CWR Ceres Power Holdings PLC

Doosan Fuel Cell memulakan pengeluaran besar-besaran sistem kuasa sel bahan api menggunakan teknologi Ceres

Doosan Fuel Cell memulakan pengeluaran besar-besaran sistem kuasa sel bahan api menggunakan teknologi Ceres

  • Pencapaian utama bagi kerjasama antara Ceres dan Doosan
  • Produk ini akan mensasarkan pasaran AI, pusat data dan kuasa komersial yang sedang berkembang pesat

Horsham, United Kingdom, July 28, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ceres Power Holdings plc (CWR.L, “Ceres” atau “Syarikat”), sebuah pemaju terkemuka teknologi tenaga bersih dan Doosan Corporation mengumumkan bahawa Doosan Fuel Cell telah memulakan pengeluaran besar-besaran sel bahan api menggunakan teknologi oksida pepejal Ceres. Doosan Fuel Cell akan mengeluarkan susunan dan sistem kuasa sel bahan api di kilang khas di Korea Selatan, dengan keupayaan menghasilkan kapasiti penjanaan gabungan sebanyak 50MW tenaga elektrik setiap tahun.

Permulaan pengeluaran ini menandakan pencapaian penting bagi Ceres kerana Doosan merupakan rakan pelesenan strategik pertama yang memulakan pengeluaran besar-besaran menggunakan teknologinya. Sel bahan api, susunan sel dan sistem kuasa yang dihasilkan oleh Doosan Fuel Cell akan dipasarkan pada peringkat awal kepada pelanggan di Korea Selatan.

Sel bahan api yang direka bentuk oleh Ceres akan dikeluarkan di kilang canggih milik Doosan Fuel Cell yang terletak di wilayah Jeollabuk-do, Korea Selatan, di mana pembinaannya telah dimulakan pada tahun 2022. Kemudahan sel bahan api oksida pepejal berasaskan logam Ceres kini mula beroperasi, menjadikannya fasiliti pertama seumpamanya di dunia yang dibina khusus untuk sistem tenaga ini. Doosan Fuel Cell menjangkakan penjualan produk sel bahan api oksida pepejal pertamanya akan berlaku sebelum akhir tahun 2025.

Doosan Fuel Cell akan mengedarkan sistem oksida pepejal tersebut, dengan tumpuan utama pasaran kepada aplikasi kuasa teragih pegun. Peningkatan penggunaan pemprosesan AI telah menyebabkan lonjakan permintaan tenaga, terutamanya di pusat data, yang boleh dipenuhi melalui penggunaan sel bahan api. Kegunaan lain termasuk penstabilan rangkaian kuasa berasaskan tenaga boleh diperbaharui dan mikrogrid melalui penghasilan kuasa pada waktu puncak, sistem kuasa untuk bangunan serta penyelesaian kuasa tambahan bagi pasaran perkapalan marin.

Phil Caldwell, Ketua Pegawai Eksekutif Ceres, berkata: "Sel bahan api memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan tenaga global yang semakin meningkat, membangunkan daya tahan tenaga dan memastikan proses penyahkarbonan dapat tercapai. Reka bentuk oksida pepejal Ceres merupakan teknologi yang ideal untuk aplikasi-aplikasi ini kerana ia menawarkan kecekapan yang lebih tinggi, kos yang lebih rendah dan ketahanan yang lebih baik berbanding teknologi lain. Permulaan pengeluaran besar-besaran oleh Doosan Fuel Cell merupakan langkah penting dalam membawa teknologi ini ke peringkat global."

Doosoon Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Doosan Fuel Cell, berkata: "Sel bahan api, sebagai penyelesaian tenaga bersih, semakin mendapat perhatian sebagai alternatif terbaik untuk memenuhi pelbagai keperluan tenaga yang dipacu oleh AI, termasuk pusat data. Di Korea Selatan, pasaran sel bahan api terkemuka dunia, kami berhasrat untuk menerajui penggunaan SOFC (Sel Bahan Api Oksida Pepejal) termaju dengan memanfaatkan kerjasama strategik kami bersama Ceres. Dengan mengkomersialkan teknologi ini dan menggalakkan pengeluaran domestik, kami berhasrat untuk menerajui usaha mempercepatkan peralihan global ke arah masyarakat bebas karbon melalui penyelesaian tenaga mesra alam dalam pasaran kuasa komersial dan mobiliti maritim."

Untuk maklumat lanjut, layari atau hubungi:

Ceres Power Holdings plc

Patrick Yau/ Merryl Black
Telefon: +44 (0)7884 654179

Emel:
  
MHP Group (Pensihat Perhubungan Awam)

Reg Hoare/James McFarlane/Matthew Taylor
Telefon: +44 (0) 7827 662831

E-mel:
  

Perihal Ceres

Ceres merupakan peneraju dalam pembangunan teknologi tenaga bersih: sel bahan api untuk penjanaan kuasa dan peranti elektrolisis untuk penghasilan hidrogen hijau. Model perniagaan berasaskan pelesenan yang kurang bergantung kepada aset fizikal ini telah membolehkan Ceres menjalin kerjasama strategik dengan beberapa syarikat terbesar di dunia, termasuk Doosan, Delta, Denso, Shell, Weichai dan Thermax. Teknologi oksida pepejal Ceres memainkan peranan penting dalam memperluaskan elektrifikasi sistem tenaga global dan menghasilkan hidrogen hijau dengan kecekapan tinggi. Pendekatan ini membuka laluan kepada pengurangan pelepasan karbon dalam industri berintensifkan pelepasan tinggi, termasuk pembuatan keluli, penghasilan ammonia dan pembangunan bahan api masa depan. Ceres disenaraikan di Bursa Saham London ("LSE") (LSE: CWR) dan diklasifikasikan di bawah LSE Green Economy Mark, iaitu pengiktirafan kepada syarikat tersenarai yang memperoleh lebih daripada 50% aktiviti mereka daripada ekonomi hijau. Untuk maklumat lanjut, layari laman web kami di atau ikuti kami di .

Perihal Doosan Fuel Cell.

Doosan Fuel Cell merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Doosan, sebuah konglomerat yang mempunyai sejarah lebih daripada 129 tahun, menjadikannya yang paling tua di Korea Selatan. Sebagai penyedia penyelesaian sel bahan api terkemuka dengan teknologi proprietari bagi sel bahan api komersial pertama di dunia, Doosan Fuel Cell menawarkan pelbagai penyelesaian hidrogen termasuk PAFC (Sel Bahan Api Asid Fosforik) dan SOFC (Sel Bahan Api Oksida Pepejal). Mereka menyediakan penyelesaian bersepadu yang merangkumi reka bentuk, pembangunan teknologi, pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan bagi teknologi utama sel bahan api seperti susunan sel bahan api dan sistem. Doosan Fuel Cell, yang telah menubuhkan loji kuasa sel bahan api hidrogen pertama dan terbesar di dunia, kini sedang mengembangkan bidang perniagaannya melebihi kuasa pegun dengan memasuki sektor mobiliti melalui model marin. Syarikat tersebut komited untuk menangani perubahan iklim dan mencapai Sifar Bersih. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di atau ikuti mereka di LinkedIn.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di



EN
28/07/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Ceres Power Holdings PLC

 PRESS RELEASE

Doosan Fuel Cell startet Serienproduktion von Brennstoffzellen-Systeme...

Doosan Fuel Cell startet Serienproduktion von Brennstoffzellen-Systemen mit Ceres-Technologie Wichtiger Meilenstein für die Partnerschaft zwischen Ceres und DoosanDie Brennstoffzellensysteme zielen auf die boomenden Zukunftsmärkte rund um KI, Rechenzentren und gewerbliche Energieversorgung. HORSHAM, Vereinigtes Königreich, July 28, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ceres Power Holdings plc (CWR.L, „Ceres“ oder das „Unternehmen“), ein führender Entwickler sauberer Energietechnologien, und die Doosan Corporation geben gemeinsam bekannt, dass Doosan Fuel Cell mit der Serienproduktion von Brennstoffz...

 PRESS RELEASE

Doosan Fuel Cell เริ่มผลิตระบบพลังงานเซลล์เชื้อเพลิงปริมาณมากโดยใช้เทค...

Doosan Fuel Cell เริ่มผลิตระบบพลังงานเซลล์เชื้อเพลิงปริมาณมากโดยใช้เทคโนโลยีของ Ceres ก้าวสำคัญในการร่วมมือกันระหว่าง Ceres กับ Doosanผลิตภัณฑ์จะมุ่งเป้าไปที่ตลาด AI/ศูนย์ข้อมูลและพลังงานเชิงพาณิชย์ที่กำลังเติบโตอย่างรวดเร็ว ฮอร์แชม สหราชอาณาจักร, July 28, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ceres Power Holdings plc (CWR.L เรียกโดยย่อว่า “Ceres” หรือ “บริษัท”) ซึ่งเป็นผู้พัฒนาเทคโนโลยีพลังงานสะอาดชั้นนำ และ Doosan Corporation ประกาศว่า Doosan Fuel Cell ได้เริ่มผลิตชุดเซลล์เชื้อเพลิงสำหรับตลาดมวลชนโดยใช้เทคโนโลยีออกไซด์แข็งของ Ceres Doosan Fuel Cell จะผลิตชุดเซลล์เชื้อเพลิงและระบบพลังงานเซลล์เชื้อเพ...

 PRESS RELEASE

Doosan Fuel Cell 开始利用 Ceres 技术量产燃料电池发电系统

Doosan Fuel Cell 开始利用 Ceres 技术量产燃料电池发电系统 Ceres 和 Doosan 合作关系史上的重大里程碑这款产品将瞄准快速增长的人工智能/数据中心和商业电力市场 霍舍姆,英国, July 28, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 领先的清洁能源技术开发公司 Ceres Power Holdings plc(伦敦证交所代码 CWR,以下简称“Ceres”或“该公司”),与 Doosan Corporation 联合宣布,其旗下的 Doosan Fuel Cell 公司已开始利用 Ceres 的固体氧化物技术量产燃料电池堆。 Doosan Fuel Cell 将在其位于韩国的专用工厂生产电池堆和燃料电池发电系统,具备每年 50 兆瓦的合计发电产能。 此次生产的启动对 Ceres 而言是一座重大的里程碑,因为 Doosan 是其战略授权合作伙伴中首家采用 Ceres 技术进行大规模生产的公司。 Doosan Fuel Cell 生产的燃料电池、电池堆和发电系统将首先面向韩国客户销售。 Ceres 设计的燃料电池将在 Doosan Fuel Cell 位于韩国全罗北道的顶尖工厂制造,该工厂于 2022 年开工建设。 这座工厂的竣工标志着世界上首个由 Ceres 金属支撑的固体氧化物燃料电池及系统设施投入使用。 Doosan F...

 PRESS RELEASE

Doosan Fuel Cell 開始運用 Ceres 技術大規模生產燃料電池電力系統

Doosan Fuel Cell 開始運用 Ceres 技術大規模生產燃料電池電力系統 Ceres 與 Doosan 合作夥伴關係的重大里程碑產品將鎖定快速擴張的 AI / 數據中心及商業電力市場 霍舍姆,英國, July 28, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- 清潔能源技術的領先開發商 Ceres Power Holdings plc(CWR.L、「Ceres」或「該公司」)與 Doosan Corporation 宣佈,Doosan Fuel Cell 已開始使用 Ceres 的固體氧化物技術大規模生產燃料電池堆。 Doosan Fuel Cell 將在南韓專設工廠生產電池堆及燃料電池電力系統,每年發電總產能可達 50 兆瓦。 此次展開生產標誌著 Ceres 的重要里程碑,因為 Doosan 是其策略授權合作夥伴中首間使用其技術進入大規模生產的公司。 Doosan Fuel Cell 生產的燃料電池、電池堆及電力系統將首先向南韓客戶推銷。 Ceres 設計的燃料電池將在 Doosan Fuel Cell 位於南韓全羅北道的先進工廠生產。該廠於 2022 年開始動工。 其竣工標誌著全球首個 Ceres 金屬支撐固體氧化物燃料電池及系統設施投入運作。 Doosan Fuel Cell 預計其首款固態氧化物燃料電池產品將於 2025 年底前上市銷售。...

 PRESS RELEASE

Doosan Fuel Cell memulakan pengeluaran besar-besaran sistem kuasa sel ...

Doosan Fuel Cell memulakan pengeluaran besar-besaran sistem kuasa sel bahan api menggunakan teknologi Ceres Pencapaian utama bagi kerjasama antara Ceres dan DoosanProduk ini akan mensasarkan pasaran AI, pusat data dan kuasa komersial yang sedang berkembang pesat Horsham, United Kingdom, July 28, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Ceres Power Holdings plc (CWR.L, “Ceres” atau “Syarikat”), sebuah pemaju terkemuka teknologi tenaga bersih dan Doosan Corporation mengumumkan bahawa Doosan Fuel Cell telah memulakan pengeluaran besar-besaran sel bahan api menggunakan teknologi oksida pepejal Ceres. Doosan...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch