SNCR Synchronoss Technologies Inc.

Synchronoss Menyepadukan Penyelesaian Awan Peribadinya ke dalam Platform Pocket Geek Assurant

Synchronoss Menyepadukan Penyelesaian Awan Peribadinya ke dalam Platform Pocket Geek Assurant

Penyelesaian perlindungan peranti dan kandungan menyampaikan ciri berdasarkan awan yang ditingkatkan kepada pelanggannya sementara memacu peluang pendapatan global baharu untuk pengendali mudah alih

BRIDGEWATER, N.J., Feb. 14, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) --  (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk awan, pemesejan, digital dan IoT, hari ini mengumumkan bahawa Penyelesaian Awan Peribadi Synchronoss telah bersepadu sepenuhnya dengan Pocket Geek oleh Assurant untuk menyediakan penyelesaian perlindungan peranti dan kandungan ditingkatkan kepada pembawa Amerika Utara utama.

Assurant, Inc., peneraju pasaran dalam penyelesaian perlindungan mudah alih dan pengurusan risiko, memilih Platform Awan Peribadi Synchronoss untuk menambahkan nilai tambahan kepada penawaran perlindungan peranti mudah alih, meningkatkan pengalaman pelanggan dan mencipta peluang pendapatan baharu untuk kliennya.

“Dengan memberkaskan penyelesaian awan peribadi Synchronoss ke dalam platform Pocket Geek kami, kami akan dapat menawarkan pelanggan cara yang bermakna untuk terlibat dengan kandungan mereka sementara melindungi data peribadi berharga mereka merentasi pelbagai jenis peranti dan sistem pengendalian,” kata Manny Becerra, President of Global Connected Living, Assurant. “Kami teruja untuk menyediakan kepada klien kami dan pelanggan mereka penyelesaian perlindungan mudah alih dan awan peribadi yang paling menyeluruh dan beraneka ciri pada masa perlindungan dan pengurusan kandungan digital pengguna amat penting.”

Penyepaduan yang kini telah dilengkapkan bermakna klien Assurant akan dapat menyandarkan semua data peribadi daripada peranti mereka dengan mudah melalui aplikasi perlindungan peranti Pocket Geek Assurant. Pelanggan akan dapat melindungi dan memulihkan kandungan mereka sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan peranti serta mengakses ciri baharu dan bernilai seperti keupayaan sorotan, imbasan kembali, tag dan carian, pengeditan foto dan pencetakan foto yang diberkaskan dalam program perlindungan mereka dan diakses melalui aplikasi peneman Pocket Geek Cloud.

“Kami mendapati nilai yang besar dalam bekerja dengan Assurant untuk menyediakan pengendali global dengan pilihan baharu untuk pelan dan berkas perlindungan peranti dan kandungan yang diringkaskan, dan menantikan untuk melengkapkan pengerahan terancang tambahan, termasuklah satu kemudian pada 2020 dengan pengendali mudah alih UK utama,” kata Glenn Lurie, Presiden dan CEO, Synchronoss. “Matlamat kami adalah untuk mendayakan pengendali di seluruh dunia dengan kapasiti untuk melindungi keseluruhan hubungan pelanggan, merangkumi kedua-dua peranti dan kandungan, sementara juga menjada aliran pendapatan tambahan yang baharu, memberikan pengguna ketenangan minda dan menyediakan keupayaan untuk mengakses dan terlibat dengan kandungan mereka dalam awan secara mudah.”

Untuk maklumat lanjut, lawati Synchronoss di .

Tentang Synchronoss

Synchronoss (NASDAQ: SNCR) mentransformasikan cara syarikat mencipta pendapatan baharu, mengurangkan kos dan menggembirakan pelanggan mereka dengan produk awan, pemesejan, digital dan IoT yang menyokong jutaan pelanggan di seluruh dunia. Teknologi baharu yang selamat, boleh diskala dan berinovatif, perkongsian dipercayai dan warga yang berbakat Synchronoss mengubah cara pelanggan Teknologi-Media-Telekomunikasi mengembangkan perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, lawati kami di 

Orang Hubungan Media:

Amerika Utara

Diane Rose, CCgroup

T:

E: 

Antarbangsa

Anais Merlin, CCgroup

T: +44 (0)203 824 9219

E:  

EN
13/02/2020

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Synchronoss Technologies Inc.

 PRESS RELEASE

Lumine Group Completes Acquisition of Synchronoss Technologies

Lumine Group Completes Acquisition of Synchronoss Technologies BRIDGEWATER, N.J., Feb. 13, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (Nasdaq: SNCR) (“Synchronoss” or the “Company”), a global leader and innovator in Personal Cloud platforms, today announced the completion of its acquisition by Lumine Group Inc. (“Lumine Group”), a global buy-and-hold forever acquirer of communications and media software businesses, through one of its wholly-owned subsidiaries in an all-cash transaction that values the Company at an implied equity value of approximately $116.4 million and an e...

 PRESS RELEASE

Synchronoss präsentiert auf der CES2026 seine erweiterte Personal‑Clou...

Synchronoss präsentiert auf der CES2026 seine erweiterte Personal‑Cloud‑Plattform und die Dynamik von Capsyl, verbunden mit einem Ausblick auf neues Angebot Weiterentwicklung der Personal-Cloud-Funktionen für Betreiber und Verbraucher BRIDGEWATER, New Jersey, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. („Synchronoss“) (NASDAQ: SNCR), ein weltweit führender Anbieter und Innovator im Bereich persönlicher Cloud-Lösungen, gab heute auf der CES 2026 in Las Vegas die Erweiterung der Funktionen seiner White-Label-Plattform Synchronoss Personal Cloud bekannt. Das Unternehme...

 PRESS RELEASE

Synchronoss présente sa plateforme de cloud personnel étendue, la dyna...

Synchronoss présente sa plateforme de cloud personnel étendue, la dynamique de Capsyl, et dévoile en avant-première sa nouvelle offre au CES 2026 Optimisation des capacités du cloud personnel pour les opérateurs et les consommateurs BRIDGEWATER, New Jersey, 07 janv. 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (« Synchronoss » ou la « Société ») (NASDAQ : SNCR), innovateur et leader mondial dans le domaine des solutions de cloud personnel, a annoncé aujourd’hui, lors du CES 2026 à Las Vegas, le développement des fonctionnalités de sa plateforme en marque blanche Synchronoss P...

 PRESS RELEASE

Synchronoss מציגה את פלטפורמת הענן האישי המורחבת שלה, Capsyl Momentum,...

Synchronoss מציגה את פלטפורמת הענן האישי המורחבת שלה, Capsyl Momentum, ומציגה תצוגה מקדימה של היצע חדש ב-CES 2026 קידום יכולות ענן אישי עבור מפעילים וצרכנים ברידג'ווטר, ניו ג'רזי, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) --  Synchronoss Technologies, Inc. (Synchronoss"") (נאסד"ק: SNCR), מובילה ומחדשת גלובלית בפלטפורמות ענן אישיות, הכריזה היום על יכולות מורחבות בפלטפורמת הענן האישי שלה, Synchronoss Personal Cloud, בתערוכת CES 2026 בלאס וגאס. החברה מדגישה גם את המומנטום המתמשך של Capsyl, פתרון הענן האישי המוכן שלה, ומציגה תצוגה מקדימה לחוויה דיגיטלית חדשה מבוססת אירועים המתמקדת ברגעים משותפים ובמ...

 PRESS RELEASE

Synchronoss presenta la plataforma Personal Cloud ampliada, el impulso...

Synchronoss presenta la plataforma Personal Cloud ampliada, el impulso de Capsyl y adelanta una nueva oferta en CES 2026 Impulsando las capacidades de la nube personal para operadores y consumidores BRIDGEWATER, Nueva Jersey, Jan. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (“Synchronoss”) (NASDAQ: SNCR), líder global e innovador en soluciones de nube personal, anunció hoy capacidades ampliadas en toda su plataforma Synchronoss Personal Cloud de marca blanca en CES 2026 en Las Vegas La empresa también está destacando el impulso continuo de Capsyl, su solución integral de...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch