JNPR Juniper Networks Inc.

Juniper Networks Menyediakan Deutsche Telekom dengan Platform SD-WAN Terurus untuk Menyampaikan Perkhidmatan Tindanan Hujung ke Hujung kepada Pelanggan Perusahaannya

Juniper Networks Menyediakan Deutsche Telekom dengan Platform SD-WAN Terurus untuk Menyampaikan Perkhidmatan Tindanan Hujung ke Hujung kepada Pelanggan Perusahaannya

Penyelesaian perkakasan dan perisian bersepadu mengukuhkan pelancaran tawaran perkhidmatan terurus Ditakrifkan-Perisian

SUNNYVALE, Calif., April 21, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) --  (NYSE: JNPR), peneraju dalam rangkaian pacuan AI yang selamat, telah bekerjasama dengan , salah satu pembekal perkhidmatan digital pengilang silang terkemuka di dunia, untuk mencipta dan menyampaikan infrastruktur SD-WAN terurus sebagai sebahagian daripada penyelesaian tindanan perkhidmatan hujung ke hujung untuk syarikat yang mempunyai keperluan rangkaian dan kesambungan yang rumit.

Dengan tawaran perkhidmatan ini, T-Systems menumpukan pada penggunaan perangkaian perusahaan moden dengan platform terurus yang selamat untuk penghantaran aplikasi dihoskan oleh berbilang awan serta menyampaikan perkhidmatan yang terpiawai sebagai perkhidmatan tindanan SD-WAN terurus yang dipanggil Smart SD-WAN. Smart SD-WAN yang dikuasakan oleh Juniper ialah asas bagi infrastruktur perangkaian canggih dan selamat, yang menjadi asas strategi transformasi digital T-Systems.

Setelah mendapatkan sebuah jenama pengangkutan Eropah yang besar sebagai pelanggan utama perkhidmatan ini, T-Systems menjangkakan tawaran ini menyediakan saranan menarik untuk pelbagai perusahaan yang menyediakan hasil ketara untuk perniagaannya. Secara mutlaknya, T-Systems komited untuk membantu pelanggan perusahaannya meneroka transformasi digital dengan mengurangkan kerumitan, mengurus kos secara berkesan dan meningkatkan keupayaan perlindungan data. Selain itu, menyediakan pelanggan dengan kebolehlihatan yang lebih besar dalam rangkaian, sebagai aset perniagaan teras, membantu mereka mencapai matlamat digital mereka dengan lebih mudah.  

Sorotan Berita:

Untuk mencipta tawaran baharu ini, T-Systems telah menyepadukan barisan produk Juniper termasuklah:

  • – sebuah platform perisian boleh skala dan berbilang penyewa yang menawarkan pengurusan kesambungan cawangan automatik dan membolehkan T-Systems untuk meningkatkan penghantaran perkhidmatan rangkaian, menyediakan kebolehpercayaan dan ketangkasan sementara mengembangkan kebolehlihatan merentasi rangkaian berbilang awannya.
  •  – pelbagai peranti premis pelanggan SD-WAN yang menyampaikan sebuah perkhidmatan keselamatan berlapis menyeluruh yang membolehkan pertahanan lanjutan terhadap ancaman yang diketahui dan tidak diketahui.
  •  – peranti CPE selamat yang mematuhi piawaian yang membenarkan T-Systems mencipta dan menyampaikan perkhidmatan rangkaian kepada pelanggannya dengan mudah.
  •  - menawarkan ciri yang sama seperti tembok api Siri SRX fizikal Juniper yang lain tetapi dalam faktor bentuk maya untuk menyampaikan perkhidmatan keselamatan yang berskala untuk membenarkan T-Systems menambahkan tapak awan pada perkhidmatan SD-WAN berbilang awan hujung ke hujung.
  • Semua infrastruktur Juniper berfungsi pada ® OS dengan pengalaman satu Junos yang dioptimumkan untuk kemodularan, keterbukaan dan kebolehprograman yang diperlukan dalam era awan baharu dalam perangkaian. Dibina untuk kebolehpercayaan, keselamatan dan kefleksibelan, Junos mengautomatikkan operasi rangkaian sambil melanjutkan kecekapan pengendalian.
  • Pakej Keselamatan Tersambung yang menyeluruh, termasuk Pengesahan Pengguna Tembok Api, Keselamatan Aplikasi, Pengurusan Ancaman Disatukan serta Sistem Pengesanan dan Pencegahan Gangguan untuk mengukuhkan pertahanan rangkaian. Keselamatan Tersambung Juniper menjadikan keselamatan ini dan keupayaan lain tersedia melalui rangkaian ini untuk melindungi pengguna dan data secara automatik.

Petikan Sokongan:

"Dalam pandangan kami, ketersambungan tersuai merupakan faktor kejayaan asas untuk pendigitalan dan kejayaan perniagaan pelanggan kami. Bekerja dengan Juniper, kami dapat menyediakan pelanggan perusahaan kami infrastruktur hujung ke hujung dan berorientasikan permintaan yang menyokong cabaran pendigitalan mereka dan mengurangkan kerumitan dalam rangkaian. Penyelesaian inovatif Juniper membolehkan kami menawarkan penyelesaian yang berdaya saing dari segi teknikal dan kewangan dengan tawaran perkhidmatan yang sangat fleksibel dan dinamik."

- Adel Al-Saleh, Ahli Lembaga Pengurusan Deutsche Telekom AG dan CEO, T-Systems

"Sebagai rakan kongsi Juniper yang sudah lama, pilihan T-Systems untuk menawarkan penyelesaian SD-WAN baharu berdasarkan teknologi kami mempertingkat perhubungan kami dan juga membolehkan mereka menyediakan barisan perkhidmatan dan keupayaan selamat kepada perusahaan dan meringkaskan pelaksanaan, pengendalian dan penyelenggaraan rangkaian tersembunyi. Gabungan perkhidmatan awan dan perangkaian ditakrifkan perisian mewujudkan peluang strategik untuk pembekal seperti T-Systems membezakan diri mereka dalam pasaran dengan menyelesaikan kerumitan infrastruktur yang dihadapi pelanggan mereka dan Juniper sedia untuk membantu mereka mencapai matlamat tersebut."

- Rami Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Juniper Networks

Sumber Tambahan:

  • Ikut Juniper Networks dalam talian:  |  | 
  • Blog dan Komuniti Juniper: 

Perihal Juniper Networks

Juniper Networks mencabar kerumitan yang wujud daripada perangkaian pada era berbilang awan. Kami berbuat demikian dengan produk, penyelesaian dan perkhidmatan yang mengubah cara orang ramai berhubung, bekerja dan hidup. Kami meringkaskan proses peralihan kepada persekitaran berbilang awan yang selamat dan automatik untuk mendayakan rangkaian pacuan AI selamat yang menyambungkan dunia. Maklumat tambahan boleh ditemui di Juniper Networks () atau berhubung dengan Juniper di ,  dan .

Juniper Networks, logo Juniper Networks, Juniper dan Junos ialah tanda dagangan berdaftar Juniper Networks, Inc. dan/atau sekutunya di Amerika Syarikat dan negara lain. Nama lain mungkin ialah tanda dagangan pemilik masing-masing.

Hubungan Media:
Ian Williams
Juniper Networks
+44 (0) 1372 385 686
 
EN
21/04/2020

Underlying

To request access to management, click here to engage with our
partner Phoenix-IR's CorporateAccessNetwork.com

Reports on Juniper Networks Inc.

Pierre FerraguÊ
  • Pierre FerraguÊ

Bible 3Q25 – Hyperscale & Cloud: 2026 capex expectations up another 1...

Today, we are publishing the Hyperscale & Cloud section of our 29th Tech Infrastructure Quarterly Bible. The Tech Bible is a must-read for any tech investor, as it summarizes the quarterly earnings reports from the over 140 companies we track, providing an update on our key perspectives and convictions. We will publish sections on Telecom Equipment, Industrials, PCs, Enterprise IT, and Foundry later this week. Hyperscale revenues grew 16% YoY, with cloud services up nearly 30%. Capacity constra...

Moody's Ratings withdraws Juniper Networks' Baa2 senior unsecured rati...

Moody's Ratings  (Moody's) has withdrawn Juniper Networks, Inc.'s (Juniper) Baa2 senior unsecured notes ratings due to inadequate financial information. Prior to the withdrawal, the outlook was stable. Juniper was acquired by Hewlett Packard Enterprise on July 2, 2025 and has not issued financial ...

Pierre FerraguÊ
  • Pierre FerraguÊ

2026 AI Infra. outlook forming: XPU spending catching up with capex, u...

It has been a busy week with Nvidia’s comments in Washington and three hyperscalers reporting last night. Building on these updates, we have already formed a very insightful perspective on how AI infrastructure deployments are shaping up for next year. Please follow the link for our insight summarized on a single slide.

Pierre FerraguÊ
  • Pierre FerraguÊ

Bible 2Q25 – Hyperscale & Cloud: 2026 capex expectations up 19%, $3-4t...

Today, we are publishing the Hyperscale & Cloud section of our 28th Tech Infrastructure Quarterly Bible. The Tech Bible is a must-read for any tech investor, as it summarizes the quarterly earnings reports from the over 140 companies we track, providing an update on our key perspectives and convictions. In the coming weeks we will publish sections on Enterprise IT and Foundry. Hyperscale capex grew 70% YoY. Most raised 2025 guides, and confirmed sustained spending in 2026, lifting expectations....

Pierre FerraguÊ
  • Pierre FerraguÊ

The Great Replatforming, Part II – The General Theory. Could Jensen ju...

In a very timely manner, as Jensen just touted a $3-4tn Tech. Infra. market for 2030, we publish the second part of our “Great Replatforming” series, in which we look at how much AI investments the global economy can absorb over time. In the first part of the series, we showed how increasing capex should be analyzed as enablers of revenue growth and productivity improvements, and applied the framework to hyperscalers, showing how pushing capex intensity to new highs is easily financed by contin...

ResearchPool Subscriptions

Get the most out of your insights

Get in touch