T. TELUS Corporation

TELUS Corporation mengumumkan perjanjian untuk memperoleh Competence Call Center menerusi TELUS International

TELUS Corporation mengumumkan perjanjian untuk memperoleh Competence Call Center menerusi TELUS International

Penggabungan ini menambahkan skala yang signifikan kepada TELUS International, dan mengembangkan nilai perusahaannya kepada kira-kira C$5 bilion

Potensi pertumbuhan lanjut meletakkan TELUS International dalam kedudukan untuk membuat penawaran awam awal pada masa hadapan yang disasarkan dalam 12-24 bulan akan datang

VANCOUVER, British Columbia, Dec. 06, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, TELUS Corporation (T-TSX; NYSE-TU), menerusi TELUS International, penginovasi pengalaman pelanggan yang mereka bentuk, membina dan menyampaikan penyelesaian digital generasi seterusnya untuk jenama global, mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk memperoleh Competence Call Center (CCC), sebuah pembekal perkhidmatan perniagaan milik persendirian dengan nilai tambahan lebih tinggi dengan tumpuan terhadap pengurusan hubungan pelanggan dan penyederhanaan kandungan, untuk lebih kurang €915 juta (lebih kurang C$1.3 bilion) yang merangkumi hutang dan ekuiti, tertakluk pada pelarasan akhir biasa.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan pekerja dan pelanggan Competence Call Center menyertai keluarga TELUS kami,” kata Darren Entwistle, Presiden dan CEO TELUS. “Pengumuman hari ini menambahkan skala dan kepelbagaian yang signifikan kepada TELUS International – pemacu pertumbuhan yang penting dan terbeza untuk TELUS – dan meningkatkan anggaran nilai perusahaan organisasi kepada kira-kira C$5 bilion. Keupayaan dikembangkan bagi gabungan syarikat itu akan meningkatkan lagi pengalaman pelanggan yang dikagumi di peringkat global dan penyelesaian digital inovatif yang sinonim dengan jenama TELUS International. Lebih penting lagi, penggabungan ini akan memberikan impak positif kepada kekukuhan kewangan dan operasi TELUS, menyokong kemajuan rangkaian jalur lebar bertaraf dunia kami di Kanada dan juga kepimpinan global kami dalam kecemerlangan perkhidmatan pelanggan. Tambahan pula, pemerolehan Competence Call Center memperkukuh kemajuan berterusan TELUS International dalam strategi pertumbuhan yang berjaya dengan meletakkan kedudukan mereka untuk potensi penawaran awam awal pada masa hadapan dalam 12-24 bulan seterusnya, meletakkan organisasi itu untuk pertumbuhan yang berterusan pada tahun mendatang.”



“Pengumuman hari ini ialah satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pertumbuhan strategik syarikat kami, meneruskan lagi momentum signifikan dalam pasaran dan menyokong kebolehan untuk menyampaikan pengalaman pelanggan terbeza dan mendayakan peluang pasaran go-to baharu dengan lebih lanjut untuk jenama dihargai yang bekerjasama dengan kita di seluruh dunia,” kata Jeff Puritt, Presiden dan CEO TELUS International. “Pascapenggabungan, saiz, skop, dan capaian TELUS International akan berkembang untuk merangkumi hampir 50,000 ahli pasukan paling terinspirasi, membekalkan pengalaman pelanggan, transformasi digital, penyederhanaan kandungan, kitaran hidup IT, penasihat dan perundingan digital, pengurusan risiko, dan sokongan belakang tabir dalam lebih 50 bahasa dari lebih 50 pusat penghantaran di 20 negara serata Amerika Utara dan Amerika Tengah, Eropah dan Asia.” 

Diasaskan pada 1998 di Austria, ibu pejabat CCC hari ini terletak di Berlin, Jerman dan membekalkan perkhidmatannya yang telah memenangi anugerah merentasi 11 negara Eropah1, dengan lebih 8,500 pekerja. CCC bekerjasama dengan jenama global yang terkemuka dalam industri terutamanya dari sektor teknologi, media dan telekomunikasi, runcit, dan pelancongan dan hospitaliti yang berkembang pesat - vertikal pertumbuhan utama untuk TELUS International. Pemerolehan CCC akan membawa pempelbagaian yang besar dalam operasi dan pangkalan pelanggan TELUS International di Eropah. Keupayaan CCC akan meningkatkan kebolehan TELUS International untuk menyampaikan kecemerlangan perkhidmatan pelanggannya yang terkenal kepada pelanggan, termasuklah TELUS dan rangkaian jalur lebar wayarles dan talian dawai terkemuka di Kanada.

Pemerolehan ini dijangka untuk menambahkan skala yang signifikan kepada TELUS International, iaitu pemacu pertumbuhan yang penting dan terbeza untuk TELUS, dan akan menyokong keputusan operasi dan kewangan TELUS yang disatukan termasuklah hasil, EBITDA dan pertumbuhan aliran tunai bebas. Pada tahun fiskal 2019, CCC dijangka untuk melaporkan hasil sebanyak kira-kira C$450 juta. Pada dasar proforma, hasil ditahunkan tergabung 2019 TELUS International akan melebihi C$1.75 bilion dan EBITDA akan meningkat kepada kira-kira C$400 juta. Pemerolehan CCC akan serta-merta menjadi hasil dan akretif EBITDA kepada TELUS dan TELUS International, dan juga akretif margin EBITDA kepada TELUS International. Tambahan lagi, dengan intensiti modal rendah dalam perniagaan gabungan, transaksi ini juga dijangka untuk menyokong pembesaran aliran tunai bebas segera.

“Ini merupakan hari yang mengujakan untuk seluruh pasukan Competence Call Center sementara kita menanti-nantikan untuk menyertai budaya prihatin kedua-dua syarikat kami yang berfokus pada perkembangan ahli pasukan dan penglibatan dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan pelanggan,” kata Christian Legat, CEO, CCC. “Kami berkongsi komitmen tinggi pasukan TELUS International dalam mengutamakan pelanggan dan tidak sabar untuk bergabung sebagai satu organisasi untuk meningkatkan kuasa, capaian dan prestasi dalam gabungan kebolehan kami untuk faedah pelanggan dan pasukan kami.”

Pemerolehan CCC akan dibiayai oleh kemudahan kredit bukan berbantuan TELUS International dan ekuiti tambahan daripada TELUS Corporation dan Baring Private Equity Asia (BPEA). Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, pengurusan kanan CCC akan melabur semula sebahagian besar pemilikan ekuiti mereka dalam CCC kepada TELUS International. Sumbangan modal ekuiti TELUS Corporation dan BPEA masing-masing dijangka mencecah lebih kurang C$165 juta dan lebih kurang C$90 juta. Susulan selesainya pemerolehan itu, TELUS Corporation akan mengekalkan lebih kurang 62 peratus kepentingan dalam TELUS International. Pemerolehan ini tertakluk pada syarat akhir biasa dan kelulusan berperaturan. Penyelesaian itu dijangka berlaku pada awal suku pertama 2020.

Perihal TELUS

TELUS (TSX: T, NYSE: TU) merupakan sebuah syarikat komunikasi dan teknologi maklumat terkemuka dunia dengan hasil tahunan sebanyak C$14.6 bilion dan 14.5 juta sambungan pelanggan daripada wayarles, data, IP, suara, televisyen, hiburan, video dan sekuriti. Kami memanfaatkan teknologi terkemuka dunia kami untuk mendayakan hasil manusia yang mengagumkan. Komitmen tinggi kami dalam mengutamakan pelanggan mendorong setiap aspek perniagaan kami, menjadikan kami ketua yang jelas dalam kecemerlangan dan kesetiaan perkhidmatan pelanggan. TELUS Health ialah pembekal penjagaan kesihatan IT terbesar Kanada, dan TELUS International menyampaikan penyelesaian proses perniagaan paling inovatif kepada beberapa jenama paling terkemuka dunia.

Didorong oleh minat kami dalam tujuan sosial untuk menyambungkan semua rakyat Kanada untuk jangka masa panjang, falsafah kami yang sangat mendalam, bermakna dan bertahan untuk bersikap murah hati di tempat kami berada dan kami telah mengilhamkan ahli pasukan dan pesara kami untuk menyumbangkan lebih C$700 juta dan 1.3 juta hari perkhidmatan sejak tahun 2000. Kemurahan hati yang tidak pernah berlaku dan kesukarelawan tiada tandingan ini telah menjadikan TELUS sebuah syarikat yang paling murah hati di dunia. Untuk maklumat lanjut tentang TELUS, sila lawati .

Pernyataan prospektif:

Siaran berita ini mengandungi kandungan tentang jangkaan acara masa hadapan, termasuklah pernyataan berkaitan rancangan pemerolehan Competence Call Center (CCC) oleh TELUS International, jangkaan masa transaksi itu, jangkaan faedah transaksi dan rancangan untuk penyepaduan (termasuklah pernyataan berkenaan jangkaan hasil CCC dan hasil tergabung TELUS International untuk tahun 2019 dan EBITDA), potensi rancangan dan masa untuk penawaran awam awal (IPO) oleh TELUS International dan juga jangkaan nilai perusahaan TELUS International susulan pemerolehan itu. Berdasarkan sifatnya, pernyataan prospektif memerlukan TELUS untuk membuat anggapan dan ramalan dan tertakluk pada risiko dan ketidaktentuan inheren. Tiada jaminan bahawa pemerolehan itu akan selesai mengikut jangkaan atau mengikut terma dan syarat yang dijelaskan dalam siaran berita ini, bahawa kelulusan kawal selia yang diperlukan akan diperoleh, bahawa jangkaan keputusan kewangan atau jangkaan faedah transaksi itu (termasuklah jangkaan peningkatan kepada nilai perusahaan TELUS International) akan berlaku, atau bahawa IPO oleh TELUS International akan selesai dalam jangka masa yang disasarkan atau pada sebarang tahap sekali pun. Terdapat risiko signifikan bahawa pernyataan prospektif akan dibuktikan sebagai tidak tepat. Kenyataan prospektif dalam siaran berita ini menjelaskan jangkaan setakat tarikh siaran berita ini dan, sewajarnya, tertakluk pada perubahan selepas tarikh tersebut. Pembaca diperingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan tidak wajar pada pernyataan prospektif kerana berbilang faktor boleh menyebabkan acara masa depan sebenar yang berbeza dengan banyak berbanding yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif itu. Sewajarnya, siaran berita ini tertakluk pada penafian dan diluluskan berdasarkan anggapan, kelayakan dan faktor risiko yang dirujuk dalam perbincangan dan analisis Pengurusan suku ketiga TELUS 2019 dan laporan tahunan 2018, dan dalam dokumen dan pemfailan pendedahan umum TELUS dengan suruhanjaya sekuriti di Kanada (pada SEDAR di sedar.com) dan di Amerika Syarikat (pada EDGAR di sec.gov). Melainkan diperlukan oleh undang-undang, TELUS menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula pernyataan prospektif.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Hubungan Media TELUS

François Gaboury

(438) 862-5136

 

Hubungan Pelabur TELUS

Robert Mitchell

(647) 837-1606

________________________

1 Austria, Bosnia & Herzegovina, Perancis, Jerman, Latvia, Poland, Romania (TELUS International memiliki tapak sedia ada), Slovakia, Sepanyol, Switzerland, Turki

EN
06/12/2019

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on TELUS Corporation

Telus Corp: 4 directors

Four Directors at Telus Corp bought 202,045 shares at between 17.370CAD and 17.460CAD. The significance rating of the trade was 74/100. Is that information sufficient for you to make an investment decision? This report gives details of those trades and adds context and analysis to them such that you can judge whether these trading decisions are ones worth following. Included in the report is a detailed share price chart which plots discretionary trades by all the company's directors over the l...

 PRESS RELEASE

La population canadienne souhaite majoritairement que l’IA fasse l’obj...

La population canadienne souhaite majoritairement que l’IA fasse l’objet d’une réglementation et de principes éthiques, selon un rapport de TELUS Le premier rapport de TELUS sur l’IA sonde l’attitude des Canadiens et Canadiennes à l’égard des répercussions potentielles et de l’évolution de l’IA; la population veut que différentes voix se fassent entendre à ce sujet TORONTO, 25 janv. 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- En cette Semaine de la protection des données, TELUS est fière de souligner aujourd’hui son leadership dans la promotion du dialogue et de la collaboration autour du développement et...

 PRESS RELEASE

TELUS report reveals majority of Canadians want regulation and ethics ...

TELUS report reveals majority of Canadians want regulation and ethics to guide the future of AI Inaugural TELUS AI report surveys Canadian attitudes towards the potential impact and evolution of artificial intelligence, Canadians want diverse voices to shape AI TORONTO, Jan. 25, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Today, as the world marks Data Privacy Week, TELUS is proud to highlight its leadership in driving dialogue and collaboration around the responsible development and application of artificial intelligence (AI) by sharing the inaugural TELUS AI report: The power of perspectives in Canada. ...

 PRESS RELEASE

Stream+ from TELUS is bringing Canadians the ultimate streaming bundle...

Stream+ from TELUS is bringing Canadians the ultimate streaming bundle with Netflix, Disney+ and Prime Video for an unbeatable price With plans starting at just $20/month, TELUS customers can enjoy blockbuster content titles from Canada’s three most popular streaming services TORONTO, Jan. 18, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Today, TELUS introduced a new bundle, bringing together three of Canada’s most popular streaming services, Netflix, Disney+ and Prime Video, in one package. Stream+ is available exclusively to TELUS customers nationwide, offering customers access to thousands of content t...

 PRESS RELEASE

EnContinu+ de TELUS propose aux Canadiens l’offre groupée par excellen...

EnContinu+ de TELUS propose aux Canadiens l’offre groupée par excellence de services de diffusion en continu qui réunit Netflix, Disney+ et Prime Video à un prix imbattable Grâce à des forfaits à partir de seulement 20 $ par mois, les clients de TELUS peuvent profiter des mégaproductions de trois des services de diffusion les plus populaires au pays TORONTO, 18 janv. 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Aujourd’hui, TELUS a lancé une nouvelle offre groupée qui réunit trois des services de diffusion en continu les plus populaires au pays, soit Netflix, Disney+ et Prime Video. S’adressant exclusiveme...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch