SNCR Synchronoss Technologies Inc.

Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud Dipilih Oleh Telkomsel untuk Meningkatkan Penawaran Perkhidmatan Digital

Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud Dipilih Oleh Telkomsel untuk Meningkatkan Penawaran Perkhidmatan Digital

Kerjasama baru akan membenarkan operator mudah alih Indonesia membawa perkhidmatan awan peribadi ke pasaran yang mempunyai lebih daripada 170 juta pelanggan

BRIDGEWATER, N.J., Nov. 06, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) --  (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan mereka akan membekalkan penyelesaian peribadinya kepada , operator mudah alih terbesar Indonesia. Tambahan penyelesaian  akan memberikan pelanggan Telkomsel keupayaan untuk menyandarkan dan mengurus kandungan digital yang bernilai, termasuklah foto dan video, daripada sebarang peranti.

Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud label putih—dengan jenama “Floudrive” dan diurus oleh Telkomsigma—akan dijadikan tersedia kepada 170 juta pelanggan Telkomsel sebagai ciri premium. Pelanggan akan dapat memilih antara dua peringkat storan yang berbeza dan menikmati tempoh 30 hari permulaan secara percuma. Penyelesaian ini memberikan pelanggan pengalaman storan awan yang boleh dipercayai dan intuitif, dengan keupayaan untuk menyandarkan dan menyegerakkan kandungan digital, sambil memperkenalkan penggunaan tag dan keupayaan carian lanjutan.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Synchronoss untuk menyepadukan penyelesaian awan peribadinya kepada saluran pengguna kami,” kata Tanto Suratno, Pengarah Perniagaan dan Jualan, Telkomsigma. “Setelah menjangkaui penawaran awan peribadi sedia ada kami, kini merupakan masa yang sesuai untuk menerima peluang ini dan memberikan pelanggan kami penyelesaian lanjutan yang memenuhi keperluan mereka yang berubah-ubah. Kami tidak sabar untuk mendayakan pelanggan kami untuk mengoptimumkan dan mengurus kandungan digital berharga mereka, serta melindungi dan menyimpannya secara selamat dan terjamin. Selain memanfaatkan pelanggan kami, perkongsian ini juga mewakili langkah seterusnya sementara kami bergerak ke arah menawarkan perkhidmatan digital yang lebih banyak.”

Penyelesaian ini akan disampaikan melalui perjanjian Synchronoss dengan Telkomsigma, bahagian Perkhidmatan IT dan Pusat Data Telkomsel dan syarikat induk Telkomsigma iaitu Telkom Indonesia. Tidak seperti penyelesaian awan lain di pasaran, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss membenarkan data pelanggan disimpan dalam negara, keperluan kritikal untuk Telkomsel mematuhi undang-undang Indonesia.

Anthony Socci, Presiden dan Pengurus Besar, APAC untuk Synchronoss, berkata beliau gembira dapat bekerja dengan Telkomsel melalui penawaran awan baharunya. “Sebagai pembekal penyelesaian awan persendirian, kami sentiasa mencari cara untuk menyokong rakan kongsi telekom dalam misi mereka untuk menyampaikan perkhidmatan digital yang lebih pelbagai dan maju kepada pelanggan mereka. Penyelesaian awan ini akan menjadi penting kepada Telkomsel kerana penyelesaian ini memudahkan pengalaman yang lebih bersepadu dan menggalakkan pengendalian aset peribadi yang lebih selamat,” kata beliau. “Perjanjian ini berlandaskan kejayaan yang telah kami alami dengan Telkomsigma yang mengagumkan dan menginspirasikan pelanggan Telkomsel untuk menyampaikan tawaran yang serupa kepada pelanggan telefon mudah alih mereka. Proses ini juga akan mewujudkan sinergi yang lebih luas antara dua organisasi dalam kumpulan.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian awan Synchronoss, lawati .

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran hasil baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di .

Orang Hubungan Media

Untuk Synchronoss:

Anais Merlin,

CCgroup,

E: 

Maklumat Hubungan Pelabur

Untuk Synchronoss: Todd Kehrli/Joo-Hun Kim, MKR Investor Relations, Inc., E: 



EN
05/11/2021

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Synchronoss Technologies Inc.

 PRESS RELEASE

Lumine Group Completes Acquisition of Synchronoss Technologies

Lumine Group Completes Acquisition of Synchronoss Technologies BRIDGEWATER, N.J., Feb. 13, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (Nasdaq: SNCR) (“Synchronoss” or the “Company”), a global leader and innovator in Personal Cloud platforms, today announced the completion of its acquisition by Lumine Group Inc. (“Lumine Group”), a global buy-and-hold forever acquirer of communications and media software businesses, through one of its wholly-owned subsidiaries in an all-cash transaction that values the Company at an implied equity value of approximately $116.4 million and an e...

 PRESS RELEASE

Synchronoss präsentiert auf der CES2026 seine erweiterte Personal‑Clou...

Synchronoss präsentiert auf der CES2026 seine erweiterte Personal‑Cloud‑Plattform und die Dynamik von Capsyl, verbunden mit einem Ausblick auf neues Angebot Weiterentwicklung der Personal-Cloud-Funktionen für Betreiber und Verbraucher BRIDGEWATER, New Jersey, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. („Synchronoss“) (NASDAQ: SNCR), ein weltweit führender Anbieter und Innovator im Bereich persönlicher Cloud-Lösungen, gab heute auf der CES 2026 in Las Vegas die Erweiterung der Funktionen seiner White-Label-Plattform Synchronoss Personal Cloud bekannt. Das Unternehme...

 PRESS RELEASE

Synchronoss présente sa plateforme de cloud personnel étendue, la dyna...

Synchronoss présente sa plateforme de cloud personnel étendue, la dynamique de Capsyl, et dévoile en avant-première sa nouvelle offre au CES 2026 Optimisation des capacités du cloud personnel pour les opérateurs et les consommateurs BRIDGEWATER, New Jersey, 07 janv. 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (« Synchronoss » ou la « Société ») (NASDAQ : SNCR), innovateur et leader mondial dans le domaine des solutions de cloud personnel, a annoncé aujourd’hui, lors du CES 2026 à Las Vegas, le développement des fonctionnalités de sa plateforme en marque blanche Synchronoss P...

 PRESS RELEASE

Synchronoss 在 2026 消費電子展上呈現其擴充的個人雲端平台、Capsyl 強勁發展,並預覽全新服務

Synchronoss 在 2026 消費電子展上呈現其擴充的個人雲端平台、Capsyl 強勁發展,並預覽全新服務 為營運商及消費者提升個人雲端能力 新澤西州布里奇沃特, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- 具領導地位的全球個人雲端平台創新公司 Synchronoss Technologies, Inc.(「Synchronoss」)(NASDAQ: SNCR),今天在拉斯維加斯的 2026 消費電子展 (CES) 上宣佈其白標 Synchronoss Personal Cloud 平台的多項功能擴展。公司亦突顯其一站式個人雲端方案 Capsyl 的持續增長氣勢,並預覽以活動為本、專注於共享時刻及群組互動的全新數碼體驗。 Synchronoss 個人雲端平台功能擴展 在消費電子展上,Synchronoss 展示其白標個人雲端平台的全新增強功能,該平台旨在協助營運商及品牌提供安全穩妥、方便擴展、別樹一幟的雲端服務。最新升級不僅強化核心內容管理、跨裝置備份同步與雲端智能,更引入多項增強的私隱與安全管控措施,例如為敏感內容而設的鎖定資料夾、精細入微的存取與分享權限設定,以及整合式文件掃描功能,以便在雲端安全儲存實體文件。Capsyl 發展氣勢及市場拓展 Synchronoss 同時重點展現 Capsyl 的持續進展,其為全面管理的託管式...

 PRESS RELEASE

Synchronoss presenta la plataforma Personal Cloud ampliada, el impulso...

Synchronoss presenta la plataforma Personal Cloud ampliada, el impulso de Capsyl y adelanta una nueva oferta en CES 2026 Impulsando las capacidades de la nube personal para operadores y consumidores BRIDGEWATER, Nueva Jersey, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss”) (NASDAQ: SNCR), líder global e innovador en soluciones de nube personal, anunció hoy capacidades ampliadas en toda su plataforma Synchronoss Personal Cloud de marca blanca en CES 2026 en Las Vegas La empresa también está destacando el impulso continuo de Capsyl, su solución integral de...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch