LTRX Lantronix Inc.

Penyelesaian AI Edge Generasi Akan Datang untuk Dunia Sebenar: Navigasi Autonomi bagi Dron, Pengawasan dan Robotik

Penyelesaian AI Edge Generasi Akan Datang untuk Dunia Sebenar: Navigasi Autonomi bagi Dron, Pengawasan dan Robotik

Lantronix dan Aerora bekerjasama untuk memajukan teknologi penyelesaian dron dikuasakan AI

IRVINE, California, June 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX), sebuah syarikat peneraju global dalam bidang perkomputeran dan ketersambungan untuk penyelesaian IoT yang mendayakan Kecerdasan AI Edge, hari ini mengumumkan kerjasama dengan , penyedia sistem bersepadu yang mematuhi NDAA bagi sistem pendorongan, kawalan darat dan muatan AI berketepatan tinggi. Kerjasama ini akan menghasilkan penyelesaian yang dipacu oleh AI Edge, sekali gus memacu kemajuan dalam aplikasi dron, robotik dan pengawasan menerusi platform OEM milik Aerora bagi Navigasi Visual Dikuasakan AI.

“Kerjasama antara Lantronix dan Aerora merupakan satu peluang yang cerah untuk memajukan pembangunan dron berkuasa AI dan aplikasi pintar lain, dengan menyediakan alatan termaju kepada pembangun daripada teknologi perkomputeran terbenam yang terkemuka,” kata Saleel Awsare, Ketua Pegawai Eksekutif dan presiden Lantronix. “Kejayaan dalam penyelesaian termaju yang dipacu AI ini memberikan impak transformatif, membuka peluang baharu dalam sektor swasta dan juga kerajaan,”

Grandview Research menganggarkan bahawa menjelang 2030, pasaran dron di seluruh dunia akan mencecah $163.6 bilion. Kebanyakan penganalisis meramalkan CAGR sebanyak 15 peratus sehingga tahun 2030. Beberapa segmen komersial dijangka turut berkembang dengan lebih pantas, terutamanya dengan perkembangan aplikasi dron yang merangkumi bidang logistik, pertanian, infrastruktur dan keselamatan awam. Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat juga mengakui kepentingan , seperti dron, untuk industri komersial dan kerajaan dan telah menyediakan sokongan bagi pengeluar dron.

Penyelesaian Aerora disokong oleh Open-Q™ System-on-Module (SoM) daripada Lantronix yang dikuasakan oleh cipset Qualcomm® Technologies, yang memberikan keupayaan pemprosesan yang tiada tandingan bagi kesedaran situasi dipacu AI, pengimejan perkomputeran yang maju serta pembuatan keputusan dalam masa nyata.

Dengan SOM Open-Q daripada Lantronix, pembangun boleh membina penyelesaian dikuasakan AI dengan yakin kerana adanya sokongan teknologi perkomputeran terbenam yang terkemuka dalam industri,

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian bersepadu, Aerora telah menggabungkan modul Hadron 640R dengan perisian Prism, yang akan mendayakan keupayaan pengimejan terma dan RGB termaju. Penyelesaian OEM dron, robotik dan pengawasan menghadapi tekanan yang semakin meningkat bagi memendekkan jangka masa pembangunan dan dalam masa yang sama mengekalkan standard yang tinggi bagi sistem pengimejan dan kawalan. Teknologi AI Edge yang baharu, seperti penyelesaian ini, boleh membantu mengurangkan atau menghapuskan beban overhed kejuruteraan serta memendekkan masa ke pasaran.

Penyelesaian tindanan penuh Aerora merangkumi prapenyepaduan kamera, gimbal, motor gimbal, bekas, telemetri dan antara muka serta menampilkan aliran video 4K serentak dengan video terma beresolusi tinggi. Aerora sedang bekerjasama dengan beberapa pengeluar dron OEM untuk menyepadukan platform Aerora dengan penyelesaian kamera dan gimbal bersepadu, yang membantu memenuhi syarat keperluan teknologi industri serta memastikan pematuhan terhadap NDAA.

“Di Aerora, misi asas kami adalah untuk menyampaikan penyepaduan yang pantas, penyelesaian pengesanan yang fleksibel dan pembuatan yang mematuhi NDAA sepenuhnya pada skala besar. Dengan bekerjasama rapat dengan peneraju industri seperti Lantronix dan Qualcomm serta menyepadukan teknologi pengimejan termaju seperti Hadron 640R Teledyne FLIR, kami memperkasakan OEM dron untuk mengurangkan jangka masa pembangunan dengan ketara, memperluas keupayaan operasi mereka dan memenuhi permintaan pasaran yang tinggi dengan yakin,” kata Ghel Ghedh, ketua pegawai teknologi Aerora.



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian inovatif ini, muat turun kertas putih lengkap .

Perihal Lantronix

Lantronix Inc. ialah peneraju global penyelesaian IoT perkomputeran dan ketersambungan yang menyasarkan industri pertumbuhan tinggi termasuk Bandar Pintar, Automotif dan Perusahaan. Produk dan perkhidmatan Lantronix memperkasakan syarikat untuk menempa kejayaan dalam pasaran IoT yang semakin berkembang dengan menyampaikan penyelesaian boleh disesuaikan yang menangani setiap lapisan Tindanan IoT. Penyelesaian termaju Lantronix termasuklah infrastruktur Pencawang Pintar, sistem Infotainment dan Pengawasan Video, yang dilengkapi Pengurusan Luar Jalur (OOB) termaju untuk Pengkomputeran Awan dan Pinggir.

Untuk maklumat lanjut, layari .

Perihal Aerora

Aerora™ mempercepatkan inovasi dron dan robotik dengan menawarkan sistem bersepadu sepenuhnya bagi rejang patuh NDAA, kawalan darat dan muatan AI kepersisan. Dengan menguruskan keseluruhan rantaian bekalan dan menyelia kesemua proses pembuatan di darat dan juga luar pesisir, kami memperkasakan pengeluar dalam mengembangkan dan menyelaras operasi dengan mudah, serta memasarkan produk dan perkhidmatan dengan lebih pantas tanpa menjejaskan kualiti atau pematuhan. Aerora™ beribu pejabat di Santa Clara, California.

Untuk maklumat lanjut, lawati 

Kenyataan “Safe Harbor” di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995: Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan prospektif seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang sekuriti persekutuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kenyataan yang berkaitan produk dan anugerah Lantronix. Kenyataan prospektif ini adalah berdasarkan jangkaan semasa kami dan tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang besar yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, perniagaan masa depan, keadaan kewangan atau prestasi kami berbeza secara material daripada keputusan sejarah kami atau yang dinyatakan atau tersirat dalam mana-mana kenyataan prospektif yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Risiko dan ketidakpastian yang berpotensi termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor seperti kesan negatif atau keadaan ekonomi serantau dan dunia yang semakin teruk atau ketidakstabilan pasaran ke atas perniagaan kami, termasuk kesan ke atas keputusan pembelian pelanggan; keupayaan kami untuk mengurangkan sebarang gangguan dalam rantaian bekalan, pembekal dan vendor kami disebabkan oleh pandemik COVID-19 atau wabak lain, peperangan dan ketegangan baru-baru ini di Eropah, Asia dan Timur Tengah, atau faktor lain; tindak balas masa depan dan kesan krisis kesihatan awam; risiko keselamatan siber; perubahan dalam undang-undang, peraturan dan tarif kerajaan A.S. dan asing yang terpakai; keupayaan kami untuk berjaya melaksanakan strategi pengambilalihan kami atau menyepadukan syarikat yang diambil alih; kesukaran dan kos untuk melindungi paten dan hak proprietari lain; tahap keberhutangan kami, keupayaan kami untuk membayar hutang dan sekatan dalam perjanjian hutang kami; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2024, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 9 September 2024; serta dalam pemfailan awam kami yang lain dengan SEC. Faktor risiko tambahan boleh dikenal pasti dari semasa ke semasa dalam pemfailan masa hadapan kami. Pernyataan prospektif yang disertakan dalam siaran akhbar ini hanya berkuat kuasa pada tarikh penerbitan dan kami tidak menanggung sebarang kewajipan untuk mengemas kini pernyataan prospektif ini untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku seterusnya.

Hubungan Media Lantronix:

Gail Kathryn Miller

Corporate Marketing &

Communications Manager



949-212-0960

Penganalisis dan Hubungan Pelabur Lantronix:



EN
17/06/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Lantronix Inc.

 PRESS RELEASE

Lantronix Selected by Tier-1 U.S. Wireless Operator to Digitally Monit...

Lantronix Selected by Tier-1 U.S. Wireless Operator to Digitally Monitor 50,000+ Cell Site Generators Lantronix Edge Intelligent Gateways and Percepxion Platform to Improve Network Resilience, Reduce Service Disruptions and Cut Operational Costs IRVINE, Calif., June 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX), a global leader of compute and connectivity IoT solutions enabling Edge AI Intelligence, today announced a multi-year agreement with a Tier-1 U.S. mobile network operator to digitally transform the management of more than 50,000 backup power systems across wireless cell sites nat...

 PRESS RELEASE

Lantronix Named the 2025 Industrial IoT Company of the Year by Leading...

Lantronix Named the 2025 Industrial IoT Company of the Year by Leading Market Research Firm CompassIntel IRVINE, Calif., June 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX), a global leader of compute and connectivity for IoT solutions enabling Edge AI Intelligence, today announced that Lantronix has been named the 2025 Industrial IoT Company of the Year by CompassIntel, a leading market research and advisory firm specializing in metrics-driven market intelligence and insights for the mobile, IoT and high-tech industries. The 13th annual CompassIntel Awards honor companies, vendors and org...

 PRESS RELEASE

โซลูชัน AI Edge รุ่นถัดไปสำหรับโลกแห่งความเป็นจริง: การนำทางอัตโนมัติส...

โซลูชัน AI Edge รุ่นถัดไปสำหรับโลกแห่งความเป็นจริง: การนำทางอัตโนมัติสำหรับโดรน การเฝ้าระวัง และหุ่นยนต์ Lantronix และ Aerora เตรียมพร้อมพัฒนาเทคโนโลยีในโซลูชันโดรนที่ขับเคลื่อนด้วย AI เออร์ไวน์ รัฐแคลิฟอร์เนีย, June 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX), วันนี้ ผู้นำระดับโลกด้านโซลูชันการประมวลผลและการเชื่อมต่อ IoT ที่ช่วยให้ Edge AI Intelligence ก้าวสู่ยุคใหม่ ประกาศความร่วมมือกับ ผู้ให้บริการระบบขับเคลื่อน การควบคุมภาคพื้นดิน และระบบบรรทุก AI แม่นยำที่เป็นไปตามมาตรฐาน NDAA ความร่วมมือนี้ส่งมอบโซลูชันที่ขับเคลื่อนด้วย Edge AI ซึ่งเร่งความก้าวหน้าในด้านโดรน หุ่นยนต์ และแอปพลิเค...

 PRESS RELEASE

面向现实世界的下一代边缘人工智能解决方案: 无人机、监控和机器人的自主导航

面向现实世界的下一代边缘人工智能解决方案: 无人机、监控和机器人的自主导航 Lantronix 和 Aerora 将推动人工智能无人机解决方案方面的技术 尔湾,加利福尼亚州, June 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ:LTRX)是计算和连接性物联网解决方案领域的全球领导者,致力于实现边缘人工智能(Edge AI Intelligence),今日宣布与 合作,后者是一家符合 NDAA 标准的集成推进、地面控制和精确人工智能有效载荷系统供应商。 这项合作提供了边缘人工智能驱动的解决方案,通过 Aerora 的人工智能视觉导航 OEM 平台,大大加快了无人机、机器人和监控应用的发展。 Lantronix 首席执行官兼总裁 Saleel Awsare 表示:“Lantronix 与 Aerora 的合作有望推动人工智能无人机和其他智能应用的发展,为开发人员提供来自领先嵌入式计算技术的尖端工具。 先进的人工智能驱动解决方案的这一突破带来了变革性影响,为私营部门和政府部门打开了通往新机遇的大门。” Grandview Research 预计,到 2030 年,全球无人机市场规模将达到 1,636 亿美元。 大多数预测认为,到 2030 年,年均复合增长率将达到 15%,一些商业领域的增长速度预计会更快,特别是随着无人机应用扩展到物流...

 PRESS RELEASE

適用於現實世界的新世代邊緣 AI 解決方案:無人機自主導航、監控與機械人技術

適用於現實世界的新世代邊緣 AI 解決方案:無人機自主導航、監控與機械人技術 Lantronix 與 Aerora 共同推進 AI 無人機解決方案的技術發展 爾灣,加州, June 18, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NASDAQ: LTRX) 在邊緣 AI 智能運算和物聯網連接解決方案上領導全球,今日宣布與提供符合 NDAA 標準的整合推進系統、地面控制和精密 AI 載荷系統的供應商 達成合作。 是次合作提供邊緣 AI 解決方案,顯著加速由 Aerora AI 視覺導航 OEM 平台實現的無人機、機械人及監控應用進展。 Lantronix 行政總裁兼董事長 Saleel Awsare 表示:「Lantronix 與 Aerora 攜手合作,將推動 AI 無人機及其他智能應用的發展」,為開發者提供領先嵌入式運算技術的頂尖工具。 「這項先進 AI 解決方案的突破將帶來變革性影響,開拓在私營機構及政府部門的全新機遇。」 Grandview Research 估計,到 2030 年全球無人機市場規模將達至 1,636 億美元。 大多數預測顯示到 2030 年的複合年增長率為 15%,某些商業領域增長更加迅速,特別是無人機的應用拓展至物流、農業、基礎設施和公共安全等領域。 美國聯邦政府同樣承認(例如無人機)對商業和政府行業的重要性,並為無人機製...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch