LTRX Lantronix Inc.

Lantronix Mengubah Lanskap Kesambungan Industri dengan Pelancaran Siri Router 5G Tanpa Wayar yang Telah Memenangi Anugerah dan Mampu Milik

Lantronix Mengubah Lanskap Kesambungan Industri dengan Pelancaran Siri Router 5G Tanpa Wayar yang Telah Memenangi Anugerah dan Mampu Milik

Siri NTC-500 terbaharu daripada Lantronix membolehkan perusahaan mencapai mobiliti generasi baharu, memperoleh cerapan masa nyata dan menambah baik ROI

IRVINE, California, July 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX), peneraju global dalam penyelesaian pengkomputeran dan kesambungan IoT yang membolehkan Kecerdasan AI Edge, hari ini melancarkan , penghala 5G industri tahan lasak yang direka untuk mengubah landskap ekonomi mobiliti dan kesambungan perusahaan. Pelancaran produk Siri NTC-500 ini merupakan hasil langsung daripada , sekali gus mengukuhkan pelaburan strategik syarikat dan menegaskan kedudukan globalnya sebagai penyedia penyelesaian kesambungan termaju untuk pasaran IoT perusahaan dan industri.

Siri NTC-500 meletakkan Lantronix dalam kedudukan strategik untuk memanfaatkan peralihan global yang semakin pesat ke arah infrastruktur industri tanpa wayar. Dengan pensijilan pengendali, kelulusan global dan harga yang menggegarkan pasaran, Siri NTC-500 membolehkan perusahaan menghapuskan keperluan infrastruktur Ethernet yang mahal — yang boleh mencecah ribuan dolar bagi setiap sambungan — sambil mengekalkan prestasi berkelajuan tinggi dan kependaman rendah yang lazimnya dikaitkan dengan rangkaian berwayar.

Dengan menangani isu utama seperti kos pelaksanaan yang tinggi, tempoh pemasangan yang lama, mobiliti terhad dan keperluan untuk menyokong kepadatan titik akhir yang tinggi, penyelesaian NTC-500 membuka aliran hasil baharu merentasi pasaran 5G peribadi, pengkomputeran pinggir dan automasi industri. Reka bentuknya yang fleksibel dan bersedia untuk masa depan menyokong pelbagai kes penggunaan, membolehkan pelanggan meningkatkan skala dengan cekap sambil mengurangkan jumlah kos pemilikan.

“Lantronix telah mentakrifkan semula ekonomi mobiliti 5G industri dan kesambungan kritikal,” kata Daniel Quant, Ketua Produk dan Bahagian Perniagaan IoT Industri di Lantronix. “Siri NTC-500 menawarkan penyelesaian 5G yang tahan lasak, diluluskan diperingkat global dan diperakui oleh pengendali rangkaian pada titik harga yang luar biasa, membolehkan pelanggan meningkatkan transformasi digital dengan lebih pantas, melindungi pelaburan infrastruktur mereka untuk masa depan dan mengurangkan kos operasi secara signifikan.”

Sedia untuk rangkaian 5G peribadi, Siri NTC-500 menyokong jalur n48-CBRS, n77 & n78 serta lain-lain, membolehkan pendigitalan pantas bagi aset yang sebelum ini terpinggir atau mudah alih. Ini membuka tahap baharu automasi, kelincahan operasi dan produktiviti merentasi segmen perusahaan dan industri.

Menurut Ramalan Rangkaian Selular Peribadi S1 2025 oleh ABI Research, pasaran 5G dijangka berkembang daripada $2.7 bilion pada tahun 2025 kepada $29 bilion menjelang 2030. Pelaksanaan 5G peribadi dalam sektor seperti pembuatan dan penjagaan kesihatan semakin pesat, didorong oleh permintaan terhadap keupayaan selular canggih dalam aplikasi kritikal misi dan keselamatan.

Router 5G Tanpa Wayar yang Memenangi Anugerah

Siri 5G NTC-500 daripada Lantronix bukan sahaja mendapat sambutan hebat daripada pelanggan dan rakan kongsi, malah turut meraih pengiktirafan industri secara meluas. Inovasi Lantronix baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Pemenang Anugerah Produk IoT Industri Terbaik 2025 oleh , sebuah pakar industri terkemuka dalam bidang teknologi IoT.

“Lantronix sememangnya layak menerima Anugerah Produk IoT Industri Terbaik 2025. Siri NTC-500 adalah wakil cemerlang bagi kepelbagaian inovasi yang sedang memacu pasaran IoT bernilai berbilion dolar hari ini. Saya berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan Lantronix atas hasil kerja inovatif mereka dan sumbangan unggul terhadap industri IoT yang berkembang pesat,” kata Rich Tehrani, Ketua Pegawai Eksekutif TMC, penerbit IoT Evolution World.

Dibina untuk Pelaksanaan Berskala Besar dan Berimpak Tinggi

Menyokong ciri terkini 5G daripada 3GPP Release 16, Siri NTC-500 merangkumi 5G Non-Standalone (NSA) dan 5G Standalone (SA) dengan sokongan sandaran 4G-LTE serta Dynamic 5G Slicing, yang membolehkan penyelesaian kualiti perkhidmatan hujung ke hujung yang kompleks dan mengikut permintaan melalui kerjasama dengan rangkaian pembawa terkemuka.

Keupayaan Utama dan Kes Penggunaan

  • Pemindahan Data Berkelajuan Tinggi: Penghantaran data 5G ultra-pantas untuk komunikasi lancar antara aset dan sistem industri. Kes Penggunaan: Penglihatan mesin, pemeriksaan jarak jauh dan kemas kini perisian tegar.
  • Kependaman Rendah untuk Kawalan Masa Nyata: Data hampir serta-merta, penting untuk robotik, AGV dan sistem keselamatan. Kes Penggunaan: Lengan robotik autonomi, penyelarasan AGV dan kawalan akses.
  • Kesambungan Tanpa Kabel untuk Kelincahan yang Ditambah Baik: Menghapuskan kos pemasangan kabel yang berpotensi mencecah ribuan dolar, sekali gus membolehkan penempatan aset yang fleksibel. Kes Penggunaan: Talian pengeluaran modular, hab logistik sementara dan gudang yang boleh diubah suai.
  • Mobiliti Menyeluruh Tapak untuk Kesambungan Aset Berketumpatan Tinggi: Komunikasi tanpa wayar yang boleh dipercayai dan deterministik merentasi kampus besar dengan banyak titik sambungan. Kes Penggunaan: Kilang pintar, armada AGV dan Forklift Pintar serta kawasan logistik luar.
  • Titik Harga yang Mengubah Pasaran: 5G bertaraf perusahaan pada harga yang membuka peluang kepada lebih banyak segmen pasaran. Kes Penggunaan: Runcit, restoran perkhidmatan pantas (QSR), perlombongan, pembinaan dan automasi berasaskan kos.

Perihal Lantronix

Lantronix Inc. ialah peneraju global penyelesaian IoT perkomputeran dan perhubungan yang menyasarkan industri pertumbuhan tinggi termasuk Bandar Pintar, Automotif dan Perusahaan. Produk dan perkhidmatan Lantronix memperkasakan syarikat untuk menempa kejayaan dalam pasaran IoT yang semakin berkembang dengan menyampaikan penyelesaian boleh disesuaikan yang menangani setiap lapisan Tindanan IoT. Penyelesaian termaju Lantronix termasuklah infrastruktur Pencawang Pintar, sistem Infotainment dan Pengawasan Video, yang dilengkapi Pengurusan Luar Jalur (OOB) termaju untuk Pengkomputeran Awan dan Pinggir. 

Untuk maklumat lanjut, layari .

Kenyataan “Safe Harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang sekuriti persekutuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kenyataan yang berkaitan produk dan anugerah Lantronix. Kenyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, perniagaan masa depan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara material daripada keputusan sejarah kami atau yang dinyatakan atau tersirat dalam mana-mana kenyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Risiko dan ketidakpastian yang berpotensi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor seperti kesan negatif atau keadaan ekonomi serantau dan dunia yang semakin teruk atau ketidakstabilan pasaran ke atas perniagaan kami, termasuk kesan ke atas keputusan pembelian pelanggan; keupayaan kami untuk mengurangkan sebarang gangguan dalam rantaian bekalan, pembekal dan vendor kami disebabkan oleh pandemik COVID-19 atau wabak lain, peperangan dan ketegangan baru-baru ini di Eropah, Asia dan Timur Tengah, atau faktor lain; tindak balas masa depan dan kesan krisis kesihatan awam; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang terpakai; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pengambilalihan kami atau menyepadukan syarikat yang diambil alih; kesukaran dan kos untuk melindungi paten dan hak proprietari lain; tahap keberhutangan kami, keupayaan kami untuk membayar hutang dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2024, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 9 September 2024; serta dalam pemfailan awam kami yang lain dengan SEC. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari masa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Pernyataan prospektif yang disertakan dalam siaran akhbar ini hanya berkuat kuasa pada tarikh penerbitan dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku seterusnya.

Hubungan Media Lantronix:

Gail Kathryn Miller

Pengurus Pemasaran Korporat &

Komunikasi



949-212-0960 

Penganalisis Lantronix dan Hubungan Pelabur:



EN
17/07/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Lantronix Inc.

 PRESS RELEASE

Lantronix revolutioniert die industrielle Konnektivität mit der Einfüh...

Lantronix revolutioniert die industrielle Konnektivität mit der Einführung seiner erschwinglichen, preisgekrönten 5G-WLAN-Router-Serie Die neue NTC-500-Serie von Lantronix ermöglicht Unternehmen Mobilität der nächsten Generation, Echtzeit-Einblicke und einen verbesserten ROI IRVINE, Kalifornien, July 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX), ein weltweit führender Anbieter von IoT-Lösungen für Computer und Konnektivität, die Edge AI Intelligence ermöglichen, hat heute seinen neuen robusten 5G-Router der in Industriequalität vorgestellt, der die Wirtschaftlichkeit von Unternehmensmo...

 PRESS RELEASE

Lantronix Interrompe Conectividade Industrial com o Lançamento da Séri...

Lantronix Interrompe Conectividade Industrial com o Lançamento da Série de Roteadores Premiados Acessíveis Sem Fio 5G A nova NTC-500 Series da Lantronix viabiliza que as empresas alcancem mobilidade de última geração, insights em tempo real e ROI aprimorado IRVINE, Califórnia, July 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- A (NASDAQ: LTRX), líder global em soluções de IoT de computação e conectividade que habilitam Edge AI Intelligence, lançou hoje seu novo roteador 5G de nível industrial robusto , projetado para transformar a economia da mobilidade e conectividade empresarial. O lançamento do NTC-5...

 PRESS RELEASE

Lantronix ปฏิวัติการเชื่อมต่ออุตสาหกรรมด้วยการเปิดตัวซีรีส์เราเตอร์ไร้...

Lantronix ปฏิวัติการเชื่อมต่ออุตสาหกรรมด้วยการเปิดตัวซีรีส์เราเตอร์ไร้สาย 5G ที่ได้รับรางวัลและมีราคาย่อมเยา ซีรีส์ NTC-500 ใหม่ของ Lantronix ช่วยให้องค์กรสามารถบรรลุการเคลื่อนที่ในยุคถัดไป ข้อมูลเชิงลึกแบบเรียลไทม์ และผลตอบแทนจากการลงทุนที่ดีขึ้น ไอร์ไวน์ แคลิฟอร์เนีย , July 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX) ผู้นำระดับโลกในด้านโซลูชัน IoT สำหรับการคำนวณและการเชื่อมต่อที่ช่วยให้เกิด Edge AI Intelligence ได้เปิดตัว ใหม่ ซึ่งเป็นเราเตอร์ 5G เกรดอุตสาหกรรมที่ทนทาน ออกแบบมาเพื่อเปลี่ยนแปลงเศรษฐศาสตร์ของการเคลื่อนที่และการเชื่อมต่อในองค์กร การเปิดตัวผลิตภัณฑ์ซีรีส์ NTC-500 นี้เป็น...

 PRESS RELEASE

Lantronix 首次推出经济实惠、屡获殊荣的 5G 无线路由器系列,颠覆工业连接方式

Lantronix 首次推出经济实惠、屡获殊荣的 5G 无线路由器系列,颠覆工业连接方式 Lantronix 推出全新 NTC-500 系列 5G 无线路由器,助力企业实现下一代移动性、获取实时洞察并提高投资回报率 尔湾,加利福尼亚州, July 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX) 是全球物联网计算与连接解决方案领域的领军企业,专注于实现边缘人工智能。今日,该公司宣布推出坚固耐用的全新 工业级 5G 路由器,旨在改变企业移动和连接的经济性。 此次发布的 NTC-500 系列产品是 的直接成果,不仅证明了 Lantronix 的战略投资卓有成效,更凸显了其作为企业和工业物联网市场尖端连接解决方案提供商的全球地位。 借助 NTC-500 系列,Lantronix 将抓住全球加速向无线工业基础设施转变的重大机遇。 NTC-500 系列已通过运营商认证并获得全球认可,且其定价极具竞争力,能够帮助企业摒弃成本高昂的以太网基础设施(每个接入点可能高达数千美元),同时保留传统有线网络所具备的高速、低延迟性能。 通过解决部署成本高、安装周期长、移动性不足和高密度连接端点支持需求等主要痛点,NTC-500 解决方案可为 5G 专网、边缘计算和工业自动化市场开辟新的收入来源。 其采用面向未来的灵活设计,支持多种用例,使客户在高效...

 PRESS RELEASE

Lantronix 推出價格親民且獲獎的 5G 無線路由器系列,顛覆工業連接領域

Lantronix 推出價格親民且獲獎的 5G 無線路由器系列,顛覆工業連接領域 Lantronix 全新 NTC-500 系列協助企業實現新一代流動性、即時洞察分析並提升投資報酬率 (ROI) 加州爾灣, July 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 全球物聯網運算和連接解決方案領導公司 (NASDAQ: LTRX) 今天宣佈推出全新 堅固工業級 5G 路由器,旨在改變企業流動性和連接的經濟效益。 此次推出 NTC-500 系列產品,是 的直接成果,證實了 Lantronix 的策略投資價值,並鞏固其作為企業和工業物聯網市場頂尖連接解決方案供應商的國際地位。 NTC-500 系列使 Lantronix 處於有利位置,能夠充分把握全球加速轉向無線工業基礎設施的趨勢。 憑藉營運商認證、全球批核和顛覆性價格,NTC-500 系列讓企業得以淘汰昂貴的以太網基礎設施(每個接入點可能耗資數千美元),同時保持傳統有線網絡低延遲的高速性能。 NTC-500 解決方案能夠解決高部署成本、長安裝週期、有限流動性及需要支援高密度連接端點等關鍵問題,為私有 5G、邊緣運算和工業自動化市場開創新收入來源。 方案具備面向未來的靈活設計,可支援多元應用情境,協助客戶高效擴展,同時減少整體營運成本。 Lantronix 工業物聯網產品與業務線主管 Daniel Qu...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch