功耗、性能与成本比,以及实现可扩展量产而设计。 通过满足这些差异化工作负载需求,我们不仅扩大了总可寻址市场规模、增强...

 PRESS RELEASE

Lantronix 運用以 MediaTek 為基礎的嵌入式運算擴充解決方案,推動平台擴展策略

Lantronix 運用以 MediaTek 為基礎的嵌入式運算擴充解決方案,推動平台擴展策略 此策略性擴展不僅強化多晶片平台策略,還擴大潛在市場,並加快工業物聯網及邊緣人工智能的業務增長 加州爾灣, March 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- 為邊緣人工智能 (Edge AI) 應用提供動力的運算和連接物聯網 (IoT) 解決方案全球領導者  (Nasdaq: LTRX) 今日宣佈其嵌入式運算平台迎來重大策略擴展,將推出以 (TWSE: 2454) 為基礎,Genio 系列系統晶片 (SOC) 平台的全新系統模組 (SOM) 解決方案。MediaTek Inc. 是無晶圓半導體設計的全球龍頭企業,每年驅動全球超過 20 億部聯網裝置。 是次擴展是 Lantronix 擴大嵌入式運算生態系統的策略舉措,目的在於擴闊解決方案組合、增加市場覆蓋範圍,並加強服務高速增長的工商業邊緣人工智能 (Edge AI) 部署。 透過擴充晶片基礎,Lantronix 能在更多元的部署要求和出貨量級別上,提供性能卓越且高能源效益的運算平台。 Lantronix 策略總監 Mathi Gurusamy 表示:「MediaTek 讓我們能更有效地服務 Edge AI 部署中的特定領域,這些項目特別看重能源效益、性價比以及可擴展的量產能力。 回應這些不同的工作量...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch