SNCR Synchronoss Technologies Inc.

Synchronoss Menamakan Christina Gabrys sebagai Ketua Pegawai Undang-undang

Synchronoss Menamakan Christina Gabrys sebagai Ketua Pegawai Undang-undang

BRIDGEWATER, N.J., July 29, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan pelantikan Christina “Chrissy” Gabrys sebagai Ketua Pegawai Undang-undang. Gabrys menggantikan Ronald Prague yang akan mengundurkan diri selepas 15 tahun bersama syarikat tersebut untuk mengejar minat lain. Dalam jawatan baharu beliau, Gabrys akan menyelia semua urusan perundangan untuk syarikat tersebut.

“Ron telah memainkan peranan penting dalam membentuk Synchronoss seperti yang anda lihat pada hari ini. Kepimpinannya dalam perundingan dan perjanjian kerjasama dengan pelanggan, melengkapkan pemerolehan dan usaha kewangan lain dalam syarikat – termasuk sumbangannya bagi permodalan semula syarikat baru-baru ini – tidak ternilai dan beliau akan dirindui,” kata Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ron atas segala sumbangan beliau kepada syarikat ini. Kami akan sentiasa menganggap beliau sebahagian daripada keluarga Synchronoss dan mendoakan kejayaan beliau dalam perjalanan baharu. Ron juga telah membuat perancangan peralihan menyeluruh yang akan membolehkan Chrissy memikul tanggungjawab baharu dengan segera sementara kami menyambut kehadirannya dalam pasukan kepimpinan kanan.”

Gabrys baru-baru ini berkhidmat sebagai Pembantu Penasihat Undang-undang Synchronoss dan Ketua Pegawai Pematuhan yang memerlukan beliau berurusan dengan pelanggan dan rakan kongsi global. Sebagai Ketua Pegawai Pematuhan syarikat, beliau mengemas kini program pematuhan syarikat untuk memastikan amalan terbaik bagi dasar dan prosedur serta tadbir urus korporat di seluruh organisasi. Gabrys menyertai Synchronoss sebagai sebahagian daripada pemerolehan Openwave Messaging, tempat beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang untuk Amerika dan APAC.

“Saya berbesar hati dapat memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Undang-undang dan tidak sabar untuk bekerja dengan ahli pasukan Synchronoss di seluruh dunia untuk memperkasakan pelanggan kami dan berhubung dengan pelanggan dalam cara yang dipercayai dan bermakna,” kata Gabrys. “Saya juga ingin menyampaikan penghargaan tulus saya kepada Ron. Bimbingan dan perancangan tekun beliau telah membuka jalan kepada peralihan lancar sementara saya memulakan tugas saya dalam peranan baharu ini.”

Perihal Synchronoss

Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di 

Orang Hubungan Media

Untuk Synchronoss:

Anais Merlin, CCgroup UK

Diane Rose, CCgroup AS

E: 

Maklumat Hubungan Pelabur

Untuk Synchronoss: Todd Kehrli/Joo-Hun Kim, MKR Investor Relations, Inc., E: 



EN
28/07/2021

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Synchronoss Technologies Inc.

 PRESS RELEASE

Synchronoss Appoints Pat Doran as Chief Executive Officer Following Lu...

Synchronoss Appoints Pat Doran as Chief Executive Officer Following Lumine Group Acquisition Leadership transition reinforces continuity and operational excellence BRIDGEWATER, N.J., March 26, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss” or the “Company”), a global leader of personal cloud platforms for telecom operators, today announced the appointment of Pat Doran as Chief Executive Officer, following the company’s recent acquisition by Lumine Group. Doran succeeds former CEO Jeff Miller and Chief Financial Officer Lou Ferraro, who have stepped down followin...

 PRESS RELEASE

Jelly Toast, 인도에서 출시되며 일상의 축하 행사를 보다 간편하게 만들다

Jelly Toast, 인도에서 출시되며 일상의 축하 행사를 보다 간편하게 만들다 Synchronoss가 선보인 신규 앱, 사람들이 축하하고 추억을 공유하는 방식을 단순화 미국 뉴저지주 브리지워터 & 인도 벵갈루루, March 05, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- 개인 클라우드 플랫폼 분야의 글로벌 선도 기업이자 혁신 기업인 Synchronoss Technologies, Inc.(“Synchronoss” 또는 “회사”)가 오늘 인도에서 공유 축하 행사와 그룹 추억을 위해 설계된 새로운 애플리케이션 ‘Jelly Toast’를 출시했다고 발표했다. 생일과 결혼식부터 홀리(Holi) 모임, 대학 축제, 직장 야유회, 콘서트, 주말 여행에 이르기까지 Jelly Toast는 초대장을 만들고, 사진을 수집하며, 그룹이 함께한 순간을 하나의 전용 공간에서 다시 추억할 수 있도록 돕는다. 축하는 파편화되어 있다 오늘날의 축하는 너무 많은 앱에 흩어져 있다. 계획은 메신저 단체 채팅방에서 이뤄지고, 사진은 소셜미디어 DM으로 공유되며, 앨범은 개인 사진 앱에 따로 저장된다. 중요한 순간은 채팅 기록 속에 묻히거나, 휴대폰을 바꾸는 과정에서 ...

 PRESS RELEASE

Jelly Toast Dilancarkan di India untuk Memudahkan Sambutan Harian

Jelly Toast Dilancarkan di India untuk Memudahkan Sambutan Harian Aplikasi baharu daripada Synchronoss yang direka untuk memudahkan cara orang ramai meraikan serta be BRIDGEWATER, N.J. dan BANGALORE, India, March 04, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss” atau “Syarikat”), peneraju global dan inovator dalam platform awan peribadi, hari ini mengumumkan pelancaran Jelly Toast di India, sebuah aplikasi baharu yang direka untuk sambutan bersama dan perkongsian kenangan berkumpulan. Daripada hari lahir dan majlis perkahwinan hingga ke perhimpunan Holi, festiv...

 PRESS RELEASE

Jelly Toast เปิดตัวในอินเดียเพื่อทำให้การเฉลิมฉลองในแต่ละวันเป็นเรื่อง...

Jelly Toast เปิดตัวในอินเดียเพื่อทำให้การเฉลิมฉลองในแต่ละวันเป็นเรื่องง่าย แอปใหม่จาก Synchronoss ที่ออกแบบมาเพื่อทำให้การเฉลิมฉลองและแบ่งปันความทรงจำเป็นเรื่องง่าย บริดจ์วอเตอร์ นิวเจอร์ซีย์ และบังกาลอร์ อินเดีย, March 04, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss” หรือ “บริษัท”) ผู้นำและผู้คิดค้นนวัตกรรมระดับโลกด้านแพลตฟอร์มคลาวด์ส่วนบุคคล วันนี้ได้ประกาศเปิดตัว Jelly Toast ในอินเดีย ซึ่งเป็นแอปพลิเคชันใหม่ที่ออกแบบมาเพื่อการเฉลิมฉลองและสร้างความทรงจำร่วมกัน ตั้งแต่งานวันเกิดและงานแต่งงาน ไปจนถึงการเฉลิมฉลองเทศกาลโฮลี งานเทศกาลของมหาวิทยาลัย ทริปท่องเที่ยว...

 PRESS RELEASE

Jelly Toast Lançado na Índia para Simplificar Comemorações da Vida

Jelly Toast Lançado na Índia para Simplificar Comemorações da Vida Novo aplicativo da Synchronoss criado para simplificar a forma como as pessoas comemoram e compartilham memórias BRIDGEWATER, N.J. e BANGALORE, Índia, March 04, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- A Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss” ou a “Empresa”), líder global e inovadora em plataformas de nuvem pessoal, anunciou hoje o lançamento do Jelly Toast na Índia, um novo aplicativo criado para celebrações compartilhadas e memórias de grupos. De aniversários e casamentos a festas de Holi, festivais universitários, confraterni...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch