CAR Avis Budget Group Inc.

Avis Dinamakan Syarikat Sewa Kereta Utama Dunia di World Travel Awards 2019

Avis Dinamakan Syarikat Sewa Kereta Utama Dunia di World Travel Awards 2019

BRACKNELL, United Kingdom, Dec. 11, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Jenama sewa kereta utama, Avis telah dinamakan sebagai syarikat sewa kereta utama dunia untuk tahun kedua berturut-turut di Peringkat Akhir World Travel Awards 2019. Anugerah telah diumumkan di upacara anugerah di Muscat, Oman pada 28hb November 2019.

Petang itu menandakan acara klimaks bagi Grand Tour 2019 ulang tahun ke-26 WTA, dengan pemenang bagi enam upacara rantau WTA bertanding untuk gelaran dunia yang menjadi rebutan.

World Travel Awards tahunan ke-26 diiktiraf secara global sebagai program penghargaan yang amat berprestij dalam perjalanan dan pelancongan global. Anugerah diundi oleh pakar perjalanan dan pelancongan serta pengguna di seluruh dunia, dan penghargaan ini mengiktiraf komitmen jenama terhadap kecemerlangan, dengan penghormatan industri mutlak.

Keith Rankin, Presiden, Antarabangsa, Avis Budget Group berkata: “Kami teruja untuk dinamakan sebagai syarikat sewa kereta terbaik dunia. Penghormatan ini merupakan penunjuk terhadap fokus kami untuk menyediakan produk yang terbaik mungkin dan pengalaman kepada pelanggan kami. Kami berbangga dapat menyampaikan perkhidmatan premium, sementara sentiasa berinovasi, berkembang, dan mengguna pakai teknologi terkini untuk mencipta semula pengalaman sewaan, membantu untuk menjadikannya lebih terhubung, dilancarkan dan atas permintaan: seperti yang ditunjukkan dengan pelancaran Apl Avis yang memenangi anugerah kami.

“Anugerah ini juga merupakan bukti kepada ejen yang amat terlatih kami dan pasukan berpengalaman di 5,500 lokasi Avis di seluruh dunia, menyampaikan pengalaman dan kepuasan pelanggan yang semakin bertahap tinggi. Sebagai pembekal penyelesaian mobiliti global, utama, kami bergantung pada kepakaran dan keprofesionalan kakitangan kami. Anugerah ini membantu untuk meraikan kerja keras dan dedikasi terhadap kecemerlangan mereka.”

Perihal Avis

Dengan kira-kira 5,500 lokasi di hampir 170 negara, Avis merupakan salah sebuah pembekal kereta sewa terbesar di dunia yang bertekad untuk mengembangkan penyelesaian mobiliti atas permintaan dan memperibadikan pengalaman pelanggan. Avis dimiliki Avis Budget Group, Inc. (NASDAQ:), yang merupakan syarikat induk bagi Avis, Budget, Zipcar, Payless, Apex Car Rentals, France Cars, Maggiore, Morini Rent dan Turiscar. Melalui jenama mobiliti utama ini, pelanggan boleh mendapatkan hampir sebarang jenis kenderaan (kereta, trak, van), untuk sebarang tempoh masa (minit, jam, hari, bulan), untuk sebarang tujuan (perniagaan, santai), di hampir 11,000 lokasi di kira-kira 180 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati dan ikuti @avisinnovation.

Butiran hubungan:

MHP Communications

EN
11/12/2019

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Avis Budget Group Inc.

 PRESS RELEASE

Avis Budget Group Reports Fourth Quarter and Full Year Results

Avis Budget Group Reports Fourth Quarter and Full Year Results PARSIPPANY, N.J., Feb. 18, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Avis Budget Group, Inc. (NASDAQ: CAR) announced financial results for the fourth quarter and full year ended December 31, 2025 today. We ended the quarter with revenues of $2.7 billion, net loss of $856 million, and Adjusted EBITDA1 of $5 million. Full year revenues were $11.7 billion, driven by sustained year-over-year demand. Net loss was $995 million, and Adjusted EBITDA1 was $748 million. During the fourth quarter of 2025, we reviewed our fleet strategy, specific to cert...

 PRESS RELEASE

Avis Budget Group to Announce Fourth Quarter 2025 Results on February ...

Avis Budget Group to Announce Fourth Quarter 2025 Results on February 18th Conference Call to Discuss Results Scheduled for February 19th, 2026 PARSIPPANY, N.J., Jan. 15, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Avis Budget Group, Inc. (NASDAQ: CAR) announced today that it plans to report its fourth quarter 2025 results after the market close on Wednesday, February 18th, 2026, and to host a conference call for institutional investors to discuss these results on Thursday, February 19th, 2026, at 8:30 a.m. Eastern time. Investors may access the call at ir.avisbudgetgroup.com, or by dialing (877)-407-29...

MarketLine Department
  • MarketLine Department

Hertz Global Holdings, Inc. - Mergers & Acquisitions (M&A), Partnershi...

Summary Marketline's Hertz Global Holdings, Inc. Mergers & Acquisitions (M&A), Partnerships & Alliances and Investments report includes business description, detailed reports on mergers and acquisitions (M&A), divestments, capital raisings, venture capital investments, ownership and partnership transactions undertaken by Hertz Global Holdings, Inc. - Mergers & Acquisitions (M&A), Partnerships & Alliances since January2007. Marketline's Company Mergers & Acquisitions (M&A), Partnerships & Allia...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch