SNCR Synchronoss Technologies Inc.

Proximus Melanjutkan Kerjasama Awan Peribadi Synchronoss

Proximus Melanjutkan Kerjasama Awan Peribadi Synchronoss

Pembaharuan kontrak tiga tahun itu membolehkan pelanggan Proximus terus menyandarkan kandungan digital bernilai dengan selamat kepada perkhidmatan awan yang selamat dan mudah

BRIDGEWATER, N.J., March 17, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) --  (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperbaharu kontraknya untuk menyediakan Proximus dengan platform Awan Peribadi Synchronoss.

Sebagai operator telekomunikasi terbesar Belgium, Proximus telah menawarkan platform Synchronoss kepada pelanggan jalur lebarnya sejak 2015 menerusi penawaran awan label putih. Pelanggan boleh menyandarkan, menyimpan dan menyegerakkan kandungan daripada komputer riba, tablet, komputer peribadi dan telefon pintar kepada akaun mereka pada awan.

Pemanjangan kontrak tiga tahun itu bermaksud Proximus akan terus menyampaikan Awan Peribadi Synchronoss menerusi model percuma premium sedia ada. Pelanggan jalur lebar diberikan 10 gigabait dalam bentuk storan percuma dan juga pilihan untuk membayar €2.95 sebulan untuk 100 gigabait storan atau €9.95 untuk satu terabait. Pelanggan menentukan sama ada sandaran berlaku secara automatik atau manual dan mereka memilih jenis fail, contohnya gambar, video, dokumen, atau ketiga-tiganya, untuk disertakan dalam sandaran mereka.

“Awan Peribadi Synchronoss telah menjadi aset hebat untuk pelanggan kami,” kata Sébastien Leblanc, Ketua Pengurusan Produk Pengguna untuk Proximus. “Kita hidup dalam dunia yang pelanggan meletakkan nilai yang tinggi untuk kandungan digital mereka dapat disimpan dengan selamat dan mudah diakses. Di Proximus, kami mengenal pasti keperluan ini dan teruja untuk melanjutkan perkongsian dengan Synchronoss agar kami boleh terus memberikan perkhidmatan sandaran awan yang mudah untuk pelanggan kami.”

Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss digunakan oleh beberapa operator terkemuka dunia, termasuklah Verizon, AT&T, BT dan SFR di samping Proximus.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata pembekal rangkaian mudah alih dan syarikat telekomunikasi seperti Proximus secara jelas memahami pelbagai manfaat dalam menawarkan pelanggan peluang untuk menyandarkan dan menyimpan data peribadi secara langsung ke awan.

“Menyediakan perkhidmatan sandaran berjenama pembawa yang selamat dan mudah digunakan merentasi sebarang platform bukan hanya menyampaikan nilai tambah penting kepada pelanggan daripada jenama yang mereka sudah percaya, tetapi juga mencipta aliran hasil baharu untuk pembekal telekomunikasi. Kami berbesar hati kerana Proximus telah melanjutkan hubungan yang sudah lama wujud ini dan kami gembira untuk terus menyampaikan kebolehan untuk memberikan peluang kepada pelanggan untuk melindungi data penting dan memori bernilai mereka, memperkaya pengalaman pengguna dan mengukuhkan kesetiaan pelanggan dan melakukan semua itu sambil membangunkan hasil keseluruhan syarikat,” kata Lurie.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan Synchronoss di .

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.

Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di .

Maklumat Hubungan

Pelabur:

Joseph Crivelli

Synchronoss

908-566-3131

Media

Anais Merlin, CCgroup (Antarabangsa)

T: 0

E:

Diane Rose, CCgroup (Amerika Utara)

T: +1 727.238.7567

E:

EN
17/03/2020

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Synchronoss Technologies Inc.

 PRESS RELEASE

Lumine Group Completes Acquisition of Synchronoss Technologies

Lumine Group Completes Acquisition of Synchronoss Technologies BRIDGEWATER, N.J., Feb. 13, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (Nasdaq: SNCR) (“Synchronoss” or the “Company”), a global leader and innovator in Personal Cloud platforms, today announced the completion of its acquisition by Lumine Group Inc. (“Lumine Group”), a global buy-and-hold forever acquirer of communications and media software businesses, through one of its wholly-owned subsidiaries in an all-cash transaction that values the Company at an implied equity value of approximately $116.4 million and an e...

 PRESS RELEASE

Synchronoss Apresenta Plataforma de Nuvem Pessoal Expandida, Momento d...

Synchronoss Apresenta Plataforma de Nuvem Pessoal Expandida, Momento da Capsyl e Nova Oferta na CES 2026 Avança Recursos Pessoais de Nuvem para Operadores e Consumidores BRIDGEWATER, N.J., Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss”) (NASDAQ: SNCR), líder global e inovadora em soluções de nuvem pessoal, anunciou hoje a expansão dos recursos da sua plataforma de Nuvem Pessoal de marca branca da Synchronoss na CES 2026 em Las Vegas. A empresa também destacou o impulso contínuo da Capsyl, sua solução de nuvem pessoal pronta para uso, e apresentou uma nov...

 PRESS RELEASE

Synchronoss จัดแสดงแพลตฟอร์มคลาวด์ส่วนบุคคลที่ได้รับการพัฒนาต่อยอดให้ด...

Synchronoss จัดแสดงแพลตฟอร์มคลาวด์ส่วนบุคคลที่ได้รับการพัฒนาต่อยอดให้ดียิ่งขึ้นและแรงเหวี่ยงจาก Capsyl และนำเสนอตัวอย่างผลิตภัณฑ์ใหม่ในงาน CES 2026 การพัฒนาขีดความสามารถของระบบคลาวด์ส่วนบุคคลสำหรับผู้ให้บริการและผู้บริโภค บริดจ์วอเตอร์ รัฐนิวเจอร์ซีย์, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss”) (NASDAQ: SNCR) ผู้นำระดับโลกและผู้ริเริ่มด้านโซลูชันคลาวด์ส่วนบุคคล ประกาศในวันนี้เกี่ยวกับการขยายขีดความสามารถของแพลตฟอร์ม Synchronoss Personal Cloud ที่ให้บริการภายใต้แบรนด์ของลูกค้า ณ งาน CES 2026 ในลาสเวกัส นอกจากนี้ บริษัทยังเน้นย้ำถึงความก้าวหน้าอย่างต่...

 PRESS RELEASE

Synchronoss 在 CES 2026 展示扩展个人云平台、强调 Capsyl 发展势头并发布全新产品预览

Synchronoss 在 CES 2026 展示扩展个人云平台、强调 Capsyl 发展势头并发布全新产品预览 为运营商与消费者升级个人云功能 新泽西州布里奇沃特, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- 全球个人云解决方案领导者和创新者 Synchronoss Technologies, Inc. (以下简称“Synchronoss”) (NASDAQ: SNCR) 今日在拉斯维加斯 CES 2026 上宣布,其白标 Synchronoss Personal Cloud 平台将全面扩展功能。公司同时重点展示其一站式个人云解决方案 Capsyl 正持续保持增长势头,并预告将推出一款专注于共享瞬间与群组互动的全新活动驱动数字体验产品。 Synchronoss 个人云平台功能扩展 在 CES 展会上,Synchronoss 展示了其白标个人云平台的全新升级功能,旨在帮助运营商与品牌方提供安全、可扩展且差异化的云服务。此次升级强化了核心内容管理、跨设备备份同步及云智能功能,同时强化了隐私与安全控制措施,包括为敏感内容设置锁定文件夹、精细化访问与共享权限管理,以及用于安全存储实体文件的集成文档扫描功能。Capsyl 发展势头与市场拓展 Synchronoss 还重点介绍了其托管式、全托管个人云解决方案 Capsyl 的最新进展,该方案专为服...

 PRESS RELEASE

Synchronoss 在 2026 消費電子展上呈現其擴充的個人雲端平台、Capsyl 強勁發展,並預覽全新服務

Synchronoss 在 2026 消費電子展上呈現其擴充的個人雲端平台、Capsyl 強勁發展,並預覽全新服務 為營運商及消費者提升個人雲端能力 新澤西州布里奇沃特, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- 具領導地位的全球個人雲端平台創新公司 Synchronoss Technologies, Inc.(「Synchronoss」)(NASDAQ: SNCR),今天在拉斯維加斯的 2026 消費電子展 (CES) 上宣佈其白標 Synchronoss Personal Cloud 平台的多項功能擴展。公司亦突顯其一站式個人雲端方案 Capsyl 的持續增長氣勢,並預覽以活動為本、專注於共享時刻及群組互動的全新數碼體驗。 Synchronoss 個人雲端平台功能擴展 在消費電子展上,Synchronoss 展示其白標個人雲端平台的全新增強功能,該平台旨在協助營運商及品牌提供安全穩妥、方便擴展、別樹一幟的雲端服務。最新升級不僅強化核心內容管理、跨裝置備份同步與雲端智能,更引入多項增強的私隱與安全管控措施,例如為敏感內容而設的鎖定資料夾、精細入微的存取與分享權限設定,以及整合式文件掃描功能,以便在雲端安全儲存實體文件。Capsyl 發展氣勢及市場拓展 Synchronoss 同時重點展現 Capsyl 的持續進展,其為全面管理的託管式...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch