SNCR Synchronoss Technologies Inc.

AT&T akan Melaksanakan Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss

AT&T akan Melaksanakan Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss

Penyelesaian menyeluruh akan membolehkan pelanggan AT&T untuk menyandarkan kandungan peribadi yang bernilai secara selamat daripada sebarang telefon pintar Android menerusi perkhidmatan awan nilai tambah

BRIDGEWATER, N.J., March 10, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) --  (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang menguasakan Awan Peribadi AT&T, sebuah perkhidmatan baharu untuk pelanggan wayarles AT&T Mobility. Penyelesaian Synchronoss ini akan disepadukan dalam rangkaian perkhidmatan AT&T yang terpilih, menggunakan awan untuk meningkatkan pengalaman keseluruhan pelanggan. Penyelesaian ini juga akan membolehkan AT&T untuk menyediakan perkhidmatan nilai tambah baharu kepada pelanggan wayarles mereka.

AT&T akan menawarkan penyelesaian  versi mereka sebagai perkhidmatan nilai tambah kendiri yang akan bersepadu dengan perkhidmatan berasaskan awan AT&T berikut: 

  • Pemindahan Mudah Alih AT&T – Penyepaduan Synchronoss akan memberi pengguna aplikasi Pemindahan Mudah Alih AT&T, sebuah perkhidmatan yang membolehkan pemindahan kandungan yang mudah daripada satu peranti kepada peranti yang lain, pilihan untuk mendaftar dalam perkhidmatan Awan Peribadi AT&T. Ini akan meluaskan keupayaan AT&T untuk menyokong dan melindungi kandungan pelanggan dengan memastikan bahawa kandungan dipindahkan dan disandarkan dengan selamat.

     
  • Penyediaan & Pemindahan AT&T (Pengalaman Terus dari Kotak) – Kefungsian yang disediakan oleh Synchronoss, yang sebelum ini  pada pertengahan 2019, memberi pelanggan yang menggunakan pengalaman permulaan AT&T, keupayaan untuk memilih sendiri produk dan perkhidmatan nilai tambah secara mudah semasa proses penyediaan peranti.

Glenn Lurie, Presiden dan CEO di Synchronoss, berkata, “Operator hari ini mestilah menyediakan kepada pelanggan mereka produk dan perkhidmatan yang dipertingkat yang akan terus meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka. Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss mencapai ini dengan mengautomatikkan penyandaran peranti dan meringkaskan cara pelanggan mengurus dan berinteraksi dengan kandungan mereka.  Ini membolehkan AT&T keupayaan untuk membawa perkhidmatan baharu kepada pelanggan.”

“Keupayaan untuk menawarkan kebolehan awan peribadi yang selamat sudah menjadi semakin penting kepada operator global,” kata Lurie. “Dengan melaksanakan penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, AT&T kini sedang meningkatkan pengalaman pelanggan dengan ketara. Membenamkan awan ke dalam pengalaman penyediaan peranti terus dari kotak, meningkatkan perkhidmatan pemindahan kandungan dan menyediakan akses mudah kepada sandaran data berasaskan awan yang sangat diperlukan menjadikan AT&T peneraju dalam memenuhi keperluan pelanggan, meningkatkan penglibatan pengguna dan memacu pendapatan baharu.”

“Awan Peribadi AT&T adalah penting untuk menyediakan kepada pelanggan kami cara untuk menyimpan, memindah dan akses kandungan peribadi mereka menerusi peranti mudah alih,” kata Kevin Petersen, SVP Pemasaran Produk Wayarles. “Penyelesaian Synchronoss memberi kita keupayaan untuk menyepadukan manfaat ini ke dalam perkhidmatan kita sendiri – satu manfaat besar untuk kedua-dua pelanggan, yang lebih gemar mengurus perkhidmatan mereka secara digital dan untuk AT&T dengan manfaat daripada kepuasan pelanggan yang meningkat.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss, lawati halaman penyelesaian awan laman web Synchronoss pada 

Perihal Synchronoss Technologies, Inc.

Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk dan platform awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan TMT mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di .

Maklumat Hubungan

Pelabur

Joseph Crivelli

Synchronoss

908-566-3131

 

Media

Anais Merlin

CCgroup (Antarabangsa)

T: 0

E:  

Diane Rose

CCgroup (Amerika Utara)

T: +1 727.238.7567

E:  

 

EN
10/03/2020

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Synchronoss Technologies Inc.

 PRESS RELEASE

Lumine Group Completes Acquisition of Synchronoss Technologies

Lumine Group Completes Acquisition of Synchronoss Technologies BRIDGEWATER, N.J., Feb. 13, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (Nasdaq: SNCR) (“Synchronoss” or the “Company”), a global leader and innovator in Personal Cloud platforms, today announced the completion of its acquisition by Lumine Group Inc. (“Lumine Group”), a global buy-and-hold forever acquirer of communications and media software businesses, through one of its wholly-owned subsidiaries in an all-cash transaction that values the Company at an implied equity value of approximately $116.4 million and an e...

 PRESS RELEASE

Synchronoss präsentiert auf der CES2026 seine erweiterte Personal‑Clou...

Synchronoss präsentiert auf der CES2026 seine erweiterte Personal‑Cloud‑Plattform und die Dynamik von Capsyl, verbunden mit einem Ausblick auf neues Angebot Weiterentwicklung der Personal-Cloud-Funktionen für Betreiber und Verbraucher BRIDGEWATER, New Jersey, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. („Synchronoss“) (NASDAQ: SNCR), ein weltweit führender Anbieter und Innovator im Bereich persönlicher Cloud-Lösungen, gab heute auf der CES 2026 in Las Vegas die Erweiterung der Funktionen seiner White-Label-Plattform Synchronoss Personal Cloud bekannt. Das Unternehme...

 PRESS RELEASE

Synchronoss présente sa plateforme de cloud personnel étendue, la dyna...

Synchronoss présente sa plateforme de cloud personnel étendue, la dynamique de Capsyl, et dévoile en avant-première sa nouvelle offre au CES 2026 Optimisation des capacités du cloud personnel pour les opérateurs et les consommateurs BRIDGEWATER, New Jersey, 07 janv. 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (« Synchronoss » ou la « Société ») (NASDAQ : SNCR), innovateur et leader mondial dans le domaine des solutions de cloud personnel, a annoncé aujourd’hui, lors du CES 2026 à Las Vegas, le développement des fonctionnalités de sa plateforme en marque blanche Synchronoss P...

 PRESS RELEASE

Synchronoss מציגה את פלטפורמת הענן האישי המורחבת שלה, Capsyl Momentum,...

Synchronoss מציגה את פלטפורמת הענן האישי המורחבת שלה, Capsyl Momentum, ומציגה תצוגה מקדימה של היצע חדש ב-CES 2026 קידום יכולות ענן אישי עבור מפעילים וצרכנים ברידג'ווטר, ניו ג'רזי, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) --  Synchronoss Technologies, Inc. (Synchronoss"") (נאסד"ק: SNCR), מובילה ומחדשת גלובלית בפלטפורמות ענן אישיות, הכריזה היום על יכולות מורחבות בפלטפורמת הענן האישי שלה, Synchronoss Personal Cloud, בתערוכת CES 2026 בלאס וגאס. החברה מדגישה גם את המומנטום המתמשך של Capsyl, פתרון הענן האישי המוכן שלה, ומציגה תצוגה מקדימה לחוויה דיגיטלית חדשה מבוססת אירועים המתמקדת ברגעים משותפים ובמ...

 PRESS RELEASE

Synchronoss presenta la plataforma Personal Cloud ampliada, el impulso...

Synchronoss presenta la plataforma Personal Cloud ampliada, el impulso de Capsyl y adelanta una nueva oferta en CES 2026 Impulsando las capacidades de la nube personal para operadores y consumidores BRIDGEWATER, Nueva Jersey, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss”) (NASDAQ: SNCR), líder global e innovador en soluciones de nube personal, anunció hoy capacidades ampliadas en toda su plataforma Synchronoss Personal Cloud de marca blanca en CES 2026 en Las Vegas La empresa también está destacando el impulso continuo de Capsyl, su solución integral de...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch