LTRX Lantronix Inc.

Penyelesaian Pengurusan Luar Jalur Lantronix Memastikan Akses Dari Jauh yang Selamat untuk Pusat Data dan Tempat Kerja Teragih

Penyelesaian Pengurusan Luar Jalur Lantronix Memastikan Akses Dari Jauh yang Selamat untuk Pusat Data dan Tempat Kerja Teragih

Pengurusan pusat rangkaian, pelayan dan data dari jauh yang diperkemas untuk memastikan kesinambungan perniagaan yang selamat dan boleh dipercayai

IRVINE, California, July 11, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) --  (NASDAQ: LTRX), penyedia global untuk penyelesaian pengurusan pinggir pintar dan data selamat Internet Benda (IoT), hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian  (OOBM) milik mereka telah digunakan oleh organisasi di seluruh dunia untuk memastikan akses dan pengurusan pusat rangkaian dan data global dari jauh yang selamat.

“Masa hidup dan keselamatan sistem adalah amat penting untuk kejayaan perniagaan. Sedikit kesilapan dalam salah satu perkara ini akan memberi impak yang besar kepada syarikat,” kata Paul Pickle, CEO Lantronix. “Direka bentuk untuk memastikan komunikasi selamat, produk akses luar jalur dan dari jauh kami ialah komponen utama bagi seni bina bingkas.”

Rantaian Runcit: Mendayakan Akses Dari Jauh 24/7

Sebuah perniagaan barang runcit global yang terkemuka menggunakan penyelesaian OOBM Lantronix di tapak runcit secara global untuk memastikan akses 24x7 kepada infrastruktur rangkaian penting dan untuk memastikan masa hidup. Dengan ribuan saluran keluar runcit, besar dan kecil, dengan sedikit atau tiada pekerja IT di tapak, penyelesaian OOBM kami mendayakan pasukan IT terpusat untuk mengurus dan mengekalkan infrastruktur rangkaian penting secara lebih berkesan.

Pusat Data: Memastikan Akses dan Pengurusan Dari Jauh

Sebuah syarikat perisian terkemuka menggunakan penyelesaian OOBM Lantronix di jejak pusat data global mereka untuk memastikan akses dan pengurusan sumber rangkaian dan sistem utama dari jauh. Masa hidup adalah penting untuk operasi pusat data mereka di seluruh dunia dan dengan kakitangan kanan mereka yang sentiasa berada di luar tapak, adalah penting untuk memastikan yang mereka boleh mengakses dan mengurus infrastruktur dari jauh sepanjang masa, dalam semua keadaan. OOBM memastikan keselamatan kawalan dari jauh untuk penyelenggaraan dan senggaraan yang selamat sementara mengekalkan overhed sumber yang rendah. Ini juga memberi pasukan pengurusan dan IT ketenangan dalam mengetahui bahawa mereka mempunyai akses jika berlaku kecemasan.

Pejabat Cawangan: Memperkuasa Penyenggaraan dan Pengurusan Dari Jauh

Sebuah universiti besar menggunakan penyelesaian OOBM Lantronix untuk mengekalkan kesinambungan pada sumber sistem merentas berbilang lokasi cawangan. Rumit untuk diuruskan, lokasi ini tidak mempunyai pekerja IT di tapak dan mempunyai infrastruktur rangkaian yang terhad daripada berbilang vendor. Menggunakan OOBM membenarkan penyelenggaraan tapak ini dari jauh yang selamat dan mengurangkan keperluan sebarang lawatan jurutera, membolehkan pasukan kecil IT untuk memantau bilangan besar tapak secara berkesan.

Tapak Terpencil: Memudahkan Pengurusan Terpusat

Sebuah bank global menggunakan penyelesaian OOBM merentas ribuan ATM untuk memastikan masa hidup dan keselamatan bagi bahagian penting infrastruktur rangkaian ini. Disebabkan oleh bilangan lokasi tapak ini yang banyak dan terpencil serta fungsinya yang amat penting, bank tersebut bergantung kepada OOBM untuk membenarkan pasukan IT terpusat untuk mengurus, memantau dan menyelesaikan sebarang masalah yang muncul. Ini memastikan masa hidup yang maksimum, pengurangan keperluan pengurusan ATM di tapak dan pengurangan masa kejuruteraan.

"Digunakan dalam pelbagai industri, daripada peruncitan dan kewangan hingga ke teknologi dan pendidikan tinggi, penyelesaian Pengurusan Luar Jalur Lantronix yang inovatif memperkuasa pasukan IT terpusat untuk mengurus ribuan lokasi secara selamat dan dari jauh untuk memastikan masa hidup infrastruktur rangkaian penting,” kata Jonathan Shipman, Timbalan Presiden Strategi di Lantronix. “Apabila digabungkan dengan ConsoleFlow, platform anak tetingkap kaca tunggal SaaS kami, lebih mudah untuk memantau dan mengurus kepelbagaian skala dan geografi pengerahan terkini pelanggan kami yang semakin rumit.”

Penyelesaian Pengurusan Luar Jalur Lantronix

: Penyelesaian pengurusan dalam jalur dan luar jalur Lantronix untuk peralatan IT di pusat data, pinggir rangkaian, lokasi bersama, tapak terpencil, pejabat cawangan dan makmal ujian kejuruteraan, menyediakan laluan alternatif ke peranti rangkaian semasa rangkaian utama tidak berfungsi.

: Penyelesaian pengurusan pejabat cawangan Lantronix memberikan penglihatan dan kawalan masa nyata ke atas peralatan IT pejabat cawangan dan tapak terpencil secara selamat dan cepat yang membolehkan kesinambungan perniagaan yang pasti semasa gangguan rangkaian yang tidak dirancang dan serangan keselamatan siber.

Perihal Lantronix 

Lantronix, Inc. ialah penyedia global penyelesaian perkhidmatan kejuruteraan, perkakasan dan perisian untuk Pengkomputeran Pinggir, Internet Banda (IoT) dan Pengurusan Luar Jalur (OOBM). Lantronix membolehkan pelanggannya untuk menyediakan penyelesaian Pinggir Pintar IoT dan OOBM yang boleh dipercayai dan selamat sementara mempercepat masa pasaran. Produk dan perkhidmatan Lantronix mempermudah penciptaan, pembangunan, pengerahan dan pengurusan projek IoT dengan ketara sementara menyediakan kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan merentas perkakasan, perisian dan penyelesaian.

Dengan pengalaman yang telah terbukti selama tiga dekad dalam mencipta teknologi IoT dan penyelesaian OOBM yang teguh, Lantronix ialah pereka dalam mendayakan pelanggannya untuk membina model perniagaan baharu, mengumpil keberkesanan yang lebih baik dan menyedari potensi Internet Benda. Penyelesaian Lantronix telah dikerahkan dalam jutaan mesin di pusat data, pejabat dan tapak terpencil yang digunakan untuk pelbagai jenis industri, termasuk tenaga, pertanian, perubatan, keselamatan, pengilangan, pengedaran, pengangkutan, peruncitan, kewangan, persekitaran dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, California. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati .

Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, , menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati . Lihat pustaka video kami pada YouTube di  atau berhubung dengan kami menerusi LinkedIn di .

Kenyataan "Safe Harbor" di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995: Sebarang kenyataan yang dinyatakan dalam siaran berita ini yang tidak sepenuhnya bersifat bersejarah dan fakta, termasuk tanpa batasan kenyataan yang berkaitan dengan penyelesaian dan teknologi kami, adalah kenyataan masa hadapan. Kenyataan masa hadapan ini berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan hasil sebenar, perniagaan masa hadapan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara signifikan daripada hasil sejarah kami atau yang dinyatakan atau tersirat dalam sebarang kenyataan masa hadapan yang terdapat dalam siaran berita ini. Potensi risiko dan ketidakpastian merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, faktor seperti kesan keadaan ekonomi serantau dan di seluruh dunia yang negatif atau semakin buruk atau ketidakstabilan pasaran terhadap perniagaan kami, termasuk kesan terhadap keputusan pembelian oleh pelanggan kami; kesan wabak COVID-19 kepada pekerja, rantaian bekalan dan pengedaran, serta ekonomi global; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan, serta tarif kerajaan A.S. dan kerajaan asing yang berlaku; kemampuan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pemerolehan kami atau mengintegrasikan syarikat yang diperoleh; kesukaran dan kos melindungi hak paten dan hak milik lain; tahap keberhutangan kami, kemampuan kami untuk melangsaikan keberhutangan kami dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; juga sebarang faktor tambahan yang termasuk dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2019, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") pada 11 September 2019, termasuk di bahagian yang bertajuk "Faktor Risiko” dalam Perkara 1A Bahagian I laporan tersebut, serta dalam fail awam lain kami dengan SEC. Faktor risiko tambahan dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Kenyataan masa hadapan yang disertakan dalam siaran ini hanya menyatakan perkara yang berlaku pada tarikh ini dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan masa hadapan ini bagi menggambarkan peristiwa atau keadaan berikutnya.

Hubungan Media Lantronix: 

Gail Kathryn Miller

Pengurus Pemasaran &

Komunikasi Korporat



949-453-7158

Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:       

Jeremy Whitaker

Ketua Pegawai Kewangan



949-450-7241

Jualan Lantronix:



Amerika +1 (800) 422-7055 (AS dan Kanada) atau

Eropah, Timur Tengah dan Afrika +31 (0)76 52 36 744

Asia Pasifik

China 68

Jepun +81 (0) 50-1354-6201

India 8

© 2020 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara. Lantronix ialah tanda dagangan berdaftar, serta EMG dan SLC merupakan tanda dagangan Lantronix Inc. Tanda dagangan dan nama dagangan lain adalah milik pemilik masing-masing.

EN
10/07/2020

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Lantronix Inc.

 PRESS RELEASE

לנטרוניקס מקדמת אסטרטגיית את הגדלת הפלטפורמה עם הרחבת השימוש במחשוב מש...

לנטרוניקס מקדמת אסטרטגיית את הגדלת הפלטפורמה עם הרחבת השימוש במחשוב משובץ שמבוסס על MediaTek ההתרחבות האסטרטגית מחזקת את אסטרטגיית פלטפורמת השימוש במספר סוגי סיליקון, מרחיבה את השוק הניתן לגישה ומאיצה את הצמיחה בתחומי ה-IoT והבינה המלאכותית בקצה אירוויין, קליפורניה, March 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- לנטרוניקס (נאסד"ק: LTRX), מובילה עולמית בפתרונות IoT בתחום המחשוב והקישוריות של המניעים יישומי בינה מלאכותית בקצה,  הכריזה על הרחבה אסטרטגית משמעותית של פלטפורמת המחשוב המשובץ שלה באמצעות פתרונות חדשים של מערכת על מודול (SoM) המבוססים על פלטפורמות המערכת על שבב (SoC) ממשפחת Genio של ...

 PRESS RELEASE

Lantronix Meningkatkan Strategi Penskalaan Platform Dengan Ekspansi Ko...

Lantronix Meningkatkan Strategi Penskalaan Platform Dengan Ekspansi Komputasi Tersemat Berbasis MediaTek Ekspansi strategis memperkuat strategi platform multisilikon, memperluas pasar yang dapat dijangkau, serta mempercepat pertumbuhan di sektor Industrial IoT dan Edge AI IRVINE, California, March 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- (Nasdaq: LTRX), pemimpin global dalam solusi komputasi dan konektivitas IoT yang mendukung aplikasi Edge AI, hari ini mengumumkan ekspansi strategis signifikan pada platform komputasi tersemat mereka melalui solusi System-on-Module (SOM) baru yang berbasis pada ke...

 PRESS RELEASE

ラントロニクス、メディアテックベースの組み込みコンピューティング拡充でプラットフォーム拡張戦略を前進

ラントロニクス、メディアテックベースの組み込みコンピューティング拡充でプラットフォーム拡張戦略を前進 戦略的拡大により、マルチシリコンプラットフォーム戦略の強化、対象市場の拡大、産業用IoTおよびエッジAI分野における成長の加速を実現 カリフォルニア州アーバイン発, March 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- エッジAIアプリケーションを支えるコンピューティングおよび接続性IoTソリューションの世界的リーダーである (Nasdaq:LTRX) は本日、 (TWSE: 2454) のシステムオンチップ (SOC) プラットフォームのGenioファミリーを基盤とした新たなSOMソリューションを通じた組み込みコンピューティングプラットフォームの戦略的拡大を発表した。 これは、ラントロニクスのソリューションポートフォリオを拡充することで市場カバレッジを拡大するとともに、高成長の産業用および商業用エッジAI導入に対応する能力を強化して、同社の組み込みコンピューティングエコシステムの拡張を実現する戦略的な一歩となる。 シリコン基盤を拡大することで、ラントロニクスは、より幅広い導入要件とボリューム層にわたって、性能最適化され電力効率に優れたコンピューティングプラットフォームを提供する能力を強化する。 ラントロニクスの最高戦略責任者であるマティ・グルサミ...

 PRESS RELEASE

Lantronix Memperkukuh Strategi Penskalaan Platform Melalui Pengembanga...

Lantronix Memperkukuh Strategi Penskalaan Platform Melalui Pengembangan Pengkomputeran Terbenam Berasaskan MediaTek Pengembangan strategik ini mengukuhkan strategi platform berbilang silikon, memperluaskan jumlah pasaran yang boleh dicapai serta mempercepatkan pertumbuhan merentasi IoT Perindustrian dan Edge AI IRVINE, Calif., March 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- (Nasdaq: LTRX), peneraju global dalam penyelesaian pengkomputeran dan keterhubungan IoT yang memacu aplikasi Edge AI, hari ini mengumumkan pengembangan strategik yang signifikan bagi platform pengkomputeran terbenamnya. Pengemba...

 PRESS RELEASE

Lantronix, MediaTek 기반 임베디드 컴퓨트 확장으로 플랫폼 확장 전략 강화

Lantronix, MediaTek 기반 임베디드 컴퓨트 확장으로 플랫폼 확장 전략 강화 전략적 확장을 통해 멀티 실리콘 플랫폼 전략을 강화하고, 총 주소가능 시장을 확대하며 산업용 IoT와 엣지 AI 전반의 성장 가속 미국 캘리포니아주 어바인, March 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- 엣지 AI 애플리케이션을 구동하는 컴퓨팅 및 연결 IoT 솔루션 분야의 글로벌 선도 기업  (Nasdaq: LTRX)가 (TWSE: 2454)의 Genio 계열 시스템온칩(SOC) 플랫폼을 기반으로 한 새로운 시스템온모듈(SOM) 솔루션을 통해 자사의 임베디드 컴퓨팅 플랫폼을 전략적으로 대폭 확장한다고 발표했다. MediaTek은 전 세계적으로 매년 20억 대 이상의 연결 기기를 구동하는 팹리스 반도체 설계 분야의 글로벌 선도 기업이다. 이번 확장은 Lantronix의 임베디드 컴퓨팅 생태계를 확장하기 위한 전략적 조치로, 솔루션 포트폴리오를 확대하고 시장 커버리지를 넓히며 고성장 산업 및 상업용 엣지 AI 배치 수요에 대한 대응력을 강화하는 것을 목표로 한다. 실리콘 기반을 확장함으로써 Lantronix는 다양한 배치 요구와 생산 규모에...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch