AWX AEM Holdings

AEM Memperluas Akses kepada Ekosistem SLT dan Burn-In yang Terbukti dalam Pengeluaran untuk Pelanggan Pengkomputeran Termaju

AEM Memperluas Akses kepada Ekosistem SLT dan Burn-In yang Terbukti dalam Pengeluaran untuk Pelanggan Pengkomputeran Termaju

Kerjasama dengan Intel Foundry membuka akses kepada ekosistem ujian SLT dan Burn-In yang terbukti berfungsi serta kejuruteraan ujian, mempercepatkan masa ke pasaran bagi pelanggan tanpa kilang

SINGAPURA, May 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (SGX: AWX, Reuters: AEM.SI, Bloomberg: AEM:SP) hari ini mengumumkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan untuk meluaskan akses kepada keupayaan System-Level Test (SLT) dan Burn-Innya yang sedia ada, disesuaikan untuk peranti pengkomputeran termaju kepada asas pelanggan Intel Foundry. Dibina atas kerjasama berdekad-dekad, AEM dan Intel Foundry telah membangunkan salah satu ekosistem SLT serta Burn-In yang paling meluas dan matang.

Apabila cip semakin kompleks, terutamanya dalam aplikasi pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC) dan kecerdasan buatan (AI), keperluan untuk penyelesaian ujian Burn-In dan SLT menjadi lebih kritikal berbanding sebelum ini, bagi memastikan liputan ujian sambil mengurangkan kos ujian keseluruhan. Dilaksanakan selepas proses pemasangan pakej termaju, ujian Burn-In dan SLT memastikan cip memenuhi piawaian kebolehpercayaan dan prestasi dalam persekitaran dunia sebenar — langkah penting untuk mengurangkan kegagalan di lapangan dan menambah baik kualiti produk. Kerjasama antara AEM dan Intel Foundry menawarkan penyelesaian yang terbukti serta hala tuju strategik, menyediakan kawalan haba yang tepat dan keupayaan pengesahan untuk peranti generasi akan datang, dengan spesifikasi termasuk kuasa melebihi 2,000 watt dan sokongan untuk saiz pakej melebihi 200mm x 200mm.

Melalui kerjasama ini, AEM menyediakan unit ujian boleh dikonfigurasi khusus peranti, pengendali maju dan bahan habis pakai, PiXL™ Active Thermal Control (ATC), serta sokongan perisian dan aplikasi untuk papan asli pelanggan — menyampaikan pendekatan bersepadu sepenuhnya bagi pelaksanaan SLT dan Burn-In. Ini melengkapi rangkaian perkhidmatan menyeluruh Intel Foundry, termasuk automasi kilang, pengurusan data ujian adaptif, penyelesaian Burn-In Board (BIB) siap guna, pembangunan program ujian, integrasi papan pelanggan serta sokongan penuh untuk penyahpepijat dan pelaksanaan produk.

Manfaat utama pelanggan merangkumi:

  • Masa ke pasaran yang lebih pantas: Dibina di atas platform berskala yang terbukti dalam pengeluaran dan digunakan di kilang berkapasiti tinggi. Disokong oleh jurutera global AEM dan Intel Foundry dalam penyepaduan perkakasan, reka bentuk bahan habis guna ujian, pembangunan perisian serta jurutera aplikasi ujian.
  • Perbelanjaan Modal yang Lebih Rendah: Infrastruktur baharu yang minimum diperlukan, memanfaatkan pangkalan pemasangan yang telah sedia ada dengan ribuan sistem di seluruh dunia.
  • Ekosistem Kejuruteraan dan Pengeluaran Berasaskan AS: Pasukan tempatan dari kedua-dua syarikat membolehkan pelaksanaan pantas dan menyokong kelayakan berasaskan piawaian, termasuk High Temperature Operating Life (HTOL).

"Dengan seni bina berasaskan chiplet yang mentakrifkan semula penyepaduan dan jangkaan prestasi, ekosistem SLT dan Burn-In terbuka kami yang - dibangunkan bersama AEM -menyediakan pengeluar semikonduktor dengan laluan pantas dan berskala ke arah pengeluaran berkualiti tinggi. Kerjasama ini mempertingkatkan liputan ujian, mempercepatkan masa ke pasaran serta memastikan kebolehpercayaan yang diperlukan untuk aplikasi AI dan HPC," kata Mark Gardner, Naib Presiden, Intel Foundry Services, Package and Test Business Group.

"Apabila permintaan prestasi meningkat dan penyepaduan chiplet menjadi norma baharu, pengeluar memerlukan lebih daripada sekadar alat—mereka memerlukan ekosistem yang terbukti berkesan. Bersama Intel Foundry, kami membantu pelanggan mengurangkan kos modal, mempercepatkan kelayakan dan mendapat manfaat daripada kerjasama kejuruteraan yang mendalam untuk kejayaan produk," kata Amy Leong, Ketua Pegawai Eksekutif AEM Holdings Ltd.

Perihal AEM Holdings Ltd.

AEM merupakan peneraju global dalam inovasi ujian. Kami menyediakan penyelesaian ujian semikonduktor dan elektronik yang paling komprehensif berdasarkan teknologi, proses serta sokongan pelanggan terbaik dalam kelasnya. AEM boleh ditemui di seluruh dunia merentasi Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Dengan kilang pembuatan yang terletak di Singapura, Malaysia (Pulau Pinang), Indonesia (Batam), Vietnam, Finland (Lieto), Korea Selatan dan Amerika Syarikat (Tempe) serta rangkaian sokongan kejuruteraan global, pejabat jualan, rakan kongsi dan pengedar, kami menawarkan kepada pelanggan kami ekosistem inovasi ujian dan sokongan yang kukuh serta berdaya tahan.

AEM Holdings Ltd. disenaraikan di papan utama Bursa Singapura (SGX: AWX, Reuters: AEM.SI, Bloomberg: AEM:SP). Ibu pejabat AEM terletak di Singapura.

Kenyataan Safe Harbor

Dokumen ini mengandungi kenyataan prospektif, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai kerjasama AEM Holdings Ltd. dengan Intel Foundry, keupayaan dan manfaat ekosistem System-Level Test (SLT) dan Burn-In serta hasil yang dijangkakan untuk pelanggan. Kenyataan prospektif ini berdasarkan jangkaan, unjuran dan andaian semasa mengenai peristiwa masa depan dan tertakluk kepada risiko, ketidakpastian serta faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam kenyataan tersebut. Faktor yang boleh menyebabkan perbezaan besar hasil sebenar termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perubahan dalam keadaan pasaran, kemajuan teknologi, tekanan persaingan dan perubahan peraturan. AEM Holdings Ltd. tidak mempunyai kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan prospektif, sama ada akibat daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Hubungan Media

AEM Holdings Ltd.
Nama:Lisa Schwartz, Pengarah Pemasaran
E-mel
Telefon Pejabat1.480.566.6605


EN
19/05/2025

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on AEM Holdings

 PRESS RELEASE

AEM Memperluas Akses ke SLT yang Terbukti di Produksi dan Ekosistem Bu...

AEM Memperluas Akses ke SLT yang Terbukti di Produksi dan Ekosistem Burn-In untuk Pelanggan Komputasi Lanjutan Berkolaborasi dengan Intel Foundry membuka akses ke ekosistem pengujian SLT dan Burn-In yang telah terbukti serta rekayasa pengujian, mempercepat waktu pemasaran bagi pelanggan fabless SINGAPURA, May 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (SGX: AWX, Reuters: AEM.SI, Bloomberg: AEM:SP) hari ini mengumumkan kerjasamanya dengan untuk memperluas akses ke System-Level Test (SLT) dan kemampuan Burn-In mereka yang sudah matang, dirancang khusus bagi perangkat komputasi lanjutan, bagi basis pe...

 PRESS RELEASE

AEM、先進計算顧客向けに実績あるSLTおよびバーンインエコシステム (Burn-In Ecosystem) へのアクセスを拡大

AEM、先進計算顧客向けに実績あるSLTおよびバーンインエコシステム (Burn-In Ecosystem) へのアクセスを拡大 インテル・ファウンドリー (Intel Foundry) との協力により、実績あるSLTおよびバーンインテストエコシステムおよびテストエンジニアリングへのアクセスが可能となり、ファブレス顧客の市場投入時間を短縮 シンガポール発, May 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (SGX: AWX、Reuters: AEM.SI、Bloomberg: AEM:SP) は本日、と協力し、先進計算デバイス向けに特化した実績あるシステムレベルテスト (SLT) およびバーンイン機能へのアクセスを、インテル・ファウンドリーの顧客基盤に拡大することを発表した。 長年にわたる協力関係を基盤に、AEMとインテル・ファウンドリーは、最も広範かつ成熟したSLTおよびバーンインエコシステムの一つを構築してきた。 特に高性能計算 (HPC) や人工知能 (AI) アプリケーションにおいて、チップの複雑さが増す中、テストカバレッジを確保しつつ、テスト全体のコストを削減するために、バーンインおよびSLTテストソリューションの必要性はこれまで以上に重要となっている。 バーンインおよびSLTテストは、先進パッケージ組立プロセスの後に実施され、実環境での...

 PRESS RELEASE

AEM, 첨단 컴퓨팅 고객사 위해 생산 단계에서 검증 마친 SLT 및 번인 생태계 접근성 확대

AEM, 첨단 컴퓨팅 고객사 위해 생산 단계에서 검증 마친 SLT 및 번인 생태계 접근성 확대 Intel Foundry와 협업해 검증된 SLT 및 번인 테스트 생태계와 테스트 엔지니어링 개방 확대, 팹리스 고객사들에게 출시 기간 단축 등 이점 제공 싱가포르, May 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (SGX: AWX, 로이터: AEM.SI, 블룸버그: AEM:SP)가 와 협업해 첨단 컴퓨팅 장비 맞춤으로 설계된 기존의 시스템 레벨 테스트(SLT) 및 번인(Burn-In) 기능에 대한 접근을 Intel Foundry 고객 기반으로 확장한다. 수십 년간 협력 관계를 이어온 AEM과 Intel Foundry는 최고 수준으로 포괄적이고 안정적인 SLT 및 번인 생태계를 개발해왔다. 칩이 갈수록 복잡해지면서 고성능 컴퓨팅(HPC)과 인공지능(AI) 애플리케이션 분야에서 테스트 커버리지를 보장하고 총 테스트 비용을 절감해주는 번인 및 SLT 테스트 솔루션의 필요성이 어느 때보다 중요해지고 있다. 첨단 패키지 조립 공정 후에 실시되는 번인 및 SLT 테스트는 칩이 실제 환경에서 신뢰성과 성능 기준을 충족하는가를 확인한다. 이는 현장에서 발...

 PRESS RELEASE

AEM เพิ่มโอกาสให้ลูกค้าในกลุ่มการประมวลผลขั้นสูงสามารถเข้าถึงระบบนิเวศ...

AEM เพิ่มโอกาสให้ลูกค้าในกลุ่มการประมวลผลขั้นสูงสามารถเข้าถึงระบบนิเวศ SLT และ Burn-In ที่ได้รับการพิสูจน์แล้วว่าใช้งานได้จริงในสายการผลิต ความร่วมมือกับ Intel Foundry เปิดโอกาสให้เข้าถึงระบบนิเวศด้านการทดสอบระดับระบบ (SLT) และเบิร์นอิน (Burn-In) ที่ผ่านการพิสูจน์มาแล้ว รวมถึงวิศวกรรมการทดสอบ ซึ่งช่วยให้ลูกค้าโรงงานสามารถปล่อยสินค้าออกสู่ตลาดได้เร็วขึ้น สิงคโปร์, May 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (SGX: AWX, Reuters: AEM.SI, Bloomberg: AEM:SP) ได้ประกาศความร่วมมือกับ ในวันนี้ เพื่อขยายการเข้าถึงขีดความสามารถด้านการทดสอบระดับระบบ (SLT) และเบิร์นอิน (Burn-In) ที่จัดทำไว้ โดยออกแบบมาเฉพาะส...

 PRESS RELEASE

AEM Memperluas Akses kepada Ekosistem SLT dan Burn-In yang Terbukti da...

AEM Memperluas Akses kepada Ekosistem SLT dan Burn-In yang Terbukti dalam Pengeluaran untuk Pelanggan Pengkomputeran Termaju Kerjasama dengan Intel Foundry membuka akses kepada ekosistem ujian SLT dan Burn-In yang terbukti berfungsi serta kejuruteraan ujian, mempercepatkan masa ke pasaran bagi pelanggan tanpa kilang SINGAPURA, May 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- (SGX: AWX, Reuters: AEM.SI, Bloomberg: AEM:SP) hari ini mengumumkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan untuk meluaskan akses kepada keupayaan System-Level Test (SLT) dan Burn-Innya yang sedia ada, disesuaikan untuk peranti pengk...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch