AMBQ AMBIQ MICRO INC.

Ambiq Perkenalkan Siri Apollo510 Lite SoCs untuk Menggerakkan Edge Sentiasa Aktif dengan Kesambungan Bluetooth Dwi-Mod

Ambiq Perkenalkan Siri Apollo510 Lite SoCs untuk Menggerakkan Edge Sentiasa Aktif dengan Kesambungan Bluetooth Dwi-Mod

Siri Apollo510 Lite SoC Baharu menawarkan kecekapan tenaga dan prestasi AI yang menembusi batas bagi peranti pintar yang sentiasa terhubung dan tahan lebih lama

AUSTIN, Texas, Oct. 29, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ambiq Micro, Inc. (“Ambiq”), penyedia terkemuka penyelesaian semikonduktor dan AI ultra-kuasa rendah, hari ini mengumumkan pelancaran Siri System-on-Chip (SoC) Apollo510 Lite – ahli terbaharu dalam keluarga Apollo5. Direka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kecerdasan sentiasa aktif (always-on intelligence) di persekitaran edge, siri ini menawarkan pemprosesan AI lanjutan, kesambungan tanpa wayar berbilang protokol, serta kecekapan tenaga bertaraf industri — sekali gus memperkasakan generasi baharu peranti daripada peranti boleh pakai dan peranti perubatan kepada penderia IoT industri dan bangunan pintar.

Mentransformasikan Kemungkinan di Edge

“Siri Apollo510 Lite menandakan langkah penting ke hadapan dalam portfolio Ambiq yang semakin berkembang untuk penyelesaian AI ultra-kuasa rendah, membawa kuasa Edge AI kepada pelbagai peranti dan aplikasi yang lebih luas merangkumi peranti boleh pakai, penjagaan kesihatan, industri dan kediaman pintar,” kata Fumihide Esaka, Ketua Pegawai Eksekutif Ambiq. “Pencapaian ini menggariskan komitmen kami untuk menjadikan kecerdasan boleh dicapai di mana-mana, tanpa mengorbankan kecekapan tenaga atau prestasi.”

Lonjakan Baharu dalam Kecekapan Edge AI

Dibina berasaskan platform proprietari Ambiq, Subthreshold Power Optimized Technology (SPOT®), Siri Apollo510 Lite menawarkan prestasi lebih 16 kali ganda pantas dan sehingga 30 kali ganda kecekapan tenaga AI lebih baik berbanding penyelesaian M4 atau M33 yang setara. Lonjakan prestasi ini membolehkan pembangun melaksanakan beban kerja AI lanjutan — termasuk analisis kesihatan, gabungan penderia (sensor fusion) dan pengenalan suara — sambil memanjangkan jangka hayat bateri dengan ketara bagi peranti yang sentiasa terhubung.

Sorotan Siri Apollo510 Lite

  • Pengkomputeran Berprestasi Tinggi: Pemproses Arm® Cortex®-M55 sehingga 250 MHz dengan turboSPOT® dan teknologi Helium™ untuk pecutan AI yang cekap.
  • Pemproses Bersama Khusus: 48/96 MHz Pemproses Bersama Arm Cortex-M4F untuk tugas pengoptimuman tanpa wayar dan gabungan sensor.
  • Memori Diperluas:2 MB RAM dan 2 MB memori bukan mudah hilang dengan cache arahan/data khusus bagi pelaksanaan yang lebih pantas.
  • Kesambungan Lanjutan:
    • Bluetooth® Low Energy 5.4 dengan kuasa penghantaran +14 dBm untuk prestasi isyarat yang kukuh.
    • Bluetooth Dwi-Mod (Klasik + LE) bagi audio kuasa rendah dan keserasian ke belakang.
  • Keselamatan Terbina Dalam: secureSPOT® 3.0 dengan Arm TrustZone®, but keselamatan dan kemas kini perisian tegar disahkan untuk memastikan integriti data.

Siri ini tersedia dalam tiga varian:

Apollo510 Lite (tanpa radio BLE), Apollo510B Lite (dilengkapi BLE) dan Apollo510D Lite (Bluetooth dwi-mod).

Ketersediaan

Siri Apollo510 Lite kini tersedia untuk sampel, dengan pengeluaran besar-besaran dijangka bermula pada Suku Pertama (Q1) 2026. Layari untuk mendapatkan butiran teknikal, alat pembangunan dan maklumat pesanan.

Perihal Ambiq

Beribu pejabat di Austin, Texas, misi Ambiq adalah untuk membolehkan kecerdasan (kecerdasan buatan (AI) dan seterusnya) di mana-mana sahaja melalui penyampaian penyelesaian semikonduktor berkuasa paling rendah di dunia. Ambiq membolehkan pelanggannya menyampaikan pengkomputeran AI di hujung rangkaian (edge), yang cabaran penggunaan kuasa adalah paling ketara. Inovasi teknologi Ambiq, yang dibangunkan berasaskan teknologi proprietari berpaten Subthreshold Power Optimized Technology (SPOT®), secara asasnya memberikan peningkatan berlipat kali ganda dalam penggunaan kuasa berbanding reka bentuk semikonduktor tradisional. Setakat ini, Ambiq telah menjana kuasa kepada lebih daripada 280 juta peranti di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari .

Kenyataan Pandang Ke Hadapan

Kenyataan dalam siaran akhbar ini yang bukan merupakan fakta sejarah adalah kenyataan pandang ke hadapan. Anda boleh mengenal pasti kenyataan memandang ke hadapan kerana ia mengandungi perkataan seperti “percaya”, “menjangka”, “mungkin”, “akan”, “sepatutnya”, “berusaha”, “berhasrat”, “merancang”, “menganggarkan” atau “menjangkakan” atau ungkapan serupa yang berkaitan dengan strategi, rancangan, unjuran atau niat kami. Secara sifatnya, kenyataan pandang ke hadapan bukanlah kenyataan fakta sejarah atau jaminan prestasi masa depan dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian, andaian atau perubahan keadaan yang sukar diramal atau diukur — termasuk yang dihuraikan dalam bahagian bertajuk “Risk Factors” dalam pemfailan Ambiq kepada Securities and Exchange Commission. Ambiq tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemaskinikan atau menyemak semula secara terbuka sebarang kenyataan memandang ke hadapan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, perkembangan masa hadapan atau sebaliknya, kecuali jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang sekuriti yang berkenaan.

PR dan Media

Charlene Wan

Naib Presiden, Pemasaran Korporat dan Perhubungan Pelabur



+1.512.879.2850 

Perhubungan Pelabur

Teneo

Christina Coronios



+1.212.915.4581

Imej yang mengiringi pengumuman ini tersedia di   



EN
28/10/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on AMBIQ MICRO INC.

 PRESS RELEASE

Ambiq Announces Public Offering of Common Stock

Ambiq Announces Public Offering of Common Stock AUSTIN, Texas, Jan. 21, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ambiq Micro, Inc. (“Ambiq”) (NYSE: AMBQ), a technology leader in ultra-low-power semiconductor solutions for edge AI, today announced the commencement of an underwritten public offering of 2,200,000 shares of its common stock, which includes 2,157,051 shares of common stock offered by Ambiq and 42,949 shares of common stock offered by certain of Ambiq’s stockholders. In addition, Ambiq expects to grant the underwriters an option for a period of 30 days to purchase up to an additional 330,000...

 PRESS RELEASE

Ambiq Unveils Atomiq®, the World’s First Ultra-Low Power NPU SoC Built...

Ambiq Unveils Atomiq®, the World’s First Ultra-Low Power NPU SoC Built on SPOT® Enabling always-on audio, vision, and reasoning for next-generation edge AI devices AUSTIN, Texas, Jan. 06, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ambiq Micro, Inc. (“Ambiq”) (NYSE: AMBQ), a recognized leader in ultra-low-power semiconductor solutions for edge AI, today announced Atomiq, the highly anticipated system-on-chip (SoC) integrating a Neural Processing Unit (NPU) designed to enable real-time, always-on artificial intelligence at the edge. Built on Ambiq’s Subthreshold Power Optimized Technology (SPOT) platform...

 PRESS RELEASE

Ambiq เปิดตัว Apollo510 Lite SoCs เพื่อขับเคลื่อนอุปกรณ์ Always-On Edg...

Ambiq เปิดตัว Apollo510 Lite SoCs เพื่อขับเคลื่อนอุปกรณ์ Always-On Edge พร้อมการเชื่อมต่อบลูทูธแบบสองโหมด Apollo510 Lite SoC Series ใหม่มอบประสิทธิภาพการใช้พลังงานและประสิทธิภาพด้าน AI ที่ก้าวล้ำ เพื่ออุปกรณ์เชื่อมต่อที่ชาญฉลาดและใช้งานได้นานยิ่งขึ้น ออสติน รัฐเท็กซัส, Oct. 29, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ambiq Micro, Inc. ("Ambiq") ผู้ให้บริการระดับแนวหน้าด้านโซลูชัน AI และเซมิคอนดักเตอร์พลังงานต่ำพิเศษ ได้ประกาศเปิดตัว Apollo510 Lite System-on-Chip (SoC) Series ซึ่งเป็นผลิตภัณฑ์ใหม่ล่าสุดในตระกูล Apollo5 ผลิตภัณฑ์ซีรีส์นี้ออกแบบมาเพื่อตอบสนองความต้องการที่เพิ่มขึ้นสำหรับเทคโนโลยีอัจฉริ...

 PRESS RELEASE

Ambiq 推出 Apollo510 Lite 系统级芯片,以双模蓝牙连接技术赋能始终在线的边缘计算

Ambiq 推出 Apollo510 Lite 系统级芯片,以双模蓝牙连接技术赋能始终在线的边缘计算 全新 Apollo510 Lite 系统级芯片系列通过突破性能效与 AI 性能,为更智能、续航更持久的联网设备注入强劲动力 得克萨斯州奥斯汀市, Oct. 29, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 超低功耗半导体与 AI 解决方案的领先提供商 Ambiq Micro, Inc.(简称“Ambiq”)今日正式发布 Apollo510 Lite 系统级芯片 (SoC) 系列,这也是其 Apollo5 产品家族的最新成员。 该系列产品旨在满足边缘计算领域对始终在线的智能技术日益增长的需求,不仅提供先进的 AI 处理能力与多协议无线连接,更具备业界领先的能效表现,为可穿戴设备、医疗设备、工业物联网传感器、智能楼宇等下一代最终设备持续赋能。 突破边缘计算的性能边界 Ambiq 首席执行官 Fumihide Esaka 表示:“Apollo510 Lite 系列的推出,是 Ambiq 在持续扩展超低功耗 AI 解决方案产品组合进程中的重要里程碑。该系列将边缘 AI 的强大能力拓展至更广泛的设备和应用领域,覆盖可穿戴设备、医疗保健、工业及智能家居应用。 这一里程碑彰显了我们的承诺:在无需权衡功耗与性能的前提下,让智能无处不在。” 边缘 AI 能效的重大飞跃...

 PRESS RELEASE

Ambiq 發佈 Apollo510 Lite 系統單晶片,以雙模藍牙連接技術驅動持續運行的邊緣裝置

Ambiq 發佈 Apollo510 Lite 系統單晶片,以雙模藍牙連接技術驅動持續運行的邊緣裝置 全新 Apollo510 Lite 單晶片系統系列實現破格能源效率及人工智能表現,使連接裝置更智能、更持久 德州奧斯汀, Oct. 29, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 超低功耗半導體與人工智能 (AI) 解決方案頂尖供應商 Ambiq Micro, Inc.(「Ambiq」)今日宣佈推出 Apollo510 Lite 系統單晶片 (SoC) 系列,其成為 Apollo5 產品系列的最新成員。 為迎合邊緣設備對持續智能不斷增長的需求,此系列具備先進 AI 處理能力、多協定無線連接技術及業內領先的節能效益——推動新世代裝置,包括穿戴式裝置、醫療裝置、工業物聯網 (IoT) 感測器及智能建築。 開創邊緣運算新紀元 Ambiq 行政總裁 Fumihide Esaka 說道:「Apollo510 Lite 系列標誌著 Ambiq 在擴展超低功耗 AI 解決方案產品組合邁出重要一步,將邊緣 AI 普及至更多元化的裝置及應用情境,橫跨穿戴式裝置、醫療保健、工業及智能家居應用。 此里程碑彰顯我們要讓智能技術遍及各處的承諾,同時確保功耗或效能不受影響。」 邊緣 AI 效率躍進新境界 基於 Ambiq 專利的亞閾值功率優化技術 (Subthreshold...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch