SINT SINTX TECHNOLOGIES INC.

SINTX Technologies Menerima Kelulusan FDA untuk SINAPTIC® Foot & Ankle Implant System

SINTX Technologies Menerima Kelulusan FDA untuk SINAPTIC® Foot & Ankle Implant System

Sistem implan yang diluluskan oleh FDA dan dikilangkan di Amerika Syarikat membuka peluang bagi SINTX untuk menembusi pasaran bernilai berbilion dolar negara itu

SALT LAKE CITY, Utah, Oct. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- SINTX Technologies, Inc. (NASDAQ: SINT) (“SINTX” atau “Syarikat”), peneraju dalam teknologi seramik canggih yang mengkhusus dalam aplikasi bioperubatan silikon nitrida (Si₃N₄), hari ini mengumumkan bahawa AS Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan kelulusan 510(k) untuk SINAPTIC® Foot & Ankle Osteotomy Wedge System, sekali gus membolehkan kemasukan komersial SINTX dalam bidang pembedahan rekonstruktif kaki dan buku lali di Amerika Syarikat. SINTX merancang pelancaran komersial di Amerika Syarikat pada S1 tahun 2026, sambil memanfaatkan kemudahan pengilangan yang berpangkalan di AS untuk mempercepatkan pertumbuhan hasil dan meningkatkan kecekapan operasi.

Sistem implan SINAPTIC menggabungkan bahan bio silikon nitrida eksklusif milik SINTX dengan reka bentuk implan yang diilhamkankan oleh pakar bedah, serta kit instrumen steril guna tunggal dan dibangunkan khusus untuk meningkatkan kecekapan, ketepatan dan konsistensi dalam prosedur pembedahan. Dengan menggabungkan sains bahan yang berbeza dengan inovasi pembedahan yang praktikal, sistem implan SINAPTIC mencerminkan strategi SINTX untuk memanfaatkan platform biomaterial uniknya ke arah penyelesaian perubatan berskala tinggi dan bernilai tinggi yang menangani keperluan klinikal yang belum dipenuhi serta mendorong pertumbuhan jangka panjang.

“Bidang ortopedik kini berkembang melangkaui penggunaan bahan tradisional,” kata Lisa Marie Del Re, Ketua Pegawai Komersial. “Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian bukan berasaskan logam, sistem SINAPTIC menampilkan prestasi terbukti silikon nitrida dalam pembedahan rekonstruktif kaki dan buku lali—sekali gus meningkatkan jangkaan terhadap hasil pembedahan.”

Seperti yang telah diluluskan oleh FDA, antara kelebihan bahan silikon nitrida milik SINTX yang berkaitan dengan peranti ini merangkumi:

  • Pro-osteogenik: Mekanisme kimia permukaan yang unik telah menunjukkan penyerapan protein dan osteointegrasi yang lebih unggul berbanding biomaterial tradisional.
  • Bakteriostatik: Sifat permukaan telah terbukti secara aktif menangkis dan/atau menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria dalam kajian makmal dan haiwan.
  • Hidrofilik: Menarik cecair, sekali gus menghalang pembiakan bakteria dan meningkatkan mekanisme pembentukan tulang.
  • Kebolehlihatan yang dipertingkatkan dalam pengimejan: Tidak seperti implan logam, silikon nitrida membolehkan visualisasi yang jelas terhadap tisu sekeliling dalam imbasan X-ray dan CT.



“Kelulusan FDA terhadap portfolio SINAPTIC kami merupakan pencapaian komersial yang penting bagi Syarikat,” kata Eric Olson, Pengerusi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif. “Dengan memasuki pasaran bernilai tinggi yang dipacu oleh prosedur, melalui penggunaan biomaterial tersendiri serta reka bentuk yang telah disahkan oleh pakar bedah, kami menjangkakan akan memberi impak klinikal yang bermakna dan meningkatkan nilai kepada pemegang saham selaras dengan pelaksanaan strategi komersial kami.”

Anggaran industri menunjukkan bahawa saiz pasaran global bagi peranti kaki dan buku lali dianggarkan sekitar $4.75 hingga $5.4 bilion pada tahun 2024. Walaupun baji osteotomi hanya mewakili sebahagian kecil daripada kategori ini, SINTX yakin bahawa pertumbuhan jumlah prosedur, peralihan ke pusat pembedahan pesakit luar (ASC), serta penggunaan instrumen guna tunggal yang mempertingkatkan aliran kerja secara keseluruhan akan membuka peluang pendapatan yang berpotensi tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai SINTX Technologies atau platform bahan mereka, sila layari .

Perihal SINTX Technologies, Inc.

Berpusat di Salt Lake City, Utah, SINTX Technologies ialah sebuah syarikat seramik termaju yang membangunkan dan mengkomersialkan bahan, komponen serta teknologi canggih untuk aplikasi dalam bidang perubatan dan bioteknologi pertanian. Sebagai peneraju global dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran nitrida silikon, SINTX telah menghasilkan produk yang digunakan sebagai implan dalam tubuh manusia sejak tahun 2008. Menerusi inovasi dan kerjasama strategik, SINTX terus memperluaskan rangkaian portfolionya merentasi pelbagai pasaran.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, termasuk tetapi tidak terhad kepada kenyataan mengenai rancangan Syarikat dan jangkaan masa untuk pengkomersialan SINAPTIC™ Foot & Ankle Osteotomy Wedge System; jangkaan penerimaan oleh pakar bedah, kecekapan prosedur dan bilik pembedahan, serta kesan terhadap hasil; konfigurasi produk yang dirancang seperti instrumen steril guna tunggal; jangkaan peningkatan kapasiti pembuatan di Amerika Syarikat, kecekapan rantaian bekalan dan sistem kualiti; strategi pengkomersialan Syarikat, keupayaan untuk memberikan impak klinikal dan meningkatkan nilai kepada pemegang saham; serta jangkaan saiz dan pertumbuhan pasaran, arah aliran dan peluang komersial yang berkaitan. Kenyataan pandang ke hadapan adalah berdasarkan jangkaan semasa dan lazimnya dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mungkin,” “akan,” “boleh,” “sepatutnya,” “akan berlaku,” “menjangkakan,” “merancang,” “mengantisipasi,” “berhasrat,” “percaya,” “menganggarkan,” “meramalkan,” “menyasarkan,” “meneruskan” serta ungkapan seumpamanya. Kenyataan ini melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara ketara, termasuk risiko yang berkaitan dengan pelaksanaan pengkomersialan, latihan dan penggunaan oleh pakar bedah, pembentukan inventori dan saluran pengedaran, peningkatan skala dan kualiti pembuatan, rantaian bekalan dan komponen pihak ketiga, penetapan harga dan bayaran balik, dinamika pembelian hospital dan pusat pembedahan pesakit luar (ASC), produk pesaing, harta intelek, penyepaduan pemerolehan, keadaan makroekonomi serta ketepatan anggaran pasaran oleh pihak ketiga. Kelulusan FDA 510(k) tidak menjamin kejayaan komersial dan sebarang perbincangan mengenai potensi sifat pencegahan jangkitan silikon nitrida adalah berdasarkan penyelidikan bahan di peringkat platform dan bukan sebahagian daripada indikasi yang telah diluluskan untuk sistem ini. Risiko dan ketidaktentuan tambahan dihuraikan dalam pemfailan SINTX dengan Suruhanjaya Sekuriti serta Bursa (SEC), termasuk Laporan Tahunan terkini dalam Borang 10-K dan Laporan Suku Tahunan dalam Borang 10-Q, yang tersedia di Kenyataan pandang ke hadapan hanya terpakai setakat tarikh siaran ini, dan SINTX tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini kenyataan tersebut kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Hubungan SINTX:

Jack Perkins atau Maria Hocut

KCSA Strategic Communications

SINTX Technologies, Inc.

801.839.3502



EN
20/10/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on SINTX TECHNOLOGIES INC.

 PRESS RELEASE

SINTX Technologies Mendapatkan Persetujuan dari FDA untuk Sistem Impla...

SINTX Technologies Mendapatkan Persetujuan dari FDA untuk Sistem Implan Kaki dan Pergelangan Kaki SINAPTIC® Sistem implan yang disetujui FDA dan diproduksi di AS menempatkan SINTX untuk memasuki pasar AS senilai miliaran dolar SALT LAKE CITY, Utah, Oct. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- SINTX Technologies, Inc. (NASDAQ: SINT) (“SINTX” atau “Perusahaan”), perusahaan terkemuka dalam keramik mutakhir yang mengkhususkan diri pada aplikasi biomedis dari silikon nitrida (Si₃N₄), hari ini mengumumkan persetujuan 510(k) dari Food and Drug Administration (FDA) untuk SINAPTIC® Foot & Ankle Osteotomy We...

 PRESS RELEASE

シントクス・テクノロジーズ (SINTX Technologies)、SINAPTIC®足・足首用インプラントシステムでFDA認可を取得

シントクス・テクノロジーズ (SINTX Technologies)、SINAPTIC®足・足首用インプラントシステムでFDA認可を取得 FDA認可を受け、米国内で製造された本インプラントシステムにより、シントクスは数十億ドル規模の米国市場への参入を実現 ユタ州ソルトレイクシティ発, Oct. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- シリコンナイトライド (Si₃N₄) のバイオメディカル用途に特化した先進セラミック分野のリーダーであるシントクス・テクノロジーズ (SINTX Technologies, Inc.) (NASDAQ: SINT) (「シントクス」または「同社」) は本日、SINAPTIC®足・足首骨切りウェッジシステム (SINAPTIC® Foot & Ankle Osteotomy Wedge System) について、米国食品医薬品局 (FDA) から510(k) 認可を取得したことを発表した。これにより、同社は米国での再建的足・足首手術市場への商業参入が可能となる。 シントクスは、米国拠点の製造体制を活用し、収益の加速および業務効率の向上を図りつつ、2026年第1四半期に米国での商業展開を予定している。 SINAPTICインプラントシステムは、シントクス・テクノロジーズの独自バイオマテリアルであるシリコンナイトライドと、外科医...

 PRESS RELEASE

SINTX 테크놀로지스, SINAPTIC® 발·발목 임플란트 시스템에 대해 FDA 승인 획득

SINTX 테크놀로지스, SINAPTIC® 발·발목 임플란트 시스템에 대해 FDA 승인 획득 미국 FDA 승인 및 현지 제조 기반 임플란트 시스템으로, SINTX는 수십억 달러 규모의 미국 시장 진입 본격화 유타주 솔트레이크시티, Utah, Oct. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 실리콘 나이트라이드(Si₃N₄)의₄) 의학 응용을 전문으로 하는 첨단 세라믹 선도 기업인 SINTX Technologies, Inc. (나스닥: SINT, 이하 ‘SINTX’ 또는 ‘회사’)가 자사의 SINAPTIC® 발·발목 절골 웨지 시스템 (SINAPTIC® Foot & Ankle Osteotomy Wedge System) 이 미국 식품의약국(FDA)으로부터 510(k) 허가를 획득했다고 오늘 발표했다. 이로써 SINTX는 미국 내 재건적 발·발목 수술 시장에 본격 진출하게 되었으며, 회사는 2026년 1분기 미국 상용 출시를 계획하고 있다. SINTX는 미국 내 제조 역량을 기반으로 수익 가속화와 운영 효율성 제고를 추진할 방침이다. SINAPTIC 임플란트 시스템은 SINTX의 독자적인 실리콘 나이트라이드 생체소재(biomaterial)와 ...

 PRESS RELEASE

SINTX Technologies Menerima Kelulusan FDA untuk SINAPTIC® Foot & Ankle...

SINTX Technologies Menerima Kelulusan FDA untuk SINAPTIC® Foot & Ankle Implant System Sistem implan yang diluluskan oleh FDA dan dikilangkan di Amerika Syarikat membuka peluang bagi SINTX untuk menembusi pasaran bernilai berbilion dolar negara itu SALT LAKE CITY, Utah, Oct. 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- SINTX Technologies, Inc. (NASDAQ: SINT) (“SINTX” atau “Syarikat”), peneraju dalam teknologi seramik canggih yang mengkhusus dalam aplikasi bioperubatan silikon nitrida (Si₃N₄), hari ini mengumumkan bahawa AS Food and Drug Administration (FDA) telah memberikan kelulusan 510(k) untuk SINAPTI...

 PRESS RELEASE

SINTX Technologies Recebe Autorização da FDA para Sistema de Implantes...

SINTX Technologies Recebe Autorização da FDA para Sistema de Implantes de Pé e Tornozelo SINAPTIC® A FDA liberou o sistema de implante fabricado nos EUA, posicionando a SINTX para entrar no mercado bilionário do país SALT LAKE CITY, Utah, Oct. 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- A SINTX Technologies, Inc. (NASDAQ: SINT) (“SINTX” ou a “Empresa”), líder em cerâmica avançada especializada em aplicações biomédicas de nitreto de silício (Si₃N₄), anunciou hoje a liberação da U.S. Food and Drug Administration (FDA) 510(k) do Sistema de Cunha de Osteotomia de Pé e Tornozelo SINAPTIC®, permitindo a entr...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch