GCP GCP Applied Technologies Inc.

GCP Applied Technologies Menandatangani Urus Janji VERIFI® dengan Inovator Teknologi Konkrit Singapura Pan-United Concrete Pte. Ltd.

GCP Applied Technologies Menandatangani Urus Janji VERIFI® dengan Inovator Teknologi Konkrit Singapura Pan-United Concrete Pte. Ltd.

Meluaskan kedudukan global VERIFI® dalam sistem pengurusan konkrit dalam transit menerusi kerjasama dengan pembekal konkrit dan simen terbesar Singapura

CAMBRIDGE, Mass., March 11, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- GCP Applied Technologies Inc. (NYSE: GCP), pembekal terkemuka dunia dalam teknologi produk pembinaan, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai perjanjian dengan Pan-United Concrete Pte. Ltd., sebuah anak syarikat milik penuh Pan-United Corporation Ltd yang tersenarai di Singapura., pembekal konkrit dan simen terbesar di negara itu. Perjanjian itu melaksanakan sistem pengurusan konkrit dalam transit GCP iaitu VERIFI® untuk digunakan dalam lebih 300 armada trak pencampur konkrit milik Pan United dalam pasaran Singapura.

“Perjanjian kami dengan Pan-United merupakan langkah penting dalam meluaskan capaian global VERIFI® kami dalam sistem pengurusan konkrit dalam transit dan mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran Asia Pasifik,” kata Dr. Boudewijn Van Lent, EVP GCP bagi Specialty Construction Chemicals. "Pan-United merupakan pemimpin global dan inovator teknologi konkrit yang terbukti dan kami berbesar hati untuk bekerjasama dan terus meningkatkan kualiti, kekonsistenan dan kecekapan cara konkrit dihantar."

Sistem pengurusan konkrit dalam transit VERIFI® menyediakan penyeliaan dan kawalan proses berautomasi yang canggih semasa transit dari loji konkrit sedia bancuh ke tapak kerja menggunakan penderia yang dipasang pada trak pencampur konkrit untuk menyelia, mengukur dan mengurus sifat konkrit yang dalam transit. Sistem VERIFI® menawarkan kawalan kualiti konkrit tahap baharu dan membantu untuk meningkatkan kekonsistenan produk dari satu trak ke seterusnya untuk mengurangkan bebanan yang ditolak, meningkatkan kecekapan tapak kerja dan meminimumkan kelewatan projek yang memakan kos. Di samping itu, teknologi itu menawarkan beberapa manfaat alam sekitar termasuk potensi untuk penggunaan simen yang kurang dan sisa yang berkurangan dan juga kecekapan bahan api yang meningkat.

"Sistem VERIFI® merupakan inovasi baharu dalam industri pembinaan. Sistem ini menetapkan standard yang lebih tinggi untuk kualiti, pengurusan kebolehkerjaan dan kekonsistenan untuk kualiti konkrit. Ini juga meningkatkan produktiviti operasi kami dan menunjukkan komitmen kami kepada kemampanan,” kata En. Ken Loh, Ketua Pegawai Operasi Pan-United Corporation Ltd. "Pan-United teruja untuk meluaskan penggunaan sistem VERIFI® dalam armada kami. Ini merupakan langkah penting untuk menerajui cara untuk memacu inovasi lebih mendalam ke dalam industri konkrit, sementara meningkatkan kecekapan dan menyediakan penyelesaian mampan kepada pelanggan kami,” tambah En. Loh.

Perihal GCP Applied Technologies

GCP merupakan pembekal terkemuka dunia untuk teknologi produk pembinaan termasuklah bahan campur tambah dan bahan tambahan untuk konkrit dan simen, sistem pengurusan konkrit dalam transit VERIFI® , produk pengalisan air berprestasi tinggi dan produk pembinaan istimewa. Produk GCP telah digunakan untuk membina beberapa struktur terkenal di dunia. Maklumat lanjut boleh didapati di .

Hubungan Pelabur

Joseph DeCristofaro

T +1 617.498.2616

Pengumuman ini mengandungi “pernyataan prospektif,” dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934 dan Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan prospektif boleh dikenal pasti dengan konteks pernyataan tersebut dan secara umumnya timbul apabila GCP atau pengurusannya membincangkan kepercayaan, anggaran atau jangkaannya. Pernyataan seperti itu secara umumnya mengandungi perkataan “percaya,” “merancang,” “bercadang,” “menyasarkan,” “akan,” “menjangkakan,” “menganggarkan,” “mencadangkan,” “mengagak,” “pandangan,” “meneruskan,” atau ungkapan yang serupa. Pernyataan ini bukan fakta sejarah atau jaminan prestasi masa depan tetapi hanyalah mewakili kepercayaan GCP dan pengurusannya pada masa pernyataan itu dibuat berkenaan perkara masa depan yang tertakluk pada risiko, ketidaktentuan dan faktor lain tertentu, yang kebanyakannya di luar kawalan GCP. Hasil dan keputusan sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau diramalkan dalam pernyataan prospektif berikut. Pernyataan prospektif termasuklah, tanpa had, pernyataan tentang kedudukan kewangan yang dijangka; hasil operasi; aliran tunai; rancangan pembiayaan; strategi perniagaan; rancangan operasi; alternatif strategik; modal dan perbelanjaan lain; kedudukan daya saing; peluang pertumbuhan untuk produk sedia ada; manfaat daripada teknologi baharu dan inisiatif pengurangan kos, rancangan dan objektif; dan pasaran untuk sekuriti. Seperti perniagaan lain, kami tertakluk pada risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding unjuran kami atau yang boleh menyebabkan pernyataan prospektif lain terbukti adalah salah. Faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material berbanding yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif atau yang boleh menyebabkan pernyataan prospektif terbukti salah, termasuklah, tanpa had, risiko berkaitan: sifat kitaran dan bermusim industri yang GCP berikan khidmat; operasi luar, terutamanya di rantau yang memuncul; perubahan dalam kadar pertukaran mata wang; kos dan ketersediaan bahan mentah dan tenaga; keberkesanan penyelidikan dan pembangunan GCP, pengenalan produk baharu dan pelaburan pertumbuhan; pemerolehan dan divestitur aset dan keuntungan dan kerugian daripada disposisi; pembangunan yang menjejaskan kecairan dan keberhutangan tertunggak GCP, termasuk perjanjian hutang dan pendedahan kadar faedah; pembangunan menjejaskan kewajipan pencen GCP yang dibiaya dan tidak dibiaya, jaminan dan tuntutan liabiliti produk; prosiding perundangan; ketidakmampuan untuk mewujudkan atau mengekalkan hubungan perniagaan tertentu dan hubungan dengan pelanggan dan pembekal atau ketidakmampuan untuk mengekalkan pegawai penting; pengurusan bahan berbahaya dan kos pematuhan kepada peraturan alam sekitar; kejadian cuaca melampau dan bencana alam. Faktor di atas dan faktor lain dikenal pasti dan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam Laporan Tahunan GCP pada Borang 10-K, yang telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran A.S. dan boleh didapati dalam talian pada dan laporan suku tahunan yang terkemudian. Pembaca diperingat untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar pada unjuran dan pernyataan prospektif GCP yang lain, yang hanya merupakan gambaran mulai tarikh ini. GCP tidak mempunyai kewajipan untuk menyiarkan kepada awam sebarang semakan semula terhadap unjuran dan pernyataan prospektif lain yang terkandung dalam pengumuman ini atau untuk memaklumkan mereka melihat semula acara atau keadaan yang berlaku selepas tarikh pengumuman ini.

EN
10/03/2020

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on GCP Applied Technologies Inc.

 PRESS RELEASE

GCP Applied Technologies Reports Second Quarter 2022 Financial and Ope...

GCP Applied Technologies Reports Second Quarter 2022 Financial and Operating Results ALPHARETTA, Ga., Aug. 05, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- GCP Applied Technologies Inc. (NYSE: GCP) (GCP or the Company), a leading global provider of construction products, today announced preliminary financial and operating results for the second quarter 2022. Second Quarter 2022 Highlights Net sales of $268.4 million, an increase of 5.9%Selling, general and administrative expenses of $64.7 million, an increase of 0.8%Income from continuing operations attributable to GCP shareholders of $7.2 millionAdjusted...

 PRESS RELEASE

GCP Applied Technologies Reports Preliminary First Quarter 2022 Financ...

GCP Applied Technologies Reports Preliminary First Quarter 2022 Financial and Operating Results ALPHARETTA, Ga., May 09, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- GCP Applied Technologies Inc. (NYSE: GCP) (GCP or the Company), a leading global provider of construction products, today announced preliminary financial and operating results for the first quarter 2022. First Quarter 2022 Highlights Net sales of $237.3 million, an increase of 6.5%Selling, general and administrative expenses of $62.5 million, a decrease of 6.2%Loss from continuing operations attributable to GCP shareholders of $3.7 millionAdju...

 PRESS RELEASE

GCP Products Address 60% of Concrete & Cement Actions for Net Zero Fut...

GCP Products Address 60% of Concrete & Cement Actions for Net Zero Future GCP’s Sustainable Solutions Proven to Reduce CO2 Emissions by 23M Tons ALPHARETTA, Ga., March 10, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- (NYSE:GCP), a leading global provider of construction products, reveals product solutions that address outlined by the Global Cement and Concrete Association (GCCA) to commit to producing carbon neutral concrete by 2050. With cement accounting for , it is paramount to source solutions to improve sustainability. GCP recognizes that options must also be cost efficient, and offers products ...

 PRESS RELEASE

GCP Applied Technologies Reports Fourth Quarter and Full Year 2021 Res...

GCP Applied Technologies Reports Fourth Quarter and Full Year 2021 Results ALPHARETTA, Ga., March 01, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- GCP Applied Technologies Inc. (NYSE: GCP) (GCP or the Company), a leading global provider of construction products, today announced financial and operating results for the fourth quarter and full year 2021. Fourth Quarter 2021 Highlights Net sales $244.3 million, an increase of 0.7%Selling, general and administrative expenses of $64.6 million, a decrease of 1.7%Income from continuing operations attributable to GCP shareholders of $1.8 millionAdjusted EBIT* of $1...

 PRESS RELEASE

GCP Names Kate Anderson Vice President, Commercial for North America

GCP Names Kate Anderson Vice President, Commercial for North America ALPHARETTA, Ga., Feb. 09, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- GCP Applied Technologies Inc. (NYSE: GCP), a leading global provider of construction products, today announces that Kate Anderson has joined the Specialty Construction Chemicals division as Vice President, Commercial for North America. “We are excited to have Kate join our leadership team. Her experience and expertise are crucial to our strategy of driving growth through improved customer satisfaction and innovation,” said David H. Campos, GCP’s President of Specialty ...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch